<¢er>
text-align:right¢text-align:right

Thursday, March 7, 2013

Gosip Artis Terkini - Pierre Andre nikah Jun ini


Terlebih dahulu, OGA nak ucapkan tahniah buat pengarah filem terkenal malaysia, Piere Andre yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada jun ni. Ramai juga kan artis yang kahwin tahun ni. Yang pasti OGA tak sabar nak tengok perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Pelakon dan pengarah berbakat besar, Pierre Andre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28, tidak mahu menunggu lama dan memilih Jun ini untuk melangsungkan perkahwinannya.

Menurut Pierre, dia tidak mahu melengahkan pernikahan dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim, 25, kerana mahu menggelakkan fitnah.
"Saya rasa, saya perlu bernikah secepat mungkin agar hubungan kami tidak diperkatakan. Bila kami tidak ada ikatan yang sah, orang akan mudah menilai kami.
"Jadi bagi menggelakkan fitnah di kemudian hari, saya rasa elok pernikahan kami di segerakan dan Insya-ALLAH jika tiada aral melintang, ia akan berlangsung bulan Jun ini," ujarnya yang ditemui pada majlis pratonton Cerita Kita di TGV Sunway Piramid, kelmarin.

perkahwinan piere andre
Piere Andre bakal berkahwin jun ini
 Menerusi filem tersebut, Pierre bertindak sebagai pengarah dan ia merupakan filem ke-10 arahannya.

Pierre berkata, segala urusan persiapan pernikahan sudah pun mula dilakukan dan hanya pernikahan yang akan dijalankan dulu, Jun ini. Manakala majlis resepsi pula akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Perkara utama dalam sesebuah perkahwinan adalah pernikahan. Saya akan jemput dan beritahu tarikh pernikahan dalam masa terdekat ini kepada media.
"Saya faham, sebagai selebriti, saya amat memerlukan pihak media bagi memaklumkan peminat dan masyarakat di luar sana mengenai perkahwinan saya," ujarnya.
Ditanya tentang tindakannya merahsiakan ikatan pertunangannya pada Februari lalu, Pierre menegaskan, dia tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan perkara baik itu.

“Sejak dari awal perancangan, saya memang mahu buat hanya di antara keluarga sahaja kerana ia cuma majlis pertunangan. Tapi dengan kecanggihan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas," katanya yang mengenali tunangnya sejak setahun lalu.

No comments:

Post a Comment