<¢er>
text-align:right¢text-align:right

Wednesday, March 6, 2013

Gosip Artis - Yassin terima ugutan bunuh

 Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

Yasin, 39, berkata, ugutan bunuh yang diterimanya menerusi laman YouTube selepas memuat naik lagu nyanyiannya berjudul Reformasi adalah bukti ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan medium sosial tersebut untuk mengugut.

yassin terima ugutan
Yassin
Menurut Yassin, ugutan yang diterima adalah satu perkara serius dan dirinya sendiri telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membela diri daripada ugutan bunuh berkenaan.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
“Saya tidak tahu sama ada ugutan ini serius atau hanya main-main. Mungkin ada pihak yang tidak berapa senang dengan pelantikan saya sebagai duta Angkatan Muda Keadilan baru-baru ini. Jadi saya telah serahkan kes ini kepada peguam saya untuk diselesaikan.”
Menurut laporan yang sama, Yassin turut menyatakan bahawa, kebebasan bersuara seharusnya digunakan dengan cara yang baik dan bukannya dengan cara yang negatif seperti ini.

“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.
“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain.”

No comments:

Post a Comment