Tahniah OGA ucapkan kepada penyanyi berbakat besar,
Najwa Latif yang telah mendapat 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
Menerusi laporan Berita Harian, Najwa telah mewakilkan kakaknya, Iqhwatul Syafika untuk mengambil keputusan tersebut di sekolah. Menurut Najwa Latif:
“Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS).
|
Penyanyi Najwa Latif |
Terbaru, melalui status di akaun Twitter miliknya, Najwa seakan-akan reda dengan komen dan kritikan daripada peminat yang mempertikaikan keputusan peperiksaannya. Biasa la tu, kalau dah artis semua benda orang nak tahu kan. Kalau yang baik pun orang nak kritik, yang buruk lagi la kan. so, better buat tak tahu jer la Najwa. Mulut orang ni bukannya boleh tutup janji kita dah buat yang terbaik. Namun, OGA rasakan keputusan yang diperolehi oleh Najwa Latif ni boleh dibanggakan memandangkan jadual aktiviti seni Najwa yang padat ketika itu. Dengan keputusan ini, semoga Najwa dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang diminatinya.
No comments:
Post a Comment