<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label cerita panas artis popular. Show all posts
Showing posts with label cerita panas artis popular. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Bekas tunang Fizz Fairuz mengaku sudah berkahwin - Gosip Artis Terkini

Dalam satu temubual eksklusif Berita Harian dengan Fizz Fairuz yang disiarkan akhbar tersebut hari ini, Fizz Fairuz telah menjawab kenyataan Azlyn yang dia berbohong tentang status perkahwinan Azlyn juga di akhbar yang sama semalam. Fizz memberitahu yang dia ada meminta penjelasan dari Azlyn mengenai dakwaan seorang lelaki yang Azlyn ialah isteri keduanya, dan Azlyn juga mengakui hakikat itu.

Selepas bertemu lelaki itu, saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama. Cuma mereka perlu mendaftar dalam negara untuk mendapat sijil perkahwinan yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan.

fizz fairuz dan Azlyn Massiela
 Azlyn Massiela dan Fizz Fairuz
Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang. Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga.


Fizz turut menyatakan yang bapa Azlyn seolah-olah tahu apabila diajukan persoalan tentang perkahwinan Azlyn sebelum ini, tetapi alasan yang diberi ialah Azlyn dilarikan ketika berkahwin dulu. Fizz tidak dapat menerima alasan tersebut, baginya dilarikan atau kahwin lari, mereka ialah pasangan suami isteri yang sah mengikut syarak.
Fizz mendakwa melihat nama Azlyn pada sijil nikah yang ditunjukkan lelaki tersebut, dan tidak melihat tarikh dan butiran lain kerana terlalu kecewa.
Fizz berkata yang dia sudah banyak menanggung dosa dengan berkenalan dan bertunang dengan wanita itu, dan tidak mahu terus menanggung dosa.

Oleh sebab itu dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan wanita itu Ahad lepas.
Mengenai dakwaan sihir, Fizz berkata yang dia tidak menuduh Azlyn melakukan sihir terhadapnya, dia cuma berkata keadaan dirinya seolah-olah seperti terkena sihir. Fizz mendakwa tidak mempunyai selera makan dan jika makan dia akan muntah. Dia juga berasa was-was ketika ingin melangsungkan pertunangan dengan wanita itu, tambahan pula tangannya tersimbah air panas dan keretanya rosak sebelumnya, tetapi diteruskan juga pertunangan itu kerana majlis telah dirancang.

Mungkin Tuhan ingin menunjukkan sesuatu kepada Fizz. Memang benar kata Ustaz Wan Akashah sebelum ini, majlis pertunangan perlu diuar-uarkan kerana dikhuatiri tunang dipinang orang lain. Dalam hal ini, keadaannya terbalik pula, kerana Fizz pula terpinang isteri orang.

Tuesday, February 19, 2013

Tunang Fizz Fairuz Isteri Orang - Gosip Panas Artis


 Hari ni OGA nak cerita gosip panas  artis yang telah berlaku kepada seorang pelakon lelaki popular ni. Dengar-dengar tunangnya si Fairuz ni isteri orang. betul ke? Terkejut beruk OGA dibuatnya. Mana tak terkejut, kalau tunang orang boleh terima lagi tapi kalau dah ambil ieteri orang ni dah kes parah! Namun, menurut Fizz Fairuz  dia tidak tahu pun yang wanita ni dah ada suami. Jadi, Fizz pun kena tipu la ni. ermmm...Jangan-jangan Fizz dah kena buat kat dia kot. Oppss.. tak baik la kita nak tuduhkan!

 Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.

“Empat hari selepas bertunang barulah saya tahu wanita itu merupakan isteri orang. Sabtu lalu saya telah berjumpa dengan suami wanita itu. Lelaki itu menjelaskan wanita berkenaan adalah isteri keduanya selepas mereka bernikah di Thailand,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro pada Rabu.
Fizz juga menganggap dia benar-benar tertipu dan berasa hairan perkenalannya yang singkat dengan wanita berkenaan telah membuka hatinya untuk bertunang berbanding hubungannya dengan pelakon Almy Nadia yang sudah terjalin selak tujuh tahun lalu.

fizz fairuz
Fizz Fairuz
Malah Fizz juga memohon maaf kepada Almy Nadia kerana kejadian itu termasuklah kepada semua pihak.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.
"Kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Pertunangan Fizz,34, secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27.

Sementara itu, Almy Nadia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu masuk campur berkaitan urusan pelakon lelaki itu lagi.

Memetik laporan mStar Online pada 14 Februari lalu, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.

Wan Akashah juga turut menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum untuk mengelak sebarang prasangka.