<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label pelakon seksi. Show all posts
Showing posts with label pelakon seksi. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Gosip Artis Terkini - Komen Rozita tentang gambar seksinya

Semalam OGA ada masukkan artikel pasal Rozita Che Wan yang berskirt pendek so, ramai la yang melemparkan tuduhan negatif kat Che Ta ni. Susulan tersebarnya gambar-gambar Rozita Che Wan yang dikatakan terlalu seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan dikritik teruk oleh peminatnya, namun pengacara Primadona ini mempunyai alasan tersendiri.
"Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.
 "Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," ujar Che Ta yang sempat berpesan agar masyarakat tidak terlalu menjaga tepi kainnya.
Tu komen Che Ta kita so, OGA tak nak komen apa-apa sebab tu hak Che Ta. Tapi bagi OGA la kan, kalau dah nama artis ni memang orang akan ambil tahu semua tentang apa kita buat so, memang kena hadapi la kan. Lepas ni OGA harap Che Ta akan lebih berhati-hati dalam sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kontroversi.

Dalam perkembangan lain, kekasihnya, Zain Saidin telah  menutup akaun instagram miliknya kerana mendakwa kontroversi yang melanda bukan sahaja mengganggu karier malah percintaan bersama Che Ta.
gambar Rozita Che Wan dan Zain Saidin
gambar Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Tuesday, March 12, 2013

Masa mencemburui saya - Nora

Hampir lima tahun hidup solo, masanya lebih banyak ditumpukan kepada karier dalam dunia seni serta anak tunggal kesayangan, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Malah jika melihat jadual kerja Nora Danish, aktiviti seninya sentiasa penuh. Berlakon dari satu lokasi ke satu lokasi umpama tidak terkejar dengan masa.

Namun sebagai wanita biasa, Nora juga memerlukan cinta dan kasih sayang seorang lelaki dan dia mengakui sedang mencari pengganti terhadap cintanya yang pernah hilang selama ini.

Walaupun mencari cinta sejati itu amat sukar namun bagi pelakon yang cukup popular melalui filem Aku Terima Nikahnya ini, perkara tersebut bukannya satu halangan yang besar baginya.

“Kisah saya selama ini biarlah menjadi sejarah yang berguna kepada kehidupan saya sendiri dan juga cara untuk mengajar saya supaya lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup yang sebaik-baiknya.

“Istilah gagal dan serik untuk kembali bercinta tidak pernah terukir dalam perjalanan hidup saya. Saya akui ketika ini memang saya sedang mencari cinta sebenar," jelas Nora.

Bagi Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif yang baru sahaja menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-31 Khamis lalu, kekangan masa adalah penghalang utamanya untuk terus menjalinkan cinta ketika ini.

“Buat masa ini memang saya akui masa cukup mencemburui saya untuk menjalinkan apa-apa hubungan. Saya juga tidak menyasarkan bila masa untuk tamatkan status saya sekarang.

“Yang penting saya dan Rayqal bahagia. Tumpuan saya lebih kepadanya selain kerjaya," kata Nora yang bakal muncul bersama Shaheizy Sam dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah yang akan ditayangkan pada 4 April nanti.

Ketika diajukan soalan mengenai teman istimewa, raut wajahnya dilihat merah padam seakan-akan menyembunyikan sesuatu namun jawapannya tetap sama, ‘semuanya kawan biasa’.

“Ya... semuanya masih kawan biasa, tiada yang betul-betul istimewa dalam hati saya ketika ini. Saya berharap agar yang betul-betul istimewa akan tiba nanti, insya-Allah," katanya optimis.
Tambah Nora, sekiranya jodoh telah ditetapkan untuknya dalam kalangan artis, dia tidak akan menolak. Dan saat ditanya siapakah artis yang mempunyai ciri-ciri jejaka idaman, jawapannya:

“Anuar Zain! Sebab dia cukup gentleman, semua wanita pasti menyukainya. Peluang berlakon dalam video klip bersamanya baru-baru ini cukup mengujakan saya.
“Saya harap lepas ini ada lagi peluang bergandingan dengan saya, nak berduet memang tidaklah sebab suara saya tak sedap," ujarnya sambil ketawa.
 Dalam pada itu, Nora menganggap dakwaan yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam sebagai sesuatu yang kelakar.

Menurut Nora, gosip yang disiarkan di salah sebuah akhbar mingguan baru-baru tidak benar sama sekali kerana hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional semata-mata.

“Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu itu hanyalah andaian penulis tersebut sahaja. Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya.

Ada laporan yang mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik ketika mereka bergandingan dalam filem 2 Kalimah arahan Eyra Rahman.

Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar menjalinkan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sesuatu penggambaran.

Memberitahu gosip itu bukan kali pertama yang mengaitkan dirinya dengan pelakon lelaki yang digandingkan bersama-samanya dalam filem. Sebelum ini dia pernah dituduh menjalinkan hubungan cinta dengan Adi Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Terima Nikahnya.

“Jika asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Tambah pula dengan status saya sekarang, memang perkara ini kurang elok jika terus-menerus diperbesarkan.

“Mungkin perkara itu belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang akan memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," ujarnya yang kini turut bergelar pengacara Republik Cinta yang sedang disiarkan di Astro Ria bersama ikon Indonesia, Ahmad Dhani.

nora danish
Nora Danish
Seronok berkolaborasi dengan Ahmad Dhani Nora juga sempat berkunjung ke rumahnya.

“Dia seorang yang unik kerana suka sangat kumpul barang antik. Hampir kesemua barang dalam rumahnya adalah barang antik yang berusia beratus tahun," katanya

Gosip Artis Terkini - Kereta mewah Tasha Shilla dah berubah?

Selamat petang semua pengunjung blog Oh Gosip Artis. Hari ni OGA nak cerita kat anda semua gosip artis yang panas,sensasi dan terkini. Menurut dalam satu blog hiburan, pelakon seksi Tasha Shilla dikatakan telah bertukar kereta. Betul ke Tasha?

Masa dulu-dulu kecoh bila Tasha Shilla naik kereta mewah Audi! so, ramai la mempertikaikan kereta tersebut kan sebab mahal. Nak-nak Tasha Shilla tu baru jer berlakon takkan mampu nak beli kereta semahal tu. Oleh sebab tu timbul la gosip yang dia tu disponsor. Entah lah OGA tak nak komen la pula pasal ni. Tak pasal-pasal dapat dosa free kan. Tapi memang kelas kau Tasha Shilla! Namun, baru-baru ni menurut sumber, nombor pendaftaran kereta yang dipakai Tasha Shilla kat kereta Audinya itu telah bertukar kepada kereta lain pula. Namun, tidak pasti lah pula kemana kereta Audi berkenaan, adakah sudah bertukar milik nombor pendaftaran lain atau kereta Audi itu tidak mampu membayar CCM yang tinggi?

So, OGA tak dapat pastikan. Apa-apa pun hanya pemiliknya sahaja yang tahu.


kereta tasha shilla
nombor pendaftaran kereta Tasha Shilla yang dulu
 
kereta tasha shilla
No pendaftaran kereta Tasha Shilla sekarang

Gosip Artis - Anzalna Nasir cuba nasib dalam perniagaan

Selepas membuktikan bakatnya dalam bidang lakonan, Anzalna Nasir kini mencuba nasib dalam bidang perniagaan dengan membuka butik 'online' yang menjual pakaian khusus untuk wanita. Bagus la tu Anzalna, sekurang-kurangnya dapat la juga tambahkan income kan. Mana la tahu suatu hari nanti dapat buka butik sendiri hasil jualan online. Bagi OGA setiap perkara yang kita buat ni mestilah bermula dari bawah dulu kan berjaya. Tak Gitu?

Memetik laporan OhBulan! Anzalna menamakan perniagaannya sebagai 'Hermanas5' yang menjual 'dress' dan gaun malam yang dijual pada harga berpatutan.

