<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label fizz fairuz putus tunang. Show all posts
Showing posts with label fizz fairuz putus tunang. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Fizz Fairuz buat laporan polis - Gosip Artis Terkini


Nampaknya, kes yang membabitkan pelakon popular, Fizz Fairuz semakin rumit. Fizz Fairuz yang dikaitkan kes putus tunang bersama isteri orang, Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, telah membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu dan mendakwa tidak pernah mengetahui wanita itu sudah bernikah.

Laporan jam 1.43 petang itu dibuat sendiri pelakon terbabit yang bertujuan melindunginya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan.
fizz fairuz dan bekas tunang
Fizz Fairuz dan bekas tunang
Sumber polis berkata, laporan berkenaan difahamkan berkait kontroversi menimpa aktor terbabit tiga hari lalu sejurus pelakon filem Nur Kasih The Movie itu menerusi akhbar dilaporkan bertunang dengan isteri orang.

“Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.
“Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Thursday, February 21, 2013

Fizz Fairuz Ada Salinan Surat Nikah Azlyn - Gosip Artis Terkini


Suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz iaitu Ramli menegaskan dia ingin melihat sejauh mana permainan Azlyn Massiela yang telah pun membuat penafian bahawa dia sudah pun berkahwin dengan usahawan berusia 40 tahun ini.

Dalam akhbar harian metro hari ini melaporkan, Ramli mengakui Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya yang dinikahi di Selatan Thailand serta memiliki bukti kukuh terhadap perkahwinan tersebut.

"Bukti surat nikah di Thailanda ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz. Untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, berjumpalah kedua ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar," katanya.
Pengakuan Ramli dibuat selepas Azlyn menafikan status isteri ketika bertunang dengan Fizz Fairuz dalam akhbar Berita Harian, semalam.

Fizz Fairuz dan bekas tunang

Sementara itu, Ramli menyatakan bahawa dia belum bersedia bertemu media sebaliknya meminta Azlyn bertemunya terlebih dahulu.

"Dalam kemelut ini, saya menyedari ketiga-tiga pihak mempunyai kesalahan masing-masing dan berharap ianya tidak dipanjangkan.
"Insya-Allah, saya tahu hukum syariah dan adat Melayu atau enakmen agama berkaitan nikah dan kahwin," jelasnya.
Apapun, Azlyn dan Fizz ketika dihubungi tidak menjawab panggilan atau membalas SMS.

Zed Zaidi: Fizz Fairuz Ada Minta Nasihat Saya


OGA rasanya semua dah sedia maklum tentang kontroversi yang membabitkan pelakon Fizz Fairuzz yang  putus tunang. OGA rasa, mungkin Fizz berasa tertekan untuk mendapatkan nasihat, dia telah meminta nasihat  dan pandangan daripada Zaid Zaidi tentang masalah yang dialaminya.

Zed Zaidi berkata tiada apa yang boleh dibantu selain memberi serba-sedikit nasihat yang perlu dalam menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapi oleh Fizz Fairuz.


zed zaidi dan fizz fairuz
Zed zaidi dan fizz fairuz
"Sebenarnya ini hal peribadi dan sebagai Presiden Seniman, saya tidak layak untuk mencampuri urusannya. Bagaimana pun, Fizz sendiri ada meminta nasihat daripada saya untuk bertanyakan masalah yang dihadapi.
"Apa yang boleh saya boleh katakan, Fizz perlulah banyak-banyak bersabar dan bermuhasabah diri. Saya harap ianya memberi pengajaran kepadanya dan artis lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta.
"Namun saya percaya apa yang berlaku mungkin ada hikmah buatnya dan mana tau ada perkara yang lebih baik pula berlaku kepadanya selepas ini," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Zed Zaidi diminta mengulas mengenai kemelut yang berlaku terhadap Fizz yang juga ahli Seniman iaitu persatuan yang dikelolakannya.

Menurut Zed lagi, apa yang berlaku terhadap Fizz diharap menjadi pengajaran kepada artis lain supaya bijak berkomunikasi dalam apa jua situasi.

"Fizz sepatutnya perlu berhati-hati dalam bab bercinta ini. Dia sepatutnya tidak boleh terlalu exposed mengenai hubungan cintanya, cukuplah kalau orang tahu mereka bercinta. Bukan apa, jika terlalu exposed mengenai kisah peribadi ia akan mendatangkan pelbagai kesan serta akibat yang buruk kepada artis tersebut
"Secara peribadinya, bagi saya apa yang berlaku terhadap Fizz adalah masalah komunikasi dan saya harap ianya akan memberi pengajaran kepada artis lain," jelasnya lagi.

Fizz Fairuz Terus Lari, Sembunyi! - Gosip Artis Terkini


Hasrat pelakon Fizz Fairuz yang ingin menghilangkan kekusutan berhubung isu pertunangannya dengan isteri orang menjadi bertambah parah apabila timbul pula isu lain yang turut berkait.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, yang bertunang dengan Azlyn Maissiela Mohd Nazar, 26, pada 10 Februari lalu terpaksa memutuskan pertunangan selepas mendakwa wanita itu sebenarnya isteri orang.

Malah dalam laporan akhbar Harian Metro pada Rabu Fizz mendakwa dia mungkin terkena buatan orang selain kesal dengan pertunangan yang tergesa-gesa itu,.

