<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label berkahwin. Show all posts
Showing posts with label berkahwin. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Gosip Artis - Piere Andre bakal menikah jun ini

Dalam diam-diam anak teruna kepada pelakon hebat, Khatijah Tan iaitu Pierre Andre kini dalam rangka persiapan menyambut hari bahagianya tidak lama lagi. Pierre atau nama penuhnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini. Tahniah, OGA ucapkan kepada Piere Andre.

Kisah peribadi pelakon dan juga pengarah yang disifatkan low-profile ini mula menjadi hangat apabila majlis pertunangan yang dibuat secara tertutup pada bulan lalu dapat dihidu pihak media dan menyebabkannya dia diburu untuk mendapatkan penjelasan. Menurut Andre:

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim,25, atau Yaya pada bulan Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami.
"Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan.
"Kami akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan dibuat kemudian dan belum ditetapkan lagi bila tarikhnya. Saya memang mahu buat perkara yang wajib dahulu iaitu akad nikah dan resepsinya kemudian. Mungkin pada hujung tahun,"ujar aktor yang baru melangkah ke usia 28 tahun pada 17 Mac lalu.
Piere Andre bakal bernikah jun ini
Piere Andre bakal bernikah jun ini
 Pierre Andre turut berkongsi cerita bagaimana dia dengan tunangnya, Yaya berkenalan. Malah, dia turut menceritakan sifat peribadi tunangnya itu yang telah berjaya menarik perhatiannya sehingga dia membuat keputusan untuk menjadikan Yaya suri di hatinya.

"Usia perkenalan kami sudah setahun lebih dan kami mulai rapat semenjak raya tahun lalu. Kami mula berkenal-kenalan di dalam laman Facebook. Lebih kurang cinta muka buku juga la kiranya saya dan Yaya ni.
"Ciri-ciri wanita idaman saya memang seorang yang simple dan sederhana. Saya memang mencari yang tidak terlalu sosial dan pandai menjaga peribadinya. Ciri-ciri itu saya lihat ada pada Yaya yang lebih suka menghabiskan masa di rumah.
"Saya memang dah serik nak cari pasangan daripada kenalan artis dan selebriti. Mungkin pengalaman dahulu mengajar saya dan syukur kerana akhirnya saya dipertemukan dengan tunang saya sekarang,"ceritanya mengenai tunangnya yang juga seorang model sambilan.

Monday, March 18, 2013

Gosip Artis Terbaru - Liyana Jasmay Rancang Miliki Anak Setahun Lagi


Hampir memasuki dua bulan selepas Liyana Jasmay menamatkan zaman solonya dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari lalu, pelakon yang kini bergelar pengarah itu belum lagi mahu merancang untuk memiliki cahaya mata dalam tempoh masa terdekat ini.

Menurut Liyana yang ditemui baru-baru ini, dia dan suami masih menikmati tempoh bulan madu mereka selepas bergelar suami isteri. Dia turut berkongsi perasaannya yang sangat gembira setelah bergelar seorang isteri dan menikmati apa yang dinamakan perkahwinan.

"Sebuah perasaan yang amat mengujakan bila kita bangun pada setiap pagi dengan teman disisi menemani. Hanya mereka yang berkahwin akan dapat merasakan perasaan yang sangat seronok ini.
"Kami masih menikmati waktu-waktu manis selepas berkahwin dan belum lagi memikirkan tentang cahaya mata. Saya mahu rileks dahulu, mahu aturkan masa dan jadual saya dan begitu juga dengan suami. Insya Allah dalam masa setahun baru saya akan lebih serius memikirkan tentang anak.
"Tetapi jika rezeki datang lebih awal apa salahnya, tapi tidaklah dalam waktu terdekat ini. Saya dan suami belum puas lagi habiskan masa kami berdua bersama atas kesibukan masing-masing. Bagilah saya dan dia masa untuk enjoy dulu,"ujar Liyana sambil berjenaka bila disoal mengenai cahayamata.
liyana jasmay
Liyana Jasmay
 Liyana baru sahaja pulang daripada kota New York untuk projek super telefilem, New York Cinta terbitan produksi miliknya sendiri dimana dia turut menjadi watak utama didalam telefilem tersebut. Di kesempatan ini, Liyana telah memanfaatkan masa cutinya untuk berbulan madu sebentar di London untuk beberapa hari sebelum pulang semula ke Malaysia.

"Bulan madu sekejap saja ketika pulang dari New York, saya dan suami singgah di London sebentar untuk jalan-jalan dan membeli-belah. Selepas itu, kami akan terus pulang ke Sabah di mana saya akan menetap selepas berkahwin.
"Kami akan sambung honeymoon di Sabah. Tetapi buat masa ini saya dan suami tangguh dahulu berikutan situasi di perairan Sabah yang diancam penceroboh Sulu dan kami dinasihati untuk tidak menghampiri kawasan itu walaupun ianya jauh dari Lahad Datu.
"Jadi sekarang saya pun teruskan dengan karier seni dan akan berulang alik dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur jika ada urusan. Suami memahami karier saya dan dia juga sibuk menguruskan restoran yang bakal dibuka di sana,"cerita Liyana setelah lebih kurang sebulan setengah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan.
Selain daripada New York Cinta, Liyana bakal tampil dalam beberapa filem dalam masa terdekat ini seperti Isyarat Cinta, Padadom 2, Tokan dan bakal mengarah dan menerbitkan filem pendeknya tidak lama lagi.

Single terbaru daripada Liyana, Jujur akan menjalani penggambaran klip video dibawah arahannya dan bakal menjadi runut bunyi kepada telefilem New York Cinta yang juga dilakonkan serta d diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri.

Thursday, March 14, 2013

Gosip Artis Indonesia - Dhani dan Mulan sudah ada anak?

Sehingga kini, rasanya semua orang tahu hubungan antara Ahmad Dhani dan Mulan Jameela masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, baik media mahupun peminatnya meramalkan pasangan ini sudah berkahwin secara rahsia pada 2011.

Selain tinggal bersama, pasangan ini dikatakan sudah pun memiliki seorang anak. Betul ke?? Urmm, tak faham la OGA, kenapa Mulan dan Dhani masih nak merahsiakan lagi perkara yang baik. Tak gitu? atau mungkin mereka mempunyai alasan kukuh kot untuk berbuat demikian. So, kita doakanlah untuk kebahagiaan mereka. OGA rasa mungkin suatu hari nanti Dhani dan Mulan  akan umumkan sendiri kot perkara baik ni. Urmm...Tak tahula betul ke tak. Just pandangan OGA jer la.

Lebih menguatkan keadaan, kanak-kanak perempuan yang bernama Safeea itu memanggil Mulan dengan gelaran 'mummy'.

Perkara itu terbongkar pada majlis pengebumian ibu Mulan di Jawa Barat, Sabtu lalu.

Meskipun diasak bertalu-talu media Indonesia bagi menjelaskan kedudukan sebenar, Ahmad Dhani dan Mulan enggan mengesahkannya. Tindakan sama turut dilakukan ibu Ahmad Dhani meskipun wanita itu dilihat sentiasa bersama Safeea sepanjang majlis itu.


Adakah ini anak Mulan Jameela dan Dhani?
Adakah ini anak Mulan Jameela dan Dhani?

Dhani Ahmad dan Mulan Jameela masih lagi berahsia
Dhani Ahmad dan Mulan Jameela masih lagi berahsia

Thursday, March 7, 2013

Gosip Artis - Shahrizal sudah sedia

Shahrizal Jaszle , 24, mengakui bersedia untuk berumah tangga, tetapi tidak mahu melakukannya secara terburu-buru selepas mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Redzwani Puteri pada Disember lalu.

Tambahan pula katanya, mereka berdua masih terikat dengan pelbagai komitmen dan dia juga perlu memberi laluan kepada tunangnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan yang masih berbaki dua tahun lagi.

