<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label cerita terbaru artis. Show all posts
Showing posts with label cerita terbaru artis. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Gosip Artis - Betul ke Marsha cemburu dengan Nur Fathia?

Dah lama OGA tak dengar cerita pasal artis seksi seorang ni. Hari tu ada la OGA update pasal pelakon Nur Fathia yang dikatakan ada maslah dengan Marsha gara-gara seorang lelaki? Betul ke ni Marsha? Takkan lah sebabkan seorang lelaki nak bermasam muka kan. Namun,  penyanyi Marsha Milan Londoh menyifatkan tuduhan dia bermasam muka dengan pelakon Nur Fathia Abdul Latiff, 25, kerana cemburu kejayaan wanita itu adalah sesuatu tohmahan yang tidak berasas.

Marsha, 28, berkata, dia tidak pernah mengenali pelakon drama Stanza Cinta itu secara rapat, apatah lagi dikatakan telah bergaduh.

"Saya tidak kenal Fathia ataupun pernah berkawan baik dengan dia, jadi macam mana pula dikatakan kami bermasam muka? Namun saya tidak nafikan kami ada bertemu ketika menghadiri majlis yang besar dan ramai artis.
"Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dia. Tuduhan ini memang tidak masuk akal," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pratonton filem animasi Bola Kampung The Movie, di Mid Valley, di sini pada Rabu.
marsha
Marsha menafikan bermasam muka dengan Nur Fathia
 Marsha diminta mengulas dakwaan hubungannya dengan pelakon wanita tersebut renggang selain kedua-dua mereka telah bermasam muka kerana berebut seorang lelaki.

Jelas Marsha, dia menganggap hubungannya dengan Fathia sama seperti rakan artis yang lain.

"Saya mengaku saya pilih orang untuk berkawan rapat, sebagai artis saya sentiasa berhati-hati dalam soal berkawan.
"Saya lebih selesa berkawan dengan orang biasa berbanding dari kalangan selebriti," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, perkara seperti ini adalah lumrah dalam dunia seni yang harus dilalui seorang artis.

"Saya sebenarnya cuba lari dengan perkara kontroversi seperti ini. Kalau boleh saya mahu fokus dengan kerja yang saya lakukan sekarang," katanya.
Bercakap tentang teman lelaki, Marsha mengakui dia kini sudah setahun hidup bersendiri dan menganggap kehidupannya lebih tenang selain memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Sunday, March 3, 2013

Sharifah Sofia bakal timang anak kedua - Gosip Artis Terkini

Terlebih dahulu OGA nak ucapkan tahniah buat pelakon popular Sharifah Sofia yang khabarnya akan menimbang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Setelah dikurniakan cahaya mata pertama dua tahun lalu, aktres Sharifah Sofia dikhabarkan sarat hamil anak kedua. Rasanya dah lama tak tengok Sharifah Sofia ni kat tv. Bila la pula dia nak kembali berlakon? Teringin nk tengok dia berlakon semula

Pelakon berwajah Pan Asia itu turut berkongsi foto imbasan bayinya menerusi Twitter. Nampaknya anak pertama Sharifah Sofia ni akan dapat adik la yea..

"Memperkenalkan anak kami yang kedua. Aneh. Saya kerap merasakan pergerakan bayi dalam perut,” kata Sofia yang turut memuat naik gambarnya yang sedang sarat hamil.
Hasil perkahwinannya bersama Syed Ismail pada April 2011, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Sharifah Ariana.

Sharifah Sofia kini hamil anak kedua
Sharifah Sofia kini hamil anak kedua