<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label cerita yusry dan Lisa Surihani terkini. Show all posts
Showing posts with label cerita yusry dan Lisa Surihani terkini. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Lisa Surihani ingin cahaya mata - Gosip Artis Terbaru


Pejam celik, pejam celik, sudah setahun usia perkahwinan pasangan selebriti popular, Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim.

Walaupun sibuk dengan jadual kerja, pemilik syarikat rakaman, KRU Studios ini sempat menyusun satu majlis meraikan ulang tahun perkahwinannya bersama isteri tercinta pada 23 Februari lalu.
Bukan sahaja dikejutkan dengan ucapan istimewa menerusi saluran radio, Era FM, malah pelakon filem, Istanbul Aku Datang ini juga menerima lagu khas daripada suaminya berjudul, Selamat Hari Kita.

Pertama kali diputarkan secara eksklusif di radio, lagu yang didedikasi kepada Lisa, 26, ini merupakan simbol cinta Yusry, 40, terhadap isterinya dan dibuat khas sempena sambutan ulang tahun tersebut.

"Saya memang terkejut dan terharu pada malam itu. Saya tak sangka, dalam kesibukan jadual Yusry, dia sempat  menghasilkan lagu sempena ulang tahun kami yang pertama.
"Saya dimaklumkan, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Yusry itu mula dicipta sejak bulan Januari lalu. Bagi saya, lagu itu sangat bermakna kerana sebelum ini Yusry tidak pernah cipta lagu untuk saya.
"Ia adalah hadiah yang paling bermakna buat saya jika dibandingkan dengan hadiah lain. Pun begitu, kami tak plan nak jadikan lagu ini sebagai single," katanya.
Lisa sudah bersedia menimbang cahaya mata
Lisa sudah bersedia menimbang cahaya mata

 Bercakap soal anak, semestinya setiap pasangan yang berkahwin sememangnya memasang hasrat untuk memiliki cahaya mata bagi menyerikan lagi keharmonian rumah tangga.

Begitu juga dengan pasangan ini. Malah, menurut Lisa, dia sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya dan bergelar ibu.
"Setiap pasangan suami isteri inginkan kehadiran cahaya mata, begitu juga dengan kami.
"Namun, buat masa ini, kami belum ada rezeki. Insya-ALLAH, kalau dah ada nanti, kami akan beritahu.
"Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga," katanya.
OGA: Doakan semoga Lisa dan Yusry akan cepat-cepat timbang cahaya mata. Amin

Tuesday, February 26, 2013

Lisa Surihani Terharu Terima Kejutan Yusry - Gosip Artis Terkini

 Selamat pagi semua pegunjung...OGA ada citer menarik nak share kat korang tentang pasangan romantik Yusry dan Lisa Surihani ni. Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu taw selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu

Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.

yusry dan lisa surihani
Yusry dan Lisa Surihani
"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.
"Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.
"Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Selasa.

Rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu.

Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.

"Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," katanya.
Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Sementara itu, Lisa memberitahu setelah setahun usia perkahwinan mereka, dia berasa sangat bahagia dan bersyukur dapat melalui hari-hari tersebut dengan orang yang tersayang dalam hidupnya.

"Setahun ini adalah yang paling indah dan bahagia buat saya sebagai seorang isteri kepada Yusry. Banyak perkara yang saya pelajari dan sedang cuba untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik," ujarnya yang mengakui kini lebih menitik beratkan soal penampilan dan gaya selepas berkahwin.
Bercakap soal cahaya mata, Lisa berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

"Saya sudah bersedia tapi ini rezeki Allah, insya-Allah kalau ada rezeki ini saya akan beritahu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu dan mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.