“Jika ditanya me­ngenai kesediaan untuk bergelar suami, sekarang pun saya sudah sedia ke arah itu,” kata pelakon siri popular Asmara, Shahrizal Jaszle.
“Justeru kami memutuskan mengikat pertunangan lebih kurang dua tahun. Kalau nak ikutkan, ia satu jangka masa yang lama, sekiranya lebih awal kami berkahwin pun, saya akan memberitahu media dan peminat.
“Namun sekarang saya sendiri juga sibuk dengan penggambaran dan Redzwani pun masih belajar, jadi kami sekadar meletakkan sasaran dua tahun sebelum menamatkan zaman bujang,” katanya kepada RAP, baru-baru ini.
shahrizal jaszle
Shahrizal Jaszle
 Menyentuh insan istimewa di hatinya itu, Shahrizal yang kini sibuk dengan penggambaran Rindu Bertamu Di Abu Dhabi berkata, dia sudah lama mengenali Redzwani kerana perhubungan rapat antara kedua-dua belah keluarga.

“Saya dan dia sudah lama berkawan dan saling me­ngenali antara satu sama lain kerana ibu saya dan ibunya berkawan. Lama-kelamaan kami menjadi rapat. Mung­kin kerana kami banyak berkongsi minat yang sama menyebabkan hubungan kami jadi lebih akrab.
“Antara perkara yang sering kami lakukan bersama adalah menghabiskan waktu terhadap fotografi. Kami sering berlumba-lumba siapa dapat foto paling cantik dan macam-macam lagilah aktiviti lain yang sering kami lakukan bersama,” katanya.
Mengenai majlis pertunangannya yang dibuat secara tertutup dan ha­nya dihadiri ahli keluarga, Shahrizal menjelaskan, dia cuba belajar daripada kesilapan lalu kerana tidak mahu kisah peribadinya menjadi bualan dan biarlah peminat melihat bakatnya.
“Majlis pertunangan sengaja dibuat secara tertutup bagi menghormati permintaan daripada kedua-dua belah keluarga yang mahu ia diadakan secara ringkas dan hanya dihadiri keluarga saja,” katanya.

Friday, March 1, 2013

Linda & Beego Borong Barang Kahwin Di Jakarta

Tidak lama lagi, pelakon popular Linda Hashim dan Beego akan menamatkan zaman solo mereka. Tahniah la OGA ucapkan untuk meraka berdua. Jadi, seperti pasangan lain, mesti lah sekarang ni tengah sibuk dengan persiapan kahwinkn. So, mereka memilih Indonesia sebagai lokasi membeli belah, barang keperluan perkahwinan mereka nant.

 Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, memberitahu, dia dan Beego, 33, amat berpuas hati terhadap kelengkapan perkahwinan yang dipilih dengan bantuan keluarga yang turut serta dalam percutian itu.

"Kami pulang ke Malaysia pada malam Selasa lepas. Di sana kami memang cari kain-kain untuk dibuat baju pengantin serta pakaian untuk keluarga kedua-dua belah pihak.
"Selain itu juga, kami turut buat tempahan kad kahwin dan membeli barang cenderahati. Kami memilih Jakarta kerana di sana lebih banyak pilihan, barang-barang pun berkualiti selain harga yang berpatutan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
beego dn linda hashim
Beego dan Linda Hashim
beego dan linda hashim
Linda dan Beego bakal berkahwin tidak lama lagi
 Tambah Linda, dia memilih tema warna putih dan ungu lavender untuk busana yang akan dipakai pada majlis persandingannya nanti.

"Tema perkahwinan kami adalah dalam taman, jadi kami pilih warna yang bersesuaian iaitu putih dan lavender," katanya yang sudah pun membuat persiapan perkahwinan sebanyak 50 peratus.
Sementara itu, dari segi tetamu majlis itu nanti kata Linda, pihaknya masih belum menyenaraikan jumlah dan individu yang akan dijemput.

Dalam pada itu Linda terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin untuk membuat persiapan perkahwinan kerana sedang sibuk dengan penggambaran drama dan program televisyen.

"Alhamdulillah sekarang rezeki yang datang banyak juga, jadual saya penuh sampai bulan Jun depan. Saya harap dapat habiskan penggambaran lebih awal sebelum majlis itu nanti.
"Semalam (Rabu) saya baru selesaikan isi borang nikah dan ujian HIV, tapi kursus kahwin belum sempat lagi. Insya-Allah mungkin dalam minggu depan," ujarnya.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012. Mereka merancang untuk mengadakan majlis akad nikah di Masjid Wangsa Maju.

Sementara majlis persandingan akan di adakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).