<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Ibu Mulan Jameela Sempat Mohon Maaf Sebelum Meninggal

Selamat petang semua. Sebelum tu, OGA dapat tahu dari portal hiburan bahawa penyanyi Mulan Jameela kehilangan ibu kandungnya pada malam Jumaat akibat jangkitan kuman pada paru-paru. OGA ucapkan Takziah kepada Mulan semoga tabah menghadapi semua ini.

Jelas Mulan, sebelum meninggal ibunya yang berusia 71 tahun itu sempat mengucapkan kata perpisahan.

Bagaimanapun, Mulan berkata, ketika itu dia tidak tahu bahawa ibunya benar-benar akan pergi buat selamanya.

"Ketika dia dimasukkan dirumah sakit keadaan sudah agak parah, 40 peratus paru-paru sudah dijangkiti kuman.
"Semasa hari pertama di hospital ibu meminta maaf dan berkata bahawa itu adalah hari terakhirnya," katanya seperti dipetik Detik.com pada Sabtu.
Jenazah dikebumikan di Malangbong, Jawa Barat pada Sabtu.

Mulan Jameela
Mulan Jameela

Friday, March 1, 2013

JKKN Kelantan bantu keluarga Allahyarham Zaidi Buluh Perindu

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan akan memberi sumbangan kewangan kepada keluarga penyanyi lagu dikir barat terkenal Kelantan, Allahyarham Zaidi Mohamad, 46, yang meninggal dunia semalam.

Pengarah JKKN Kelantan, Ismail Yusof berkata, jumlah sumbangan itu belum diputuskan, tetapi ia bagi menghargai jasa Allahyarham terhadap seni budaya khususnya di negeri ini.

zaidi buluh perindu
 Gambar Allahyarham Zaidi Buluh Perindu
"Ini penting untuk membantu keluarga arwah terutama anak-anaknya yang hilang tempat bergantung selepas pemergiannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan nama panggilan 'Zaidi Buluh Perindu' dek kemerduan suaranya, pengsan pada 10.35 pagi ketika membuat persembahan dikir barat menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh
Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, di Tumpat.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia pada 11 pagi akibat serangan jantung.

Zaidi meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 hingga 28 tahun.

Allahyarham merakamkan lebih 100 album dikir barat sepanjang berkecimpung dalam industri dikir barat tempatan selama 20 tahun.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Dikir Barat Kelantan (Pendikir), Mohd Noor Jaafar menyifatkan pemergian Zaidi satu kehilangan besar kepada dunia seni dikir barat.

"Kami juga akan menyampaikan bantuan segera kepada keluarganya dalam masa terdekat di samping memperjuang masa depan keluarganya yang kehilangan tempat bergantung," katanya.