<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label Presiden Persatuan Seniman Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Presiden Persatuan Seniman Malaysia. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Luna Maya Minta Izin Zed Zaidi, Berlakon Di Malaysia!

Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi akui terkejut apabila menerima panggilan daripada pelakon popular Indonesia, Luna Maya yang bertanyakan mengenai prosedur untuk menjalani penggambaran di negara ini. .

Zed Zaidi berkata panggilan itu diterimanya sebaik sahaja selepas tercetusnya kontroversi melibatkan pelakon Indonesia, Julia Perez yang menjalani penggambaran di Malaysia secara tidak sah pada akhir tahun lalu.

"Saya didatangi satu panggilan daripada nombor yang agak pelik dan banyak serta tidak dikenali ketika itu, dan dengan tidak berfikir panjang, saya terus mengangkat panggilan tersebut.
"Panggilan itu datangnya daripada seorang wanita yang bercakap dalam slanga Indonesia. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Luna Maya. Terkejut juga saya bila dia menelefon saya secara tiba-tiba.
"Rupa-rupanya, dia (Luna Maya) memberitahu, dia akan berlakon di Malaysia dengan sebuah produksi disini. Tapi, tidak pula dia beritahu bila dan dengan produksi mana dia akan berlakon.
"Dia bertanyakan bagaimana prosedur yang sepatutnya hendak dilakukan sebelum ke sini. Kemudian saya pun terangkan kepadanya prosedur yang betul untuk berlakon atau bekerja disini. Saya juga nasihatkan dia supaya berdaftar sebagai artis Seniman," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Zed Zaidi memberitahu, Luna Maya membuat panggilan itu selepas bimbang kedatangannya nanti akan menjadi isu atau kes seperti apa yang berlaku terhadap Julia Perez.

"Luna ada beritahu, dia tidak mahu kemasukannya ke Malaysia nanti akan menjadi isu yang berbangkit seperti rakannya Julia Perez. Dia juga berharap prosesnya untuk masuk berlakon di sini kelak akan jadi mudah," jelasnya lagi.
Zed Zaidi turut menjelaskan kemasukan artis dan pekerja seni dari luar perlu mematuhi garis panduan yang termaktub dalam Agensi Pusat Pemohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebelum menjalani aktiviti atau penggambaran di negara ini.

Luna Maya bakal berlakon di malaysia
Luna Maya bakal berlakon di Malaysia?

Friday, February 22, 2013

Tujuh Artis Saman Persatuan Seniman - Gosip Artis


Lapan individu, termasuk tujuh artis veteran, memfailkan saman terhadap Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta tujuh yang lain kerana mendakwa Mesyuarat Agung persatuan itu tidak sah dan terbatal.

Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, Merriane Mohd Tap, Jamaliah Mohd Dahan, Azizah Ab Aziz dan Roslinda Buang memfailkan saman itu pada 25 Januari lepas.

Selain Seniman, mereka menamakan presiden persatuan ketika itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari, Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang ketika itu pemangku timbalan presiden persatuan sebagai defendan.
Harun Salim Bachik
Harun Salim Bachik
Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.

Kes itu disebut pada Jumaat dalam kamar di depan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dengan dihadiri peguam Mohd Azmi Talib dan Asmadi Abu Bakar yang mewakili plaintif serta peguam Bazlinda Bahrin dan Dalina Hanim Daim bagi defendan.

Mohd Azmi memaklumkan kepada pemberita defendan akan memfailkan penyataan pembelaan dan mahkamah menetapkan 1 Mac depan untuk pengurusan kes.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentangkan pada 26 Mei 2012 adalah terbatal dan tidak sah.

Sehubungan itu, mereka mendakwa pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah.

Selain ganti rugi am, ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, mereka menuntut agar Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa menanggung atau membayar RM56,000 kepada persatuan.

Thursday, February 21, 2013

Zed Zaidi: Fizz Fairuz Ada Minta Nasihat Saya


OGA rasanya semua dah sedia maklum tentang kontroversi yang membabitkan pelakon Fizz Fairuzz yang  putus tunang. OGA rasa, mungkin Fizz berasa tertekan untuk mendapatkan nasihat, dia telah meminta nasihat  dan pandangan daripada Zaid Zaidi tentang masalah yang dialaminya.

Zed Zaidi berkata tiada apa yang boleh dibantu selain memberi serba-sedikit nasihat yang perlu dalam menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapi oleh Fizz Fairuz.


zed zaidi dan fizz fairuz
Zed zaidi dan fizz fairuz
"Sebenarnya ini hal peribadi dan sebagai Presiden Seniman, saya tidak layak untuk mencampuri urusannya. Bagaimana pun, Fizz sendiri ada meminta nasihat daripada saya untuk bertanyakan masalah yang dihadapi.
"Apa yang boleh saya boleh katakan, Fizz perlulah banyak-banyak bersabar dan bermuhasabah diri. Saya harap ianya memberi pengajaran kepadanya dan artis lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta.
"Namun saya percaya apa yang berlaku mungkin ada hikmah buatnya dan mana tau ada perkara yang lebih baik pula berlaku kepadanya selepas ini," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Zed Zaidi diminta mengulas mengenai kemelut yang berlaku terhadap Fizz yang juga ahli Seniman iaitu persatuan yang dikelolakannya.

Menurut Zed lagi, apa yang berlaku terhadap Fizz diharap menjadi pengajaran kepada artis lain supaya bijak berkomunikasi dalam apa jua situasi.

"Fizz sepatutnya perlu berhati-hati dalam bab bercinta ini. Dia sepatutnya tidak boleh terlalu exposed mengenai hubungan cintanya, cukuplah kalau orang tahu mereka bercinta. Bukan apa, jika terlalu exposed mengenai kisah peribadi ia akan mendatangkan pelbagai kesan serta akibat yang buruk kepada artis tersebut
"Secara peribadinya, bagi saya apa yang berlaku terhadap Fizz adalah masalah komunikasi dan saya harap ianya akan memberi pengajaran kepada artis lain," jelasnya lagi.