<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label penyanyi popular. Show all posts
Showing posts with label penyanyi popular. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM

Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latiff telah memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menerusi laporan Utusan Online hari ini, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.

Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Usaha sekumpulan wartawan media untuk menemubual kakak kepada penyanyi tersebut gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan adiknya itu.

Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Penyanyi itu ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

najwa latif
Penyanyi Najwa Latif

Monday, March 18, 2013

Gosip Artis Terbaru - Liyana Jasmay Rancang Miliki Anak Setahun Lagi


Hampir memasuki dua bulan selepas Liyana Jasmay menamatkan zaman solonya dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari lalu, pelakon yang kini bergelar pengarah itu belum lagi mahu merancang untuk memiliki cahaya mata dalam tempoh masa terdekat ini.

Menurut Liyana yang ditemui baru-baru ini, dia dan suami masih menikmati tempoh bulan madu mereka selepas bergelar suami isteri. Dia turut berkongsi perasaannya yang sangat gembira setelah bergelar seorang isteri dan menikmati apa yang dinamakan perkahwinan.

"Sebuah perasaan yang amat mengujakan bila kita bangun pada setiap pagi dengan teman disisi menemani. Hanya mereka yang berkahwin akan dapat merasakan perasaan yang sangat seronok ini.
"Kami masih menikmati waktu-waktu manis selepas berkahwin dan belum lagi memikirkan tentang cahaya mata. Saya mahu rileks dahulu, mahu aturkan masa dan jadual saya dan begitu juga dengan suami. Insya Allah dalam masa setahun baru saya akan lebih serius memikirkan tentang anak.
"Tetapi jika rezeki datang lebih awal apa salahnya, tapi tidaklah dalam waktu terdekat ini. Saya dan suami belum puas lagi habiskan masa kami berdua bersama atas kesibukan masing-masing. Bagilah saya dan dia masa untuk enjoy dulu,"ujar Liyana sambil berjenaka bila disoal mengenai cahayamata.
liyana jasmay
Liyana Jasmay
 Liyana baru sahaja pulang daripada kota New York untuk projek super telefilem, New York Cinta terbitan produksi miliknya sendiri dimana dia turut menjadi watak utama didalam telefilem tersebut. Di kesempatan ini, Liyana telah memanfaatkan masa cutinya untuk berbulan madu sebentar di London untuk beberapa hari sebelum pulang semula ke Malaysia.

"Bulan madu sekejap saja ketika pulang dari New York, saya dan suami singgah di London sebentar untuk jalan-jalan dan membeli-belah. Selepas itu, kami akan terus pulang ke Sabah di mana saya akan menetap selepas berkahwin.
"Kami akan sambung honeymoon di Sabah. Tetapi buat masa ini saya dan suami tangguh dahulu berikutan situasi di perairan Sabah yang diancam penceroboh Sulu dan kami dinasihati untuk tidak menghampiri kawasan itu walaupun ianya jauh dari Lahad Datu.
"Jadi sekarang saya pun teruskan dengan karier seni dan akan berulang alik dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur jika ada urusan. Suami memahami karier saya dan dia juga sibuk menguruskan restoran yang bakal dibuka di sana,"cerita Liyana setelah lebih kurang sebulan setengah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan.
Selain daripada New York Cinta, Liyana bakal tampil dalam beberapa filem dalam masa terdekat ini seperti Isyarat Cinta, Padadom 2, Tokan dan bakal mengarah dan menerbitkan filem pendeknya tidak lama lagi.

Single terbaru daripada Liyana, Jujur akan menjalani penggambaran klip video dibawah arahannya dan bakal menjadi runut bunyi kepada telefilem New York Cinta yang juga dilakonkan serta d diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri.

Thursday, March 14, 2013

Gosip Artis Indonesia - Dhani dan Mulan sudah ada anak?

Sehingga kini, rasanya semua orang tahu hubungan antara Ahmad Dhani dan Mulan Jameela masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, baik media mahupun peminatnya meramalkan pasangan ini sudah berkahwin secara rahsia pada 2011.

Selain tinggal bersama, pasangan ini dikatakan sudah pun memiliki seorang anak. Betul ke?? Urmm, tak faham la OGA, kenapa Mulan dan Dhani masih nak merahsiakan lagi perkara yang baik. Tak gitu? atau mungkin mereka mempunyai alasan kukuh kot untuk berbuat demikian. So, kita doakanlah untuk kebahagiaan mereka. OGA rasa mungkin suatu hari nanti Dhani dan Mulan  akan umumkan sendiri kot perkara baik ni. Urmm...Tak tahula betul ke tak. Just pandangan OGA jer la.

Lebih menguatkan keadaan, kanak-kanak perempuan yang bernama Safeea itu memanggil Mulan dengan gelaran 'mummy'.

Perkara itu terbongkar pada majlis pengebumian ibu Mulan di Jawa Barat, Sabtu lalu.

Meskipun diasak bertalu-talu media Indonesia bagi menjelaskan kedudukan sebenar, Ahmad Dhani dan Mulan enggan mengesahkannya. Tindakan sama turut dilakukan ibu Ahmad Dhani meskipun wanita itu dilihat sentiasa bersama Safeea sepanjang majlis itu.


Adakah ini anak Mulan Jameela dan Dhani?
Adakah ini anak Mulan Jameela dan Dhani?

Dhani Ahmad dan Mulan Jameela masih lagi berahsia
Dhani Ahmad dan Mulan Jameela masih lagi berahsia

Victoria bawa anak ke stadium

Sudah menjadi kebiasaan buat Victoria Beckham membawa tiga anak lelakinya, Brooklyn, Cruz dan Romeo menonton perlawanan bola sepak.

Bagaimanapun, kedatangan Victoria, 38, kali ini sedikit berbeza kerