Menurut sebuah portal hiburan hari ni, Pelakon Hetty Sarlene, memaafkan individu yang menyebarkan foto "aksi beraninya" dengan teman lelaki di Internet, beberapa hari lalu.
Menerusi laman sosial Instagramnya hari ini, pelakon drama bersiri Sembilu dan Si Capek itu berkata, dia percaya pada hukum karma.
"Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat," katanya sinis.
Hetty Sarlene |
"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna?
"Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah," katanya.Hetty yang popular dengan lagu Sangsi Asmara berkata, dia tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu.
"Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," luahnya panjang lebar.