<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label GAMBAR ARTIS. Show all posts
Showing posts with label GAMBAR ARTIS. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Elfira Loy Gugup Punca Buat Silap Sebagai Pengacara

Pelakon remaja Elfira Loy mengakui gugup dan gemuruh ketika pertama kali diberi tanggungjawab sebagai pengacara siaran secara langsung acara Karpet Merah di Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) minggu lalu.

Pelakon berusia 19 tahun ini berkata, kurang pengalaman dalam bidang pengacaraan menjadikan dia mudah tersasul dan gagal mengawal sesuatu situasi.

"Saya tersilap menyebut nama Normah Damanhuri bukan kerana saya tidak tahu nama dia tetapi saya tersasul mungkin kerana terlalu gementar dan saya pula bercakap laju.
"Sementara tentang Izzue Islam pula mungkin kerana soalan yang saya ajukan kepadanya mengelirukan sehingga dia dan penonton menganggap saya tidak buat ulang kaji sebelum bertanya," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.
Pelakon telefilem Mimpi Sampai Ke Bintang ini dikatakan tidak membuat ulang kaji terlebih dahulu sebelum mengacarakan acara besar seperti itu.

Dalam insiden tersebut, Elfira tersilap menyebut nama pelakon veteran Normah Damanhuri selain dikatakan tidak tahu tentang perkembangan pelakon Ezzue Islam yang juga merupakan seorang penyanyi kumpulan Forteen..

Elfira mengacarakan sesi Karpet Merah FFM25 bersama Hefny Sahad.

Jelas Elfira, dia mengakui pengalaman pertama dalam bidang pengacaraan itu memberi pelajaran berharga buatnya.

"Ini pengalaman pertama saya buat secara langsung dan tanpa skrip. Saya tidak tahu format siaran langsung, bila saya perlu berhenti untuk iklan dan sambung semula bercakap.
"Itu semua buat saya rasa gementar dan hilang kata-kata. Saya pula seorang saya cakap laju dan bila disuruh berhenti saya susah nak bercakap semula," ujarnya.
Bagaimanapun, dia menerima semua kritikan dan menganggap ia sebagai cabaran untuk masa akan datang.

"Saya sedar banyak yang perlu diperbaiki lagi, tapi bukan bermakna saya tidak boleh buat bidang pengacaraan ini.
"Saya tidak akan putus asa dan mengalah dengan kritikan orang," katanya yang bakal mengacarakan program remaja Projek Gila bersama pelakon Siti Saleha di TV9, yang bakal bersiaran bermula 1 April ini.
elfira loy
Elfira Loy

Sunday, March 3, 2013

Pesanan Nd Lala buat Shilla - Gosip Artis

Penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala menegaskan dia tidak mengongkong jodoh anaknya, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah dan berpegang kepada empat perkara iaitu jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan ALLAH SWT.

Katanya, dia tidak letak kriteria mana-mana lelaki mahu mendekati Shila, namun berharap lelaki yang bakal jadi suami Shila beriman dan mampu bimbing Shila ke arah kebaikan.

“Jika ditanya pada mana-mana ibu bapa beragama Islam di negara ini, mereka pastinya mahu lelaki beriman untuk anak perempuan mereka dan begitu juga saya sebagai bapa, saya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya.
“Dari segi kriteria tertentu lain, saya tidak kisah sangat kerana yang akan berkahwin bukan saya, tetapi tuan empunya badan. Tapi selagi saya hidup, saya akan beri pendapat kepadanya,” ujarnya.
nd lala
Nd Lala
 Bagaimanapun, ND Lala sebelum itu, memohon maaf kerana tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu kehilangan Shila serta apa saja perkara berkaitan kontroversi membabitkan anak perempuannya itu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menurut ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, pada sidang media khas di rumahnya di Hulu Langat kelmarin, kes kehilangan anaknya tempoh hari kini dalam proses siasatan. Justeru, dia tidak mahu mengulas apa-apa kerana bimbang akan mengganggu siasatan pihak polis.

“Sebaliknya tujuan sidang media malam ini (kelmarin) bagi memberi gambaran jelas perjalanan karier Shila selepas pulang dari umrah dalam dia mencapai kejayaan sebagai penyanyi bertaraf lima bintang di peringkat antarabangsa kelak.
“Jika mahu menanti semuanya selesai, saya tidak pasti bila pula sidang media ini akan diadakan. Namun saya tidak menolak akan ada lagi sidang media selepas ini memandangkan banyak perkara perlu dimaklumkan mengenai perjalanan karier Shila,” jelasnya.
Pun begitu, mengulas mengenai apa yang berlaku, ND Lala menyifatkan ia dugaan terbesar sebagai anak seni ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada ALLAH.

