OGA ucapkan tahniah buat Datuk Aznil diatas kurniaan pangkat Datuk yang beliau terima. Mungkin OGA agak terlewat untuk memaparkan pos ni kepada umum. Namun Aznil berkata kerja amal akan lebih mudah lepas ni.. Selepas dikurniakan gelaran Datuk pada 1 Februari lalu, pengacara terkenal Aznil Nawawi merasakan ia akan memudahkan lagi untuk melaksanakan pelbagai projek amal yang sudah dirancangnya termasuk membantu rakan-rakan artis muda dan veteran yang kesempitan.
datuk aznil nawawi |
"Kredibiliti (pangkat Datuk) yang saya miliki itu tidak akan dipertikaikan mana-mana pihak kerana ia adalah pemberian daripada pemerintah.
"Sekaligus bertambah mudah dan lancar untuk mendekati agensi kerajaan atau syarikat swasta bagi mendapatkan dana atau sokongan terhadap pelbagai projek amal yang saya rancang selama ini," ujarnya seperti dipetik dari mStar.
Pengacara berusia 51 tahun ini telah menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu.
"Memang saya nantikan peluang (Datuk) ini kerana ia memudahkan pelaksaan pelbagai kerja amal yang saya mahu lakukan.
"Lebih mudah bila dengan gelaran ini untuk kita dapatkan sokongan pelbagai pihak bagi melaksanakan penubuhan dana artis dan rumah orang tu untuk artis contohnya."
Menurutnya lagi, kesedaran terhadap perihal perjuangan artis muda seperti Yuna dan Shila Amzah yang menggunakan bajet sendiri untuk mengembangkan kerjaya ke luar menggesanya untuk menubuhkan dana itu.
"Dana artis itu belum didaftarkan lagi tetapi ia dijangka ditubuhkan dalam tahun ini juga. Kita sudah lihat ramai artis kita yang bersusah payah guna wang sendiri untuk mengembang kerjaya di luar tetapi apa sumbangan kita sehingga mereka berjaya begitu?"
Jelas Aznil lagi, dia mahu dana itu nanti dapat membantu perbelanjaan artis-artis muda lain untuk melakukan perkara sama pada masa akan datang.
OGA: Tahniah buat Datuk Aznil