"Perniagaan ini dikenali sebagai 'Her Maness' iaitu perniagaan 'online' yang menjual pakaian wanita. Kesemua harga pakaian yang dijual adalah sangat berpatutan, paling mahal pun cuma RM150 sahaja.
“Saya pilih perniagaan ini sebab bila saya pergi ke majlis-majlis keramaian ramai yang bertanya dan minat dengan baju yang saya pakai. Jadi sebab itulah timbulnya idea untuk jalankan perniagaan ini, lagipun ramai rakan-rakan artis yang sokong," ujar Anzalna yang bakal muncul dengan drama bersiri terbaru 'Bangkitnya Seorang Perempuan' bermula 13 Mac ini.
pelakon anzalna nasir
Pelakon Anzalna Nasir



Wednesday, March 6, 2013

Gosip Artis - Betul ke Marsha cemburu dengan Nur Fathia?

Dah lama OGA tak dengar cerita pasal artis seksi seorang ni. Hari tu ada la OGA update pasal pelakon Nur Fathia yang dikatakan ada maslah dengan Marsha gara-gara seorang lelaki? Betul ke ni Marsha? Takkan lah sebabkan seorang lelaki nak bermasam muka kan. Namun,  penyanyi Marsha Milan Londoh menyifatkan tuduhan dia bermasam muka dengan pelakon Nur Fathia Abdul Latiff, 25, kerana cemburu kejayaan wanita itu adalah sesuatu tohmahan yang tidak berasas.

Marsha, 28, berkata, dia tidak pernah mengenali pelakon drama Stanza Cinta itu secara rapat, apatah lagi dikatakan telah bergaduh.

"Saya tidak kenal Fathia ataupun pernah berkawan baik dengan dia, jadi macam mana pula dikatakan kami bermasam muka? Namun saya tidak nafikan kami ada bertemu ketika menghadiri majlis yang besar dan ramai artis.
"Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dia. Tuduhan ini memang tidak masuk akal," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pratonton filem animasi Bola Kampung The Movie, di Mid Valley, di sini pada Rabu.
marsha
Marsha menafikan bermasam muka dengan Nur Fathia
 Marsha diminta mengulas dakwaan hubungannya dengan pelakon wanita tersebut renggang selain kedua-dua mereka telah bermasam muka kerana berebut seorang lelaki.

Jelas Marsha, dia menganggap hubungannya dengan Fathia sama seperti rakan artis yang lain.

"Saya mengaku saya pilih orang untuk berkawan rapat, sebagai artis saya sentiasa berhati-hati dalam soal berkawan.
"Saya lebih selesa berkawan dengan orang biasa berbanding dari kalangan selebriti," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, perkara seperti ini adalah lumrah dalam dunia seni yang harus dilalui seorang artis.

"Saya sebenarnya cuba lari dengan perkara kontroversi seperti ini. Kalau boleh saya mahu fokus dengan kerja yang saya lakukan sekarang," katanya.
Bercakap tentang teman lelaki, Marsha mengakui dia kini sudah setahun hidup bersendiri dan menganggap kehidupannya lebih tenang selain memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Saturday, March 2, 2013

Didie Alias tak kisah dilebar seksi tak sedar diri

 Biarpun sudah mencecah usia 40 tahun, pelakon dan pelawak popular, Didie Alias masih lagi ligat membawa diri sebagai seorang anak seni. Lihat sajalah kelincahannya mengacarakan majlis anugerah seperti anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mahupun kemunculannya pada majlis-majlis hiburan berprestij tanah air. Ibu kepada lima anak ini pasti menjadi tumpuan ramai dek penampilannya yang unik dan pelik-pelik sehingga dia mendapat jolokan 'Lady Gaga Malaysia'.

Bagaimanapun ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan pemakaiannya yang kadangkala di dakwa terlalu seksi. Malah ada yang melabel beliau sebagai artis seksi tak sedar diri. Tak cukup dengan itu, ada pihak yang mengkritik penghibur berpengalaman luas ini ekoran gambar-gambar beliau bersama anak-anaknya yang memakai tudung sedangkan beliau tidak pula berimej sebegitu.

didie alias
Didie Alias
"Mana seksinya? Saya ni, kalau pakai apa pun nampak seksi. Lantak lah orang nak kata apa pun", katanya sambil tergelak.
"Betul, keempat-empat anak saya memakai tudung. Saya tak paksa anak-anak saya memakai tudung. Tapi itulah didikan yang saya berikan pada mereka. Mereka pun tak pernah larang saya nak tampil dengan imej yang bagaimana. Sebab mereka tahu itu adalah kerja mummy mereka.
"Malah mereka sering memberi idea dari segi pemakaian saya. Mereka tak pernah marah atau berasa malu bila saya tampil dengan gaya yang pelik-pelik. Mereka sokong saya. Cukup anak-anak saya bersama saya ketika senang dah susah. Saya tak perlu peduli apa kata orang lain", sambung Didie lagi.
Selama 26 tahun berkecimpung dalam industri seni, kerjaya seni bagai sudah sebati dalam diri. Pun begitu Didie menyedari dalam usia begini mungkin ada pihak yang sakit mata melihat cara dan gayanya. Lantaran beliau ada berfikir seandai sudah tiba masanya nanti, beliau akan memperlahankan rentak kariernya.

"InsyaAllah bila Tuhan kata sudah tiba masanya untuk saya, saya akan perlahankan aktiviti seni saya. Saya tak akan terus bersara tetapi saya akan jadi penerbit", ujarnya.

Nur Fathia rampas kekasih Marsha? Gosip Artis Terkini

Kisah artis bergaduh sesama artis bukanlah perkara baru. Sungguhpun ramai artis sendiri menyedari yang industri hiburan tanah air ni kecil saja namun perkara itu masih lagi berlaku. Terbaru pelakon cantik Nur Fathia Latiff dikatakan bermasam muka dengan penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh. Malah ada dakwaan mengatakan dia dan Marsha bergaduh gara-gara berebut teman lelaki. Benarkah?

Bertemu dengan pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini kelmarin, malaysian digest.com mendapatkan kepastian sejauh mana kebenaran dakwaan dia kononnya memikat teman lelaki penyanyi seksi itu juga hubungannya kini dengan Marsha.

"Saya dengan Marsha okay! Kami tak pernah bergaduh. Mengenai soal saya 'caras' kekasih dia. Sebenarnya bukan caras... Mungkin sebab saya berkawan dengan bekas teman lelaki dia.
"Kami berkawan biasa. Mungkin ada salah faham. Dan lelaki itu bukanlah kekasih saya", katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2012).
nur fathia
Nur Fathia
 Dalam pada itu gadis berusia 26 tahun ini sempat diusik dengan pertanyaan selepas dikhabarkan menolak lamaran seorang kerabat DiRaja, ada atau tidak mana-mana kerabat lain atau mana-mana lelaki datang melamarnya? Fathia sambil tersenyum menjawab,

"Tak. Tak ada. Sebenarnya dia (kerabat raja) bukanlah melamar secara formal pun... Tapi hubungan kami masih baik. Saya masih kawan dengan dia", katanya.

Thursday, February 28, 2013

Shah Iskandar terkejut dengan perkahwinan Rozita dan Zain

Macam kita tahu, pelakon Shah Iskandar tidak terlepas dari digosipkan bersama Rozita Che Wan sebelum ini, Shah Iskandar dikhabarkan bergaduh dengan Zain Saidin kerana berebutkan aktress itu. Kecoh juga dunia hiburan.

Semasa pengikut industri seni sedang sibuk dengan cerita perkahwinan Zain dan Che Ta Julai ini, Shah Iskandar pada waktu itu sedang berada di Singapura. Sekembalinya Shah dari Singapura, dia akui terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya.

shah iskandar
Shah Iskandar
“Sebenarnya saya baru tahu cerita hari ini (Rabu), baliknya saya dari Singapura dan saya terperanjat bila dapat tahu”
Walaupun sedikit terperanjat, Shah akui gembira dengan berita yang didengarnya. Mengakui Zain dan Che Ta telah saling lama mengenali.