“Shila anak yang baik, kuat bekerja dan yakin dengan apa yang dia lakukan. Banyak cabaran terpaksa dia tempuhi. Apa yang terjadi padanya tak mustahil berlaku juga pada orang lain. Bezanya dia adalah selebriti dan sentiasa diperhatikan. Itu harga yang perlu dibayar iaitu diperhatikan,” ujarnya.
 Sementara itu, Shila yang ditemui selepas sidang media tersebut menafikan dakwaan dia melarikan diri dan enggan lagi membuka cerita mengenai perkara yang sudah berlalu.

“Ingin saya jelaskan, saya bukan melarikan diri, tetapi mencari diri saya sendiri. Selama ini apa saja keputusan saya buat, saya sering memikirkan tentang orang lain. Jadi saya akhirnya membuat keputusan untuk bangkit dan fokus saya sekarang hanya pada kerjaya,” jelasnya.
Ditebak media adakah dia bersedia membuka pintu hatinya untuk lelaki lain, Shila berkata : “Buat masa sekarang dia tidak memikirkan mengenai soal jodoh kerana bagi saya semua itu terletak pada takdir yang ditentukan oleh ALLAH SWT.

“Jika saya kata saya mahukan lelaki A, mungkin ALLAH SWT telah tentukan lelaki B untuk saya. Jadi saya hanya berserah sahaja, bila kita bercinta, cinta itu jangan melebihi cinta pada ALLAH SWT,” ujarnya.
Malah, tatkala ditanya tindakannya memuat naikkan video Ombak Rindu nyanyiannya di Youtube, Shila menjelaskan, video itu sebenarnya tidak ditujukan kepada bekas kekasihnya.

“Tentang video itu, sebetulnya saya muat naik khas untuk ibu bapa saya. Saya tidak ambil pusing apa yang orang lain kata tentang saya. Tapi saya minta maaf kalau ada pihak kurang senang dengan tindakan saya itu,” katanya.
Selain itu, Shila mengakui tidak sabar menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah selepas beberapa kali tertangguh. “Memang dah lama saya nak tunai umrah bersama keluarga, tapi kami selalu kata tunggu ada masa terluang saya.

“Tapi pada Disember lalu, kami rasa tak boleh lagi tunggu ada masa, sebaliknya kami kena cari masa dan akhirnya kami ambil keputusan untuk pergi bulan ini dan saya sudah kosongkan jadual sejak Disember lagi.
“Apa doa saya, biarlah rahsia, tapi saya ingin berdoa di depan Kaabah nanti,” katanya

Tuesday, February 26, 2013

Lisa Surihani Terharu Terima Kejutan Yusry - Gosip Artis Terkini

 Selamat pagi semua pegunjung...OGA ada citer menarik nak share kat korang tentang pasangan romantik Yusry dan Lisa Surihani ni. Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu taw selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu

Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.

yusry dan lisa surihani
Yusry dan Lisa Surihani
"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.
"Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.
"Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Selasa.

Rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu.

Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.

"Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," katanya.
Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Sementara itu, Lisa memberitahu setelah setahun usia perkahwinan mereka, dia berasa sangat bahagia dan bersyukur dapat melalui hari-hari tersebut dengan orang yang tersayang dalam hidupnya.

"Setahun ini adalah yang paling indah dan bahagia buat saya sebagai seorang isteri kepada Yusry. Banyak perkara yang saya pelajari dan sedang cuba untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik," ujarnya yang mengakui kini lebih menitik beratkan soal penampilan dan gaya selepas berkahwin.
Bercakap soal cahaya mata, Lisa berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

"Saya sudah bersedia tapi ini rezeki Allah, insya-Allah kalau ada rezeki ini saya akan beritahu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu dan mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.

Thursday, February 21, 2013

Gambar Maya Karim dan Remy Ishak bercuti di Sabah - Gosip Artis

Kecoh juga para peminat membuat spekulasi di Instagram milik Remy Ishak apabila beliau mengirimkan gambar percutian beliau di Sabah bersama Maya Karin baru baru ini.

Hanya dua keping gambar yang di’kirimkan tetapi ini cukup membuatkan para peminat pasangan Maya Karin & Remy Ishak merasa gembira kerana mereka anggap ini satu perkembangan positif.

Gambar pertama dari Remy Ishak menunjukkan pasangan ini berada dalam kenderaan untuk perjalanan sejauh 7 jam dari Kota Kinabalu, Sabah ke kawasan hutan simpan Imbak Canyon.

Remy Ishak sekali lagi mengirimkan gambar apabila mereka sudah tiba di Imbak Canyon & kali ini beliau bersama Maya Karin sedang menikmati makan malam. Hebat juga dalam hutan boleh Instagram, heh.

