<¢er>
text-align:right¢text-align:right

Sunday, March 24, 2013

Gosip Artis - Rita Rudaini Ditempelak Gara-Gara Seorang Blogger?

Pelakon Rita Rudaini telah menegur tindakan seorang blogger hiburan yang disifatkannya telah menokok tambah cerita yang diambilnya dari portal hiburan Murai.com.my (Murai) sehingga menyebabkan Rita ditempelak oleh Aidil dan keluarganya.

Antara isi kandungan cerita asal ditulis Murai, Rita memberitahu bahawa dahulu Aidil memang tidak membenarkan dia berlakon dengan seorang aktor dari Singapura.

Oleh kerana tindakan blogger tersebut yang membuat andaian sendiri dengan meletakkan gambar Aaron Aziz di dalam entrinya itu, ternyata telah mengundang rasa tidak senang daripada pihak Aidil.

pelakon rita rudaini
Pelakon Rita Rudaini

Ketika dihubungi, Rita dengan nada tegas menyuarakan kekesalannya dengan apa yang berlaku walaupun pihak blogger tersebut telah memadam entri berkenaan yang disifatkan Rita sebagai tidak beretika.

"Kalau dia(blogger) tidak tahu atau jelas dengan situasi sebenar, tolonglah jangan memandai-mandai menambah cerita kerana akibatnya saya juga yang kena telan.
"Adakah dia tahu yang saya telah dilemparkan dengan macam-macam tuduhan selepas keluarnya cerita tersebut?
"Sekalipun ia telah dipadam atau dibuang, saya tetap mendapat tempelaknya walaupun saya tidak pernah menyebut siapa aktor itu.
"Saya sendiri pun mendapat tahu mengenai hal ini selepas saya dimarahi pihak 'sana' kerana dituduh suka mencetuskan kontroversi.
"Jangan jadikan isu sensitif dan perkara yang di luar pengetahuan sebagai cara untuk membuatkan orang membaca blog anda.
"Kalau gosip sekalipun pasti ada cara yang betul dan bukan menjual nama orang demi kepentingan sendiri.
"Selepas ditegur di Twitter pun, dia seperti mengganggap perkara itu tidak besar.
"Mungkin pada dia, tetapi saya terpaksa tanggung bila nama dan reputasi saya tercalar,"cerita Rita panjang lebar mengenai tindakan seorang blogger hiburan itu.

Dia yang agak bengang dengan perkara itu berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Di dalam Twitter juga, Rita memohon agar tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sedia bermasalah.

Selain itu dia mahu pihak berkenaan menjelaskan bahawa itu semua adalah cerita andaian dan bukan daripada Rita sendiri.

No comments:

Post a Comment