<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label gosip artis hollywood. Show all posts
Showing posts with label gosip artis hollywood. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Gosip Artis - Harapan Kim Kardashian musnah

Harapan model terkenal Kim Kardashian untuk mengembangkan produk kosmetik, Khroma Beauty, milik syarikatnya sendiri, musnah begitu saja.

Menurut sumber, produk kecantikannya telah ditarik balik dari pasaran atas dakwaan meniru nama produk kecantikan yang sedia ada iaitu, Kroma Make-Up.

"Pemilik produk itu, Lee Tillet memutuskan untuk mengambil mengambil tindakan selanjutnya kepada Kardashian dan juga keluarga mereka kerana dikatakan telah mencuri nama produk tersebut.
"Keluarga Kardashian akhirnya memilih untuk mengalah kerana tidak mahu perkara ini menjadi semakin kecoh," kata sumber tersebut
Kim Kardashian
Kim Kardashian

Wednesday, March 13, 2013

Justin Bieber Hisap Ganja Di Amsterdam?

Idola remaja pujaan terkenal seluruh dunia, Justin Bieber, yang dahulunya menjadi inspirasi kepada semua remaja seusianya telah dilaporkan mula berjinak-jinak dalam pengambilan ganja.

Cerita ini mulai tercetus apabila Justin dilihat mengunjungi 'coffee shop' ketika berada di Amsterdam, Belanda baru-baru ini.

Amsterdam yang sinonim dan sering dikaitkan dengan kanabis atau ganja kerana kota tersebut tidak mengharamkan pengambilan ganja walaupun ditempat terbuka.

Coffee shop pula merupakan lokasi di mana para pelanggan boleh mendapatkan dadah tersebut secara mudah.

Kunjungan Justin Bieber ke Amsterdam baru-baru ini telah membawanya mengenali kota itu dan dilihat memasuki beberapa 'coffee shop' untuk merasakan sendiri keseronokan menghisap ganja.

justin bieber
Justin bieber
Menurut sumber yang dipetik dari blog popular Perez Hilton, Justin telah mengunjungi De Melkweg, sebuah kelab malam di Amsterdam namun kehadirannya tidak dilayan kerana terlalu ramai orang yang mengunjungi kelab itu hingga Justin Bieber pun tidak dihiraukan pihak pengurusan kelab itu.

Selepas insiden tersebut, dia dilihat menukar haluannya daripada berparti ke Easy Time iaitu sebuah 'coffee shop' dan telah dilihat menghisap ganja dan menikmati kek yang dipercayai 'space cake' iaitu kek yang mengandungi ganja di dalamnya.

Tidak habis disitu, penyanyi tersebut telah dikatakan membeli cenderahati daripada 'coffe shop' tersebut bernilai hampir 200 euro untuk diberikan kepada ahli keluarganya dan kelengkapan menghisap ganja yang dipercayai untuk kegunaannya sendiri.

Alamak! Apa sudah jadi dengan Justin Bieber? Diharap perbuatan tidak bermoral ini akan dijadikan iktibar untuk semua peminatnya di luar sana.

Tuesday, March 12, 2013

Fergie Hamil Anak Kembar

Ahli kumpulan The Black Eyed Peas, Fergie dan suami, pelakon, Josh Duhamel menerima perkhabaran gembira apabila Fergie telah disahkan mengandung anak kembar.

“Apabila mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka orang paling gembira. Nampaknya, tidak sia-sia penantian mereka.
 “Kerana itu juga, Fergie sanggup mengurangkan aktiviti seninya dan mengamalkan diet yang seimbang.
 “Dia benar-benar menjaga kesihatan dan kandungannya,” ujar sumber yang rapat dengan pasangan ini. 
 Sebelum ini, Fergie dan Duhamel dikatakan kecewa kerana masih belum mempunyai anak walaupun sudah empat tahun berkahwin, namun kini mereka tentunya antara pasangan paling gembira dengan berita ini.
fergie the black eyed peas hamil anak kembar
Fergie dan suami bakal dapat anak kembar