<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label bertunang. Show all posts
Showing posts with label bertunang. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Gosip Artis - Piere Andre bakal menikah jun ini

Dalam diam-diam anak teruna kepada pelakon hebat, Khatijah Tan iaitu Pierre Andre kini dalam rangka persiapan menyambut hari bahagianya tidak lama lagi. Pierre atau nama penuhnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini. Tahniah, OGA ucapkan kepada Piere Andre.

Kisah peribadi pelakon dan juga pengarah yang disifatkan low-profile ini mula menjadi hangat apabila majlis pertunangan yang dibuat secara tertutup pada bulan lalu dapat dihidu pihak media dan menyebabkannya dia diburu untuk mendapatkan penjelasan. Menurut Andre:

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim,25, atau Yaya pada bulan Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami.
"Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan.
"Kami akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan dibuat kemudian dan belum ditetapkan lagi bila tarikhnya. Saya memang mahu buat perkara yang wajib dahulu iaitu akad nikah dan resepsinya kemudian. Mungkin pada hujung tahun,"ujar aktor yang baru melangkah ke usia 28 tahun pada 17 Mac lalu.
Piere Andre bakal bernikah jun ini
Piere Andre bakal bernikah jun ini
 Pierre Andre turut berkongsi cerita bagaimana dia dengan tunangnya, Yaya berkenalan. Malah, dia turut menceritakan sifat peribadi tunangnya itu yang telah berjaya menarik perhatiannya sehingga dia membuat keputusan untuk menjadikan Yaya suri di hatinya.

"Usia perkenalan kami sudah setahun lebih dan kami mulai rapat semenjak raya tahun lalu. Kami mula berkenal-kenalan di dalam laman Facebook. Lebih kurang cinta muka buku juga la kiranya saya dan Yaya ni.
"Ciri-ciri wanita idaman saya memang seorang yang simple dan sederhana. Saya memang mencari yang tidak terlalu sosial dan pandai menjaga peribadinya. Ciri-ciri itu saya lihat ada pada Yaya yang lebih suka menghabiskan masa di rumah.
"Saya memang dah serik nak cari pasangan daripada kenalan artis dan selebriti. Mungkin pengalaman dahulu mengajar saya dan syukur kerana akhirnya saya dipertemukan dengan tunang saya sekarang,"ceritanya mengenai tunangnya yang juga seorang model sambilan.

Thursday, March 7, 2013

Gosip Artis - Shahrizal sudah sedia

Shahrizal Jaszle , 24, mengakui bersedia untuk berumah tangga, tetapi tidak mahu melakukannya secara terburu-buru selepas mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Redzwani Puteri pada Disember lalu.

Tambahan pula katanya, mereka berdua masih terikat dengan pelbagai komitmen dan dia juga perlu memberi laluan kepada tunangnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan yang masih berbaki dua tahun lagi.

“Jika ditanya me­ngenai kesediaan untuk bergelar suami, sekarang pun saya sudah sedia ke arah itu,” kata pelakon siri popular Asmara, Shahrizal Jaszle.
“Justeru kami memutuskan mengikat pertunangan lebih kurang dua tahun. Kalau nak ikutkan, ia satu jangka masa yang lama, sekiranya lebih awal kami berkahwin pun, saya akan memberitahu media dan peminat.
“Namun sekarang saya sendiri juga sibuk dengan penggambaran dan Redzwani pun masih belajar, jadi kami sekadar meletakkan sasaran dua tahun sebelum menamatkan zaman bujang,” katanya kepada RAP, baru-baru ini.
shahrizal jaszle
Shahrizal Jaszle
 Menyentuh insan istimewa di hatinya itu, Shahrizal yang kini sibuk dengan penggambaran Rindu Bertamu Di Abu Dhabi berkata, dia sudah lama mengenali Redzwani kerana perhubungan rapat antara kedua-dua belah keluarga.

“Saya dan dia sudah lama berkawan dan saling me­ngenali antara satu sama lain kerana ibu saya dan ibunya berkawan. Lama-kelamaan kami menjadi rapat. Mung­kin kerana kami banyak berkongsi minat yang sama menyebabkan hubungan kami jadi lebih akrab.
“Antara perkara yang sering kami lakukan bersama adalah menghabiskan waktu terhadap fotografi. Kami sering berlumba-lumba siapa dapat foto paling cantik dan macam-macam lagilah aktiviti lain yang sering kami lakukan bersama,” katanya.
Mengenai majlis pertunangannya yang dibuat secara tertutup dan ha­nya dihadiri ahli keluarga, Shahrizal menjelaskan, dia cuba belajar daripada kesilapan lalu kerana tidak mahu kisah peribadinya menjadi bualan dan biarlah peminat melihat bakatnya.
“Majlis pertunangan sengaja dibuat secara tertutup bagi menghormati permintaan daripada kedua-dua belah keluarga yang mahu ia diadakan secara ringkas dan hanya dihadiri keluarga saja,” katanya.

Tuesday, February 26, 2013

Sharizal Jazle terpaksa tangguh perkahwinan - Gosip Artis Terkini

Dah lama OGA tak dengar cerita pasal Pelakon Shahrizal Jazle selepas dia bertunang hari tu.  Dalam sebuah akhbar hari ini, Shahrizal Jazle, 25, memberitahu terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Redwani Puteri,25, sehingga tahun 2015. Kenapa pula Shahz? Hari tu kan cakap nak kahwin cepat-cepat..ermmmm

Kata Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Shahz, ia berikutan permintaan kedua ibu bapa Redwani yang mahu wanita itu menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.
"Ya... kami memang pada awalnya ingin berkahwin awal tapi ibu bapanya mahu dia tamatkan pengajian dahulu.
"Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Sebagai anak kami mengikut sahaja apa yang terbaik bagi keluarga," ujarnya yang menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
shahrizal jazle
Shahrizal Jazle

Shahz ditemui pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal di sini pada Selasa sempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25).

Dalam pada itu Shaz memberitahu, walaupun perkahwinan dua tahun lagi tetapi mereka telah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk majlis tersebut.
Katanya, tempat persandingan dengan tema perkahwinan dalam taman akan menjadi pilihan.
"Saya sudah buat sedikit sebanyak persiapan dan sudah ada lokasi perkahwinan nanti iaitu di Hulu Langat.
"Sejak dari dulu saya sudah impikan untuk berkahwin dengan tema dalam taman dan dia (Redwani) setuju," ujarnya.
Dalam pada itu, Shahz mengakui sudah merasai dugaan bertunang biarpun baru tiga bulan menjalinkan ikatan.
"Dugaan pertama ialah jarak dan masa yang mana kami jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing.
"Saya juga akan berada di Kedah selama tiga bulan untuk penggambaran drama Rindu Bertaut Di Abu Dhabi.
"Dia juga sibuk dengan pengajiannya, jadi kami agak sukar berjumpa tetapi hanya berkomunikasi menerusi telefon," ujarnya.