<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label pelakon Emelda Rosmila. Show all posts
Showing posts with label pelakon Emelda Rosmila. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Gosip Artis - Emelda masih menyembunyikan identiti anak angkatnya

MASIH menyembunyikan identiti dan gambar anak angkatnya, Edra Rafael yang kini memasuki usia dua tahun, Emelda tetap dengan pendiriannya sampai sekarang.

Kata Emelda atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid, 33, kehidupannya sebagai seorang ibu, pelakon dan pelajar separuh masa kini dilimpahi keceriaan setiap hari.

"Saya minta maaf, buat masa sekarang saya belum bersedia untuk menceritakan atau mendedahkan anak angkat saya kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku kepadanya kalau saya berbuat demikian.
"Harap semua pihak menghormati keputusan saya kali ini," ujar Emelda atau mesra disapa Mel yang ditemui ketika tayangan perdana filem Sembunyi: Amukan Azazil di Cathay Cineleisure e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

pelakon emelda
Pelakon Emelda
Emelda menegaskan, dia bukan seperti artis lain yang perlu berkongsi semua cerita peribadi dan tidak merasakan adalah perlu untuk mendedahkan identiti anak angkatnya.

"Biarlah anak saya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain kerana dia juga berhak untuk hidup sedemikian," ujar Emelda yang mahu mengunci mulut daripada membicarakan soal anak.
Sebelum ini, Emelda dan suaminya, Adlin Aman Ramlie pernah membawa anak angkatnya yang ketika itu berusia lima bulan sekitar Ogos tahun 2011 ke majlis akikah cucu penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman namun mereka enggan disiarkan gambar mereka bersama.

Dalam pada itu, katanya dia dan suami masih berusaha untuk memiliki zuriat sendiri dan tidak putus-putus berdoa.

"Saya tidak pernah putus asa, setiap hari kami mencuba dan berdoa supaya dikurniakan cahaya mata. Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi dan kami menunggu rezeki dari Allah.

"Kami tidak merancang dan dalam masa sama kami turut menjalani rawatan di hospital atas nasihat doktor untuk memudahkan saya hamil.

"Tapi entah kenapa sampai sekarang belum dikurniakan cahaya mata, mungkin Tuhan mahu kami bermanja-manja dan bercinta terlebih dahulu," tambahnya. yang mengahwini Adlin pada 22 Mei 2009 di Ipoh, Perak.

Monday, March 18, 2013

Gosip Artis - Emelda Rosmila Masih Berusaha


Tidak pernah merancang untuk membina keluarganya sendiri, pelakon Emelda Rosmila bagaimanapun akui sehingga kini dia dengan suaminya, Adlin Aman Ramlie masih berusaha untuk memiliki cahaya mata daripada zuriat mereka sendiri.

Pun begitu, Emelda Rosmila berkata dia tidak pernah putus asa menjalani apa jua rawatan di hospital selepas 4 tahun mendirikan rumahtangga.

"Saya tidak pernah putus asa, hari-hari kami mencuba dan berdoa supaya dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga kami. Malah kami tidak pernah merancang.
"Saya juga ada menjalani rawatan di hospital atas nasihat doktor untuk memudahkan saya mendapat zuriat atau hamil. Tapi tidak tahulah mengapa hingga kini kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin Tuhan mahu kami sentiasa berdua-dua saling manja-manja dan bercinta," katanya kepada murai.com.my ketika Majlis Tayangan Khas Media Filem Sembunyi: Amukan Azazil, baru-baru ini.
Emelda dan Adlin telah selamat diijabkabulkan pada 22 Mei 2009.

pelakon emelda rosmila
Pelakon Emelda Rosmila
Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, selain menguruskan rumahtangga, Emelda berkata, dia juga sedang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Rumahtangga saya diuruskan seperti biasa walaupun saya mengikuti pengajiaan di UUM. Sekarang dah tahun akhir, Oktober ini saya akan tamat pengajuan. Tak susah nak komited dengan belajar sebab saya buat pengajian di luar kampus. Jadi masa tak padat sangat, malah senang nak bahagikan masa untuk rumahtangga, belajar dengan kerjaya," luahnya lagi.

Dalam pada itu, Emelda yang bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Sembunyi: Amukan Azazil pada 28 Mac ini akan mula menjalani penggambaran drama bersiri untuk RTM pada April ini.