<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label salwa razak. Show all posts
Showing posts with label salwa razak. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Gosip Artis Terkini - Salwa Sudah Ada Kekasih Baru

Sebelum tampil dengan imej baru, penyanyi lagu Ahmad, Arora Salwa yang kini dikenali dengan nama Salwa Razak pernah menghangatkan industri hiburan tempatan dengan kisahnya yang tiba-tiba saja membatalkan majlis pertunangan bersama bekas ahli Max 24:7 iaitu Alloi seminggu sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

Enggan mengulas mengenai kisah panas itu lagi, Salwa Razak bagaimanapun berkata, dia tidak pernah serik untuk bercinta lagi dan mengakui sudah mempunyai lelaki yang sememangnya memahami dirinya walaupun berstatus janda.

"Saya sudah kuburkan kisah lama saya. Sekarang ini, saya memang sukakan seseorang. Hubungan kami sekarang ini lebih kepada mengambil pendekatan masa.
"Terus-terang, dia mahu saya fokus pada karier saya terlebih dulu. Dia tidak akan masuk campur dalam hal karier saya sebagai artis. Dia juga tidak akan muncul di mana-mana majlis hiburan yang melibatkan saya.
"Sejujurnya, dia bukanlah artis dan dia juga adalah orang biasa saja. Saya tidak menaruh harapan penuh terhadap cinta ini. Saya juga tidak akan tutup pintu hati saya untuk bercinta lagi," katanya kepada murai.com.my.
salwa razak
Salwa Razak
 Menyedari dirinya tidak boleh lari daripada bercinta, Salwa memberitahu dia tetap akan membuka pintu hatinya pada mana-mana lelaki.

"Saya tidak tutup hati saya. Saya hanya ikut apa yang ditakdirkan kepada saya. Saya pun tidak mahu luka lama berdarah kembali. Lelaki yang saya suka tu memang sudah tahu pun yang saya ini cintakan dia.
Sekarang ini, masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing. Ibu bapa saya tidak tahu kedudukan sebenarnya hubungan saya dengan dia. Namun, mereka tahu saya berkawan dengan dia. Saya sudah kenal dia sejak kisah saya panas dengan Alloi lagi. Dia sentiasa positif dengan apa yang berlaku, " jelasnya.

Terus bercerita mengenai kekasihnya yang dirahsiakan nama, Salwa menyifatkan buah hatinya itu banyak mengubati lukanya yang lama.

"Setiap kali saya rasa tidak selesa dan tertekan, dia selalu berada di samping saya dengan memberikan kata-kata semangat. Saya sudah tidak mahu fikir banyak tentang kisah cinta lama yang saya. Sama ada dengan artis itu atau pun bekas suami saya," ujarnya.

Thursday, March 14, 2013

Salwa Razak Tidak Lakukan Suntikan Botoks

Perubahan wajah penyanyi Salwa Razak yang dilihat berbeza berbanding ketika di awal kemunculannya pada 2010 tidak ada kena mengena dengan suntikan botoks seperti yang didakwa beberapa pihak.

Salwa yang sebelum ini menggunakan nama Aurora Salwa, 28, berkata, tidak berani untuk menggunakan botoks mahupun pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan cantik.

"Diakui saya menggunakan vitamin C, kolagen dan glutation iaitu sejenis keperluan tambahan untuk mencantikkan wajah.
"Tetapi saya tidak berani mengubah wajah dengan cara pembedahan plastik atau botoks.
"Cukuplah dengan beberapa jenis makanan tambahan yang diambil untuk menjaga kesihatan kulit," katanya.
Salwa ditemui pada majlis pelancaran single lagu terbaharunya, Hidup Baru di bawah syarikat pengurusan baharu iaitu JJ Partner's Solution Sdn. Bhd. di Hard Rock Cafe, di sini, Khamis.

salwa razak
Salwa Razak
Sebelum ini, Salwa bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music Malaysia selama dua tahun (2010-2012).

Beritahu Salwa yang pernah popular menerusi lagu Ahmad, Hidup Baru merupakan sebuah lagu yang menampilkan perubahan dirinya yang lebih matang.

"Hidup Baru merupakan single ketiga saya selepas Kau Tak Menarik Lagi. Ia juga menunjukkan transformasi diri menjadi lebih matang daripada segi muzik, kehidupan serta penampilan imej saya," ujarnya.
Dalam pada itu penyanyi ini berkata dia juga gembira apabila JJ Partner's turut memberi tunjuk ajar daripada segi imej dan komunikasi media untuk menonjolkan diri serta menguatkan lagi kedudukannya sebagai penyanyi.

Sementara itu, menerusi lagu baharunya itu juga, Salwa ingin memberikan aura baharu kepada peminat-peminatnya tanpa 'dicalit' isu-isu kontroversi yang pernah dilaluinya dahulu.

"Saya mahu para peminat tidak pandang kontroversi yang telah lalu. Sebab itu saya ubah nama Aurora kepada Salwa Razak.
"Ini kerana apabila kita cari nama Aurora di Internet, macam-macam cerita buruk yang keluar. Jadi apabila guna nama Salwa, ia diibaratkan seperti satu jenama baru dalam industri muzik tempatan," katanya.