<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label Shah Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Shah Iskandar. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Shah Iskandar cemburu? - Gosip Panas Artis

Panas! Panas! Panas!... Rasanya semua dah sedia maklum tentang  berita perkahwinan merpati sejoli, Zain Saidin dan Rozita Che Wan tersebar luas, namun disebalik orang duk cerita pasal perkahwinan tersebut, OGA dapat tahu dari sebuah portal hiburan , ada pihak dikatakan 'makan hati' dengan berita tersebut. Yeke? Siapakah orang itu? Mesti korang nak tahu kan siapakah orang yang dimaksudkan tu. Dengar-dengar orang itu adalah pelakon lelaki popular, Shah Iskandar yang pernah digosipkan dengan Rozita Che Wan.

shah iskandar
Shah Iskandar
Pelakon ni dikatakan cuba melarikan diri dari bersemuka dengan aktres itu ketika sidang media yang berlangsung baru-baru ini. Kenapa nak larikan dirikan pulak. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Tak gitu?

Bagaimanapun aktor kelahiran Singapura itu menafikan dakwaan itu.

"Saya tak larikan diri, cuma saya ingin beralih tempat.
“Hubungan kami masih baik, begitu juga dengan Zain.
“Walaupun pernah rapat dengan Che Ta, saya tidak terkejut dengan berita ini,” kata Shah.
Malah, Shah turut mendoakan jodoh mereka berkekalan setelah sekian lama bercinta.

Thursday, February 28, 2013

Shah Iskandar terkejut dengan perkahwinan Rozita dan Zain

Macam kita tahu, pelakon Shah Iskandar tidak terlepas dari digosipkan bersama Rozita Che Wan sebelum ini, Shah Iskandar dikhabarkan bergaduh dengan Zain Saidin kerana berebutkan aktress itu. Kecoh juga dunia hiburan.

Semasa pengikut industri seni sedang sibuk dengan cerita perkahwinan Zain dan Che Ta Julai ini, Shah Iskandar pada waktu itu sedang berada di Singapura. Sekembalinya Shah dari Singapura, dia akui terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya.

shah iskandar
Shah Iskandar
“Sebenarnya saya baru tahu cerita hari ini (Rabu), baliknya saya dari Singapura dan saya terperanjat bila dapat tahu”
Walaupun sedikit terperanjat, Shah akui gembira dengan berita yang didengarnya. Mengakui Zain dan Che Ta telah saling lama mengenali.

Tidak ada perasaan yang kurang enak terbit darinya kerana dia dan Che Ta sememangnya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Ditanya juga tentang hubungannya bersama dengan pasangan itu, Shah akui hubungan mereka baik seperti biasa. Tiada sebarang perselisihan faham terjadi sepertimana yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sebelum ini mereka bertiga pernah digandingkan bersama dalam telemovie Anak Ikan terbitan Astro Ria. Seterusnya Shah Iskandar digandingkan bersama Che Ta dalam drama siri Kiah Spy di Astro Prima.

Shah menambah sebelum mengakhiri perbualan, dia akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan andainya mendapat jemputan.