<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label pelakon rita rudaini. Show all posts
Showing posts with label pelakon rita rudaini. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

'Saya tidak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan Rita' - Adi Putra

Sebelum ini tersiar di beberapa laman sesawang mengenai kisah suami kepada pelakon Rita Rudaini yang melarang dirinya berlakon bersama-sama dengan aktor yang berasal dari Singapura.

Kesempatan bertemu dengan jejaka idaman Malaya yang berasal dari Singapura, Adiputra di Pelancaran filem Langgar semalam dapat menjawab segala teka teki yang bermain di fikiran orang ramai.

Menurut Adi, dia sendiri tidak tahu mengenai perkara ini dan anggap kisah rumah tangga mereka adalah sangat peribadi dan tiada hak untuk mengulas lebih lanjut.

“Sejujurnya saya tidak tahu langsung mengenai perkara ini dan kalau boleh saya tidak mahu ada mengena dengan perkara ini kerana masalah ini adalah masalah mereka berdua. Saya hanya berkarya dan tidak lebih dari itu”
“Cuma satu hal yang ingin saya cakapkan ialah sekiranya suami tidak suka anda melakukan sesuatu perkara yang dia tidak gemari, anda haruslah akur kerana suami ialah khalifah dan pembimbing dalam kehidupan bekeluarga,” katanya ringkas.
Mengenai filem Langgar arahan pertama pengarah dan juga penyanyi Sein, Adiputra diberi tanggungjawab untuk menggalas watak utama dalam filem ini dan dijangka filem ini akan memberikan perbezaan dari filem-filem gangster yang pernah ditayangkan di Malaysia.

Pelakon Adi Putra
Pelakon Adi Putra

Sunday, March 24, 2013

Gosip Artis - Rita Rudaini Ditempelak Gara-Gara Seorang Blogger?

Pelakon Rita Rudaini telah menegur tindakan seorang blogger hiburan yang disifatkannya telah menokok tambah cerita yang diambilnya dari portal hiburan Murai.com.my (Murai) sehingga menyebabkan Rita ditempelak oleh Aidil dan keluarganya.

Antara isi kandungan cerita asal ditulis Murai, Rita memberitahu bahawa dahulu Aidil memang tidak membenarkan dia berlakon dengan seorang aktor dari Singapura.

Oleh kerana tindakan blogger tersebut yang membuat andaian sendiri dengan meletakkan gambar Aaron Aziz di dalam entrinya itu, ternyata telah mengundang rasa tidak senang daripada pihak Aidil.

pelakon rita rudaini
Pelakon Rita Rudaini

Ketika dihubungi, Rita dengan nada tegas menyuarakan kekesalannya dengan apa yang berlaku walaupun pihak blogger tersebut telah memadam entri berkenaan yang disifatkan Rita sebagai tidak beretika.

"Kalau dia(blogger) tidak tahu atau jelas dengan situasi sebenar, tolonglah jangan memandai-mandai menambah cerita kerana akibatnya saya juga yang kena telan.
"Adakah dia tahu yang saya telah dilemparkan dengan macam-macam tuduhan selepas keluarnya cerita tersebut?
"Sekalipun ia telah dipadam atau dibuang, saya tetap mendapat tempelaknya walaupun saya tidak pernah menyebut siapa aktor itu.
"Saya sendiri pun mendapat tahu mengenai hal ini selepas saya dimarahi pihak 'sana' kerana dituduh suka mencetuskan kontroversi.
"Jangan jadikan isu sensitif dan perkara yang di luar pengetahuan sebagai cara untuk membuatkan orang membaca blog anda.
"Kalau gosip sekalipun pasti ada cara yang betul dan bukan menjual nama orang demi kepentingan sendiri.
"Selepas ditegur di Twitter pun, dia seperti mengganggap perkara itu tidak besar.
"Mungkin pada dia, tetapi saya terpaksa tanggung bila nama dan reputasi saya tercalar,"cerita Rita panjang lebar mengenai tindakan seorang blogger hiburan itu.

Dia yang agak bengang dengan perkara itu berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Di dalam Twitter juga, Rita memohon agar tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sedia bermasalah.

Selain itu dia mahu pihak berkenaan menjelaskan bahawa itu semua adalah cerita andaian dan bukan daripada Rita sendiri.

Friday, March 22, 2013

Gosip Artis - Gaji Aidil Zafuan RM50,000, tapi nafkah anak tak bagi??

Pelakon Rita Rudaini mendakwa suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka meskipun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Rita yang kini popular menerusi drama Sehangat Asmara berkata dia tahu Aidil mampu memberikan nafkah kepadanya berdasarkan pendapatan Aidil yang lumayan. Rita memberikan keterangan itu dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah bulanannya dan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, semalam.

"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita pada kes perbicaraan itu.
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Aktres itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.

Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.

Sementara itu, ketika ditemui mahkamah selepas perbicaraan, Aidil memberitahu media dia akan membuktikan di mahkamah mengenai nafkah anak.

Menurut Aidil, walaupun meninggalkan rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.

"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata pemain pertahanan skuad kebangsaan itu.
Tambahnya lagi, Rita tidak memberi kerjasama untuk benarkan dia berjumpa anak-anak selepas mendapat tahu Rita membawa mereka menunaikan Umrah tanpa pengetahuannya. Rita juga dakwa Aidil jarang membalas SMS bertanyakan khabar olehnya.

Perbicaraan mereka bersambung 6 Mei depan.

Thursday, March 21, 2013

Tuduhan Ini Mencalar Reputasi Baik Saya – Rita Rudaini

Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa kepada pemain bola sepak negeri Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan semalam yang menyatakan dia kecewa kerana menantunya, Rita Rudaini gagal menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai bagi proses permohonan cerai pasangan itu di Mahkamah Syariah Seremban, Selasa lalu, hari ini Rita telah tampil untuk menjelaskan segala-galanya.

Menurut Rita, dia tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak mengetahui bahawa kes perbicaraan mereka sudah ditunda ke tarikh lain dan bertegas pihaknya bakal menghantar wakil untuk kes pendamaian tersebut.

 Jangan hendak burukkan nama saya sebab selama ini saya tidak pernah tidak hadir mana-mana perbicaraan, tuduhan ini mencalar reputasi baik saya.
 Saya tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak tahu perbicaraan ini telah ditangguhkan ke 3 April 2013 – ujar Rita melalui akhbar Kosmo hari ini.
Dalam laporan yang sama, Rita turut menyatakan yang dia tidak harus dipersalahkan dalam hal ini kerana peguamnya telah menghantar surat kepada peguam suaminya dan mahkamah terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Tuesday, March 19, 2013

Bapa Aidil Zafuan kecewa Rita tidak hantar wakil

Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Abd. Radzak Salleh kecewa apabila menantunya, Rita Rudaini Mokhtar gagal menghantar wakil bagi menganggotai jawatankuasa pendamai dalam proses permohonan cerai pasangan berkenaan seperti yang diarahkan Mahkamah Rendah Syariah, dekat sini.

Menurut laporan Utusan Malaysia pada Rabu, Abd. Radzak, 64, berkata, beliau hadir ke mahkamah pada Selasa sebagai wakil kepada anaknya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, 26, dan sepatutnya isteri kepada anaknya itu turut menghantar wakil, namun gagal berbuat demikian.

Menurutnya, berikutan perkara tersebut, mahkamah menetapkan 3 April ini untuk Rita, 37, menghantar nama wakilnya dalam jawatankuasa berkenaan.

"Saya berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan segera kerana lagi banyak masa diambil, bermacam-macam cerita yang tidak baik timbul.
"Saya sebagai orang tua mahu perkara ini diselesaikan dengan baik tetapi tindakan Rita ini (tidak menghantar wakil) menyebabkan saya berasa kecewa," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah di sini, Selasa.
Pelakon Rita Rudaini
Pelakon Rita Rudaini
 Sementara itu, peguam Mohd. Aidil Zafuan, Noor Ariff Delia Ramli berkata, beliau ada menerima surat daripada peguam Rita pada Selasa yang memaklumkan bahawa wakil pelakon itu tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.

"Sebenarnya, jika tidak dapat hadir sekali pun, pihak Rita boleh menghantar nama wakilnya itu kepada saya atau mahkamah, bagi membolehkan proses ini diteruskan.
"Apa yang berlaku sekarang satu lagi tarikh terpaksa ditetapkan ekoran kegagalan pihak defendan menamakan wakil mereka, dan sekiranya beliau masih gagal lagi saya akan mohon kepada mahkamah supaya perbicaraan terus dijalankan tanpa perlu menunggu keputusan jawatankuasa pendamai," jelasnya.
Mahkamah pada 25 Februari lalu mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai pemain bola sepak Johor DT itu terhadap isterinya itu dibantah oleh Rita.

Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua belah pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri daripada keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah.

Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Mereka tidak tinggal bersama selepas pemain bola sepak itu dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara pada tahun lalu.

Friday, March 15, 2013

Kenapa Aidil Halang Rita Berlakon Dengan Aktor Dari Singapura?

Selamat malam semua pengunjung blog Oh Gosip Artis. OGA rasa semuanya dah sedia maklum tentang konflik rumah tangga yang berlaku kepada Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Kes mereka sudah lama dan sehingga sekarang masih lagi bersambung. So, dengar cerita Aidil Zafuan tak bagi Rita berlakon dengan aktor lelaki dari Singapura. Betul ke?? Urmm...

Kesetiaan sebagai isteri kepada Aidil Zafuan membuatkan Rita Rudaini terpaksa menolak banyak tawaran berlakon dengan aktor kelahiran kota singa. Bagaimanapun, Rita tidak pernah kesal dengan permintaan daripada pemain bola sepak kebangsaan itu.

"Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu.
"Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili.
"Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya," katanya kepada murai.com.my.
Menjelaskan mengenai wataknya dalam drama Sehangat Asrama, Rita tidak menolak watak tersebut mempunyai banyak persamaan dengan dirinya yang sebenarnya.

"Secara kebetulan, watak saya ada banyak kena-mengena dengan saya. Namun, saya tidak merasakan watak itu dicipta khusus untuk saya kerana novel drama ini sudah lama ditulis bertahun lamanya.
"Oleh sebab dah banyak persamaan, maka lebih mudah untuk saya menjiwai wataknya. Sekarang ini pun, saya selalu saja dapat tawaran berlakon watak cinta terhalang dan tidak disukai ibu mentua.
"Apapun, saya tidak kisah itu semua. Sebagai pelakon, saya terima apa saja watak yang diberikan kepada saya," ujarnya.

Aidil Zafuan dan Rita Rudaini
Aidil Zafuan dan Rita Rudaini
Merasakan dirinya lebih serasi berlakon di samping Rosyam Nor dan Aqasha, Rita menepis dakwaan yang mengatakan pelakon lelaki lain banyak memberikan impak negatif tatkala bergandingan bersamanya/

"Saya lebih selesa berlakon dengan Rosyam dan Aqasha kerana lebih senang dan cepat masuk watak. Mereka berdua cepat mesra dan ia tidak kena mengena dengan cerita negatif atau pun tidak.
"Orang pun banyak cakap saya lebih sesuai berlakon jadi pasangan Rosyam. Namun, sekarang Rosyam sudah kurang berlakon dan dalam waktu yang sama pula, saya sendiri ada terima banyak tawaran berlakon di sisi hero baru.
"Tapi, sebelum saya terima tawaran itu, saya periksa dulu siapa pelakon itu kerana tidak mahu nampak pelik bila bersama. Pelakon sekarang banyak muda-muda dan nampak macam adik saja," jelasnya.