<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label ustaz azhar idrus. Show all posts
Showing posts with label ustaz azhar idrus. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Gosip Artis Terbaru - Pierre Andre jual nama Ustaz Azhar Idrus?

Belum pun memasuki pawagam, pembikinan Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang arahan terbaru dari Pierre Andre mencetuskan sedikit kontroversi. Semuanya gara-gara pengumuman nama Ustaz Azhar Idrus sebagai salah seorang pelakon filem terbabit.

Bagaimanapun, yang menimbulkan isu apabila Azhar mendedahkan dia tidak memberi kata putus lagi untuk berlakon dalam filem berkenaan. Menjelaskan situasi yang berlaku, Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre berkata, dia dan pihak MIG Production (MIG) sememangnya sudah melamar Azhar untuk menjayakan watak ustaz dalam filem ini.

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dari Azhar, biarpun dia kelihatan berminat untuk turut serta dalam filem ini.
“Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut.
“Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.
“Bagaimanapun, jika ustaz tidak dapat menerima, kita akan ke plan B dan saya akan berbincang dengan Mejar David Teo terlebih dahulu mengenai perkara ini,”
piere andre
Piere Andre
 Pierre berkata, penggambaran filem ini sudah berjalan dan ia hanya melibatkan Shiro selaku teraju utama.

“Saya rasa tidak ada masalah untuk menjalani penggambaran biarpun ustaz masih belum memberi kata putus, kerana pelakon utamnya adalah Shiro. Jadi kita selesaikan dahulu babak yang melibatkan Shiro,” katanya yang kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, Cerita Kita.

Sementara itu, menyentuh mengenai majlis pernikahannya yang berlangsung Jun ini, Pierre berkata, segala persiapan sedang dilakukan dia amat bertuah kerana tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim, begitu memahami.

“Saya dan tunang hanya merancang dan ALLAH SWT yang menentukan. Jadi kami hanya buat seperti apa yang telah direncanakan oleh ALLAH SWT untuk kami juga,” katanya.
Ditanya mengenai pemilihan bulan Jun, Pierre berkata, tidak ada sebarang tarikh istimewa pada bulan Jun, sebaliknya dia mendapat nasihat dari orang alim untuk mengadakan pernikahan pada bulan Syaaban.

“Saya difahamkan, bulan Syaaban banyak syafaat dan segala urusan akan dipermudahkan. Kebetulan bulan Syaaban jatuh pada bulan Jun, jadi sebab itulah pernikahan kami akan berlangsung pada Jun ini,” katanya.
Bagaimanapun, menyentuh persepsi orang ramai mengenai tunangnya yang tidak bertudung, walhal Pierre pula sudah berhijrah, Pierre berkata, dia tidak menyalahkan orang lain kerana mereka tidak mengenali Hidayah.

“Saya mengenali dia sebelum saya berhijrah. Tidak adil untuk dia jika saya meninggalkan dia hanya kerana saya sudah berhijrah,” ujarnya.
Ditanya apakah dia akan menyuruh tunangnya mengenakan tudung sebaik bernikah, Pierre berkata : “Bagi saya, perkara paling penting, saya kena ubah diri sendiri sebelum ubah orang lain.
“Lagipun kita tidak boleh nilai dia pada penampilannya sahaja. Bersangka baiklah pada orang,” jelasnya.


Wednesday, March 6, 2013

Gosip Selebriti - Shiro teruja berlakon dengan ustaz Azhar Idrus

 Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.

"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

shiro
Shiro
ustaz azhar idrus
Ustaz Azhar Idrus
 \Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka.

Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam.

Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai.

Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti.

Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.