<¢er>
text-align:right¢text-align:right

Monday, March 11, 2013

Gosip Artis - Eina Azman Diberi Syarat oleh Bapanya

Pelakon Eina Azman memberitahu bapanya memberi syarat agar dia tidak bercinta dengan mana-mana lelaki jika mahu terus berada dalam industri hiburan tempatan.

Eina, 18, berkata, dia juga turut menganggap belum bersedia untuk bercinta berikutan usia yang masih muda.

"Saya baru masuk 18 tahun dan masih muda untuk bercinta. Lagi pula saya masih lagi di bawah jagaan ibu bapa.
"Awal-awal lagi ayah sudah beri syarat jika mahu berada dalam bidang hiburan saya tidak boleh bercinta dan pakai seksi, dia tidak mahu timbul gosip dan kontroversi," katanya kepada media pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama Bangkitnya Seorang Perempuan, di sini, Isnin.
Eina diminta mengulas tentang hubungan istimewanya dengan aktor kacak, Afiq Muiz, 21, yang dikatakan intim selepas kedua-dua mereka menjayakan drama bersiri Mimpi Cindarella, baru-baru ini.
Mereka dikatakan sering kelihatan bersama dan mesra seperti pasangan kekasih.
eina azman
Eina Azman
Bagaimanapun, Afiq yang sepatutnya hadir pada sesi ramah mesra itu tidak dapat hadir berikutan sedang menjalani penggambaran sebuah program televisyen.

Walaupun begitu, Eina tidak menafikan bahawa Afiq tersebut merupakan teman paling rapatnya setakat ini dan mereka sering keluar bersama jika kelapangan.

"Saya tidak pernah bercinta dengan dia (Afiq) kami hanya kawan rapat, dia adalah kawan lelaki paling akrab dengan saya.
“Jika tiada kerja kami sering keluar makan dan lepak bersama dan memang saya selalu kemas kini status kami di Twitter. Kalaulah saya bercinta tidak mungkin saya dedahkan lokasi kami berjumpa kami kepada umum," ujarnya yang mengakui mengenali lelaki itu lebih empat tahun lalu.
Sementara itu, kata Eina, dia turut menolak beberapa tawaran berlakon berpasangan dengan Afiq bagi mengelakkan spekulasi terhadap mereka.

"Ya... Ada beberapa tawaran yang mahu saya berpasangan dengan Afiq tapi saya buat keputusan untuk tolak buat masa ini.
"Biar kami cuba berlakon dengan pelakon-pelakon lain pula, begitu juga dia. Saya tidak mahu nanti penonton bosan tengok kami," katanya.
Dalam pada itu, mengulas tentang lakonannya dalam drama slot Samarinda terbaharu ini, Eina mengakui tidak pernah bertemu Afiq di lokasi penggambaran biarpun kedua-duanya terlibat dalam drama bersiri tersebut.

“Dia pegang watak penting dan kali ini berpasangan dengan Anzalna, manakala saya jadi teman baik kepada Anzalna.
“Biarpun kami dua-dua terlibat tapi sepanjang penggambaran saya tidak ada babak yang sama dan tidak jumpa dia sekalipun di lokasi,” katanya.

No comments:

Post a Comment