Tidak ada perasaan yang kurang enak terbit darinya kerana dia dan Che Ta sememangnya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Ditanya juga tentang hubungannya bersama dengan pasangan itu, Shah akui hubungan mereka baik seperti biasa. Tiada sebarang perselisihan faham terjadi sepertimana yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sebelum ini mereka bertiga pernah digandingkan bersama dalam telemovie Anak Ikan terbitan Astro Ria. Seterusnya Shah Iskandar digandingkan bersama Che Ta dalam drama siri Kiah Spy di Astro Prima.

Shah menambah sebelum mengakhiri perbualan, dia akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan andainya mendapat jemputan.

Monday, February 25, 2013

Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Dapat Restu Keluarga - Gosip Artis Terkini

Pelakon Zain Saidin bersyukur kerana hasratnya untuk memperisterikan aktres Rozita Che Wan mendapat restu ibunya, Siti Aishah Abdullah serta ahli keluarga yang lain.

Zain, 29, berkata, walaupun dia tidak memperkenalkan Rozita, 40, secara rasmi kepada ibunya itu tetapi kedua-dua mereka pernah berjumpa dalam sebuah majlis dan telah saling kenal mengenali.

"Kakak saya iaitu Sasha (Elite) juga kenal dengan Rozita dan ada berjumpa ketika majlis resepsi pernikahan Azza dan suaminya tahun lalu selain di beberapa majlis lain. Ahli keluarga semua tiada masalah dengan hubungan kami," jelasnya
Hubungan Zain dan Rozita sudah diperkatakan sejak sekian lama sehinggalah Zain menerusi sebuah akhbar membuka mulut untuk menikahi wanita yang berusia 11 tahun lebih tua daripadanya itu.
Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal berkahwin tidak lama lagi
Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal berkahwin tidak lama lagi




 Bagaimanapun Zain menepis laporan akhbar Harian Metro pada Selasa yang mendedahkan dia dan Rozita mahu bernikah pada Julai depan kerana pada ketika itu umat Islam sibuk dengan persiapan bulan Ramadan.

Pelakon itu berkata, dia tetap bertegas dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga sekurang-kurangnya hujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan walaupun kedua-dua mereka masih tidak berbincang mengenainya.


"Seperti yang saya cakap sebelum ini perancangan untuk berkahwin insya-Allah pada penghujung tahun ini namun itu pun terletak kepada keadaan.
"Laporan mengatakan kami bakal berkahwin pada Julai ini tidak benar kerana ketika itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan agak sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan" jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai hadiah istimewa yang pernah diberikan kepada Rozita, Zain berkata dia pernah memberikan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu bersempena hari jadi Rozita baru-baru ini.

Rozita Che Wan bakal kahwin julai ini - Gosip Perkahwinan Artis

Sebelum tu OGA nak ucapkan tahniahlah buat Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang akan berkahwin pada bulan julai ini nanti. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh Rozita Che Wan.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
Kalau selama ini hanya Zain yang tampil meluahkan perasaan cintanya terhadap Che Ta, kali ini Che Ta mengambil peluang untuk memuji keromantikan Zain. Kata Che Ta:

Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa saja boleh meluahkan perasaan cinta tetapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya. Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya.
Sementara itu Zain Saidin yang ditemui menyatakan rasa terkejutnya atas pengakuan Rozita Che Wan ini dan tidak menyangka mereka berdua akan bernikah seawal ini. Kata Zain:
Memang sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat ini tetapi apa pun kami akan berbincang lebih lanjut mengenai tarikh yang sesuai. Memang bermaca perkara yang perlu dibuat dan dirancang untuk bekahwin. Sudah tentu majlis perkahwinan kami ini membabitkan ramai pihak dan kami perlu merancang sebaiknya.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
Rozita Che wan dan Zain Saidin bakal berkahwin julai ini
Rozita Che wan dan Zain Saidin bakal berkahwin julai ini

Friday, February 22, 2013

Gambar Lana Nordin bercuti bersama kekasih di Bali - Gosip Panas Artis


Baru-baru ini, beberapa keping gambar pelakon, Lana Nordin, 34 kelihatan mesra bersama kekasihnya, Parvel Michalec, 24, sewaktu bercuti di Bali, Indonesia telah tersebar di sebuah laman sesawang dan blog.

Foto-foto itu kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja bercuti dan seolah-oleh seperti berbulan madu ketika menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari lalu.

Bagi mendapat kepastian mengenai foto-foto tersebut, murai.com.my telah bertanyakan sendiri mengenai percutiannya itu. Ternyata Lana menafikan bahawa hanya dia berdua dia dengan kekasihnya yang berasal daripada Republik Czech itu saja yang bercuti di Pulau Bali baru-baru ini. Sebaliknya, dia turut bercuti bersama rakan-rakannya yang lain. Ini komen Lana Nordin:

"Sebenarnya foto itu mereka ambil daripada laman Instagram yang saya muat naik sendiri. Tiada apa yang perlu diselindung dalam foto itu kerana ia kelihatan kami seperti bercuti sahaja.
"Malah, saya bukan hanya bercuti berdua sahaja tetapi dengan 12 orang kawan-kawan saya yang lain. Kami berada di sana selama 5 hari dan ia hanya sekadar percutian biasa," katanya kepada murai.com.my
Lana dan Parvel sudah menjalinkan percintaan sejak 8 bulan lalu dan mereka kini sedang menjalani percintaan jarak jauh.

gambar lana nordin bercuti dengan kekasih
Gambar Lana Nordin bercuti dengan kekasih di Bali baru-baru ini
Tahun lalu, Lana pernah menggemparkan hiburan tanah air apabila gambarnya bercuti di Bali dengan mengenakan top bikini yang kelihatan seperti berpakaian separuh bogel telah tersebar di laman sesawang.

Apabila ditanya adakah Lana tidak bimbang dengan persepsi orang mengenai foto-foto yang dimuat naiknya itu, Lana memberitahu, kali ini dia lebih berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya.

"Cukuplah, apa yang sudah berlaku kepada saya tahun lalu. Kali ini saya akui lebih berhat-hati dan tidak mahu kontroversi itu berulang lagi," jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan kerjaya Lana, baru-baru ini dia telah tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita yang diperolehnya menerusi filem Chow Kit.

"Saya tidak sangka tercalon dan memang sungguh terkejut. Bagi saya filem Chow Kit sebuah filem yang bagus, soal menang saya tidak boleh cakap lagi. Kalau saya letak harapan yang tinggi dan tidak menang, nanti saya juga yang kecewa. Saya serah semuanya pada juri dan tunggu sahaja keputusan pada acara kemuncak FFM25 pada 2 Mac depan," tambahnya lagi.

Thursday, February 21, 2013

Lana Nordin Ke Czech Jumpa Keluarga Kekasih - Gosip Artis Terkini


Ni ada cerita terbaru yang OGA dengar Calon Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Chow Kit, Lana Nordin kini semakin bahagia bersama kekasih hatinya, Parvel Michalec yang berasal dari Republik Czech. Namun apa yang menariknya OGA nak kongsikan kat sini  Lana dikatakan akan berangkat ke negara kelahiran Parvel untuk berjumpa dengan keluarga teman lelakinya itu. Dah nampak serius jer hubungan mereka ni? Apa-apa pun OGA doakan semoga Lana bahagia dengan kekasih hatinya mat salleh tu!

 "InsyaAllah pada Julai atau Ogos ni saya akan ke Czech untuk bertemu dengan keluarga dia. Sebelum ni pun sebenarnya keluarga dia dah tahu pasal kami," ujar Lana yang baru-baru ini telah bercuti ke Bali bersama kekasih hatinya ini. 

Ditanya mengenai perasaan apabila berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM25, Lana melahirkan rasa bersyukurnya.

"Alhamdulillah, ni kali pertama saya tercalon dalam FFM. Lagi bermakna sebab filem ni filem pertama lakonan saya yang ditayangkan, selepas tu baru menyusul filem lain. Tak sangka tercalon. Saya sedar saingan memang sengit sebab calon-calon lain otai semuanya", kata Lana. 
lana nordin
Lana Nordin