Mungkin mereka bercuti berdua, dan lebih besar kemungkinan mereka pergi bersama rombongan rakan rakan. Maklumlah mereka berdua baru selesai dengan penggambaran filem Sejoli.
maya karim dan remy ishak
Remy  Ishak dan Maya Karim bercuti di Sabah

maya karim  dan remy ishak
Maya Karim  dan Remy Ishak



Wednesday, February 20, 2013

Yuna sudah tahu hubungan Nelydia dan Qi - Gosip Panas Artis

Ingat tak dua hari lepas OGA(Oh Gosip Artis) ada memasukkan artikel tentang hubungan pelakon popular drama Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose yang berkawan rapat dengan Qi.  Apa yang OGA nak kongsikan kat sini berita panas apabila bekasnya kekasih Qi iaitu penyanyi Yuna sudah lama tahu tentang hubungan. Kalau tak percaya tengok kat twitter Yuna kat bawah ni.


nelydia dan qi
Hubungan Nelydia dan Qi semakin intim
Adakah punca Yuna dan Qi berpisah disebabkan Nelydia? Ermm...OGA no komen. Hanya Yuna dan Qi sahaja tahu puncanya. Apa-apa pun OGA doakan Yuna, Nelydia dan Qi berjaya dalam bidang masing-masing.

Susulan laporan pengacara dan pelakon, Qi Razali yang mengakui dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' ini turut tidak menafikan hal tersebut.

"Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu.
 “Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya. Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
 “Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” ujar Nelydia yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
 Dalam perkembangan berkaitan, Yuna menerusi status di akaun Twitternya yang bertarikh 4 Februari lepas seakan-akan mengiyakan hubungan bekas kekasihnya itu.

Tuesday, February 19, 2013

Fizz Fairuz mohon maaf kepada Almy - gosip Artis Terkini


Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisah pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.
fizz fairuz
Fizz Fairuz
 "Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.
"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.

"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.
"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.
"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.
Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.

"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.
"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.
"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.
Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.

Kes Penceraian Jeslina Terpaksa ditangguhkan - Gosip Artis Terkini


Semalam OGA ada memasukkan artikel tentang penceraian Jeslina Hashim namun kes penceraiannya hari ini terpaksa ditangguhkan disebabkan Jeslina berada dalam keadaan tidak suci(haid). Jadi artikel OGA semalam betul la mengatakan Jeslina akan bercerai hari ni. Apa-apa pun OGA doakan semoga Jeslina tabah menghadapi semua ini.

Hakim Syarie, Asrul Azlan Embong bagaimanapun mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas peguam syarie yang mewakili Dion, 40, memberitahu pihaknya turut memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM150,000 dan hak penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui kedua-dua belah pihak di mahkamah berkenaan.

Ia bagi memudahkan semua kes berkenaan dikendalikan di satu mahkamah sahaja dan ia turut dipersetujui oleh Jeslina, 35.

Dalam pada itu, ketika ditemui luar mahkamah, peguam syarie kepada plaintif, Mohd Hafiz Abdul Rashid dan Ashraff A. Rani berkata, kedua-dua pihak pada dasarnya telah bersetuju untuk berpisah secara baik di bawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik).
jeslina hashim
Jeslina Hashim
Sehubungan itu, segala urusan perjanjian, kedudukan selepas penceraian dan terma penjagaan anak secara bersama akan diselesaikan di Mahkamah Tinggi dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Pihak kami telah melampirkan perjanjian kedudukan selepas penceraian mereka berhubung tuntutan mutaah, penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui, nafkah dan sebagainya.

"Permohonan sebutan di Mahkamah Tinggi juga telah dibuat pada 18 Februari lalu dan masih menanti tarikh perbicaraan," jelasnya.
Mohd Hafiz turut memberitahu pasangan itu sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu selain dua anak mereka kini dijaga oleh Dion.

Sementara itu, Jeslina yang ketika ditemui berkata, proses penceraian itu berjalan dengan baik namun enggan mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

"Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi"," katanya ringkas.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.

Gambar Madonna yang tak patut ada di Instagram beliau - Gambar Panas Artis

Agak teruja bila mendengar nama artis ternama Madonna. Namun bila OGA menjenguk Instagram beliau  ada rasa hampeh dan kecewa. Inikah artis yang di agungkan? namun gambar-gambar beliau banyak dimanipulasikan oleh pelbagai pihak. Untuk pengetahuan umum beliau sekarang dah berumur 54 tahun.. Wow amazing..!!! Anda boleh melawat Instagram Madonna dan boleh tinggalkan komen disana. Di bawah OGA masukkan gambar yang tak patut ada di Instagram beliau.

Madonna
Antara gambar Madonna di Instagram