Alhamdulillah..akhirnya tuhan telah pintu hati penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu 'Setia Kasih',
Haleeda Mazlin kini muncul dengan imej berhijab selepas lama menyepi sejak kali terakhir muncul dengan drama 'Kecuali Cintamu' pada 2009 untuk saluran Astro. Sejak akhir-akhir ini OGA tengok dah ramai artis yang tidak bertudung mengenakan tudung sekarang ni. OGA rasa ni merupakan perkembangan yang positif untuk industri dunia artis di negara kita. Jangan ingat kita bertudung ni rezeki tak de. Buktinya ramai sekarang ni artis yang bertudung mendapat tawaran yang mencurah-curahkan. Tak gitu?
“Sebenarnya niat berhijrah ini dah lama, tapi lebih menguatkan lagi adalah masa arwah mak saya tengah sakit tenat. Masa itu terdetik nak berubah sebab saya rasa kita perlu cari ketenangan dalam hidup ini.
“Ini baru hijrah kecil sahaja, maksudnya saya baru belajar berubah dari segi penampilan. Kalau nak berhijrah ini, sikap pun kita kena ubah sekali, oleh itu orang paling dekat dan sering memberikan nasihat adalah ayah saya sendiri.
“Kalau nak dikira, hijrah ini bukanlah suatu perkara besar untuk diraikan, lagipun saya pun masih lagi belajar," ujar Haleeda memetik laporan OhBulan!
|
Haleeda Mazlin |
Bercerita mengenai perjalanan seninya, Haleeda bakal muncul dengan drama terbaru berjudul 'Bangkitnya Seorang Perempuan' yang bakal menemui penonton pada 13 Mac ini menerusi slot Samarinda.
No comments:
Post a Comment