Individu yang mendakwa suami kepada wanita tersebut dalam akhbar yang sama pada Khamis mendakwa Azlyn sedang ‘sakit’ selain mendedahkan dia dan wanita itu sudah bernikah di Thailand sebagai isteri keduanya tanpa mendaftarkan perkahwinan itu di negara ini.

Malangnya menerusi akhbar Berita Harianpada Khamis, wanita berkenaan yang berasa malu dengan tuduhan berkenaan tampil “melondehkan” segala-galanya mengenai hubungannya dengan Fizz selama ini selepas keburukan dia dihebohkan oleh Fizz.

Azlyn yang mendakwa masih bujang mendakwa telah mengenali Fizz sejak lima tahun lalu tetapi menjalinkan hubungan secara serius bermula setahun yang lepas.

Pendedahan Azlyn itu secara tidak langsung memberi gambaran Fizz Fairuz telah bermain kayu tiga – iaitu mengaku bercinta dengan Almy Nadia tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dengan orang lain.



“Work smart” yang dilakukan oleh Fizz tidak menjadi apabila gambar pertunangan dia dengan Azlyn didedahkan oleh media.

Jika pendedahan itu tidak dibuat media, sehingga ke hari inilah kontroversi tersembunyi ini tidak akan diketahui.

Sebagaimana didedahkan Azlyn, pelakon lelaki ini dilihat mempunyai banyak masa untuk menjalinkan pertemuan bagi mengeratkan perasaan cinta mereka.

Tetapi, dalam hal ini wanita yang seolah-olah paling teruk terkena permainan Fizz adalah Almy Nadia kerana dia benar-benar terpedaya.

Pendedahan Azlyn juga memperlihatkan Fizz selama ini kurang menyenangi Almy Nadia walaupun dia tidak pernah meluahkan hasrat secara terbuka meninggalkan pelakon wanita itu.

Apa-apa pun ‘drama’ lakonan Fizz ini telah terbongkar dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sendiri kerana dialah yang mencari masalah tanpa berjaya menyusun strategi dengan baik.

Seperti biasa, apabila keadaan semakin meruncing, Fizz menyalahkan “bomoh” kononnya apa yang terjadi ini adalah ada unsur-unsur penggunaan ilmu hitam.

Sehingga ke hari ini, Fizz cuba melarikan diri, telefon tidak berangkat malah rakan-rakannya juga mengunci mulut untuk tidak mendedahkan di manakah dia berada.

Fizz sudah tersepit bersama masalah akibat padah yang dicari sendiri.

Larilah Fizz selagi mampu kerana di depan sana lagi banyak lubang-lubang besar yang menunggu.

Suami tunangan Fizz Fairuz minta orang ramai henti menyalahkan Fizz - Gosip Panas Beb !

Berikutan kejadian yang amat memalukan kerana Fizz bertunang dengan Isteri Orang, OGA terbaca di Harian Metro mengenai Suami Tunangan Fizz tampil membuat kenyataan yang Isteri beliau hilang ingatan.. What The Hell.. Beb..!! Macamane boleh terjadi sampai camtu.. Mungkin kerana terlalu sunyi kot.. jangan marah yer.. hehehe.. Jom kita baca sedikit paparan yang suami tunangan Fizz meminta supaya orang ramai supaya tidak menyalahkan Fizz Fairuz..


Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.



Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.

Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.

Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.

Tuesday, February 19, 2013

Fizz Fairuz mohon maaf kepada Almy - gosip Artis Terkini


Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisah pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.
fizz fairuz
Fizz Fairuz
 "Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.
"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.

"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.
"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.
"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.
Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.

"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.
"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.
"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.
Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.

Almy Nadia akan berbaik semula dengan Fizz - gosip Artis Terkini


Baru tadi OGA ada memasukkan artikel tentang Fizz Fairuz yang baru sahaja putus tunang kerana tunangnya itu adalah isteri orang. Kes putus tunang Fizz Fairuz ini telah menjadi bualan dalam blog-blog hiburan terkenal. Namun semestinya wartawan ingin mendapat komen daripada Almy Nadia tentang perkara ini
Namun begitu, pelakon Almy Nadia, 27, enggan mengulas sama ada dia akan berbaik semula dengan Fizz Fairuz, 34, atau sebaliknya.

Dia yang terkena tempias Fizz Fairuz putus tunang itu berharap, tidak terus diaju soalan berkaitan hati dan perasaan buat masa ini.

Yelah, kita pun kena faham juga perasaan Almy nadia sekarang ni. Siapa yang tidak terkesankan kalau kekasih hati yang dah lama bercinta tup-tup bertunang dengan orang lain. Kalau OGA sendiri pun memang sedih dan kecewa. Kita tengok nanti adakah Almy Nadia sanggup terima Fizz balik dengan apa yang berlaku atau melupakan Fizz dan teruskan hidup baru? Walaupun, Fizz ada beritahu sebuah akhbar bahawa dia terkena buatan orang.

 Apa-apa pun OGA doakan semoga Almy mencari penyelesaian yang terbaik dalam kes ni.
almy nadia
Almy Nadia enggan ambil tahu 
Bekas kekasihnya, Fizz hari ini, tampil memberitahu dia sudahpun memutuskan pertunangan dengan wanita berusia 26 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang selepas seminggu bertunang.

"Saya tidak ada jawapan, sama ada kami akan bersama semula.
"Saya harap pihak media dapat menghubungi Fizz sendiri, firasat saya memberitahu Fizz akan muncul dengan semua jawapan lebih lanjut mengenai kejadian terbaru ini," katanya.