<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label ARTIS LUAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label ARTIS LUAR NEGARA. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Gosip Artis - Sony Saman Individu Bocor Lagu Beyonce

Syarikat rakaman, Sony Music menuntut seorang peminat penyanyi Beyonce membayar sejumlah wang ganti rugi kerana dituduh bertanggungjawab menyebarkan album terbaharu penyanyi tersebut.

Seperti dipetik Torrentfreak, lelaki berusia 47 tahun itu telah menyebarkan salinan lagu asal milik Beyonce yang dijadualkan akan dilancarkan pada 24 Jun depan.

Beberapa pihak percaya lelaki tersebut pekerja dalam industri muzik.

Sony membuat tuntutan saman di Mahkamah Gothenbug yang mendakwa tindakan lelaki tersebut telah memberi kerosakan strategi pemasaran yang dirancang.

Selain itu, hal sedemikian turut menjejaskan hubungan antara Sony dan Beyonce yang kecewa dan menuduh Sony turut terlibat.
beyonce
Beyonce

Monday, February 25, 2013

Lindsay Lohan Kalah Kes Saman Pitbull - Gosip Artis Luar Negara


Pelakon bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan kalah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan terhadap rapper Amerika, Pitbull berhubung penggunaan namanya dalam lagu ‘Give Me Everything’.

Dalam lirik lagu itu yang menyebut ‘I got it locked up like Lindsay Lohan’ membuatkan Lohan mendakwa lirik tersebut mendatangkan fitnah ke atas privasi dan hak publisiti selain mendatangkan tekanan emosi.

Pitbull pada mulanya meminta maaf ke atas penggunaan lirik itu namun kemudiannya memfailkan saman balik ke atas Lohan. Saman telah difailkan pada tahun 2011 selepas Pitbull mengeluarkan lagu tersebut.


lindsay lohan
Lindsay Lohan kalah dalam tuntutan saman

Jennifer Lawrence Terjatuh Di Pentas Oscar - Gosip Selebriti Luar Negara


OGA ada satu kisah menarik yang ceritakan kepada pembaca semua.  Macam kita tahu, artis yang jatuh tangga  masa nak ambil awards ni dah biasa berlaku kat malaysia dan hal ini tidak terkecuali juga berlaku kepada selebriti luar negara. Malu tu mesti malukan tapi pandai-pandai lah coverkan. hehehe

Perkara ini, telah berlaku kepada aktres Jennifer Lawrence tersandung ketika sedang menaiki anak tangga ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi filem Silver Linings Playbook pada Anugerah Akademi di Teater Dolby, Los Angeles pada Ahad (waktu tempatan).

Pelakon berusia 22 tahun yang mengayakan gaun daripada Dior Haute Couture terjatuh di hadapan penonton ketika siaran langsung anugerah berprestij tersebut.

jennifer lawrance
Jennifer Lawrence

Bagaimanapun, aktor Hugh Juckman dilihat orang yang pertama bergegas untuk memberi bantuan kepada beliau.

Bintang muda ini kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada penonton

Tuesday, February 19, 2013

Gambar Madonna yang tak patut ada di Instagram beliau - Gambar Panas Artis

Agak teruja bila mendengar nama artis ternama Madonna. Namun bila OGA menjenguk Instagram beliau  ada rasa hampeh dan kecewa. Inikah artis yang di agungkan? namun gambar-gambar beliau banyak dimanipulasikan oleh pelbagai pihak. Untuk pengetahuan umum beliau sekarang dah berumur 54 tahun.. Wow amazing..!!! Anda boleh melawat Instagram Madonna dan boleh tinggalkan komen disana. Di bawah OGA masukkan gambar yang tak patut ada di Instagram beliau.

Madonna
Antara gambar Madonna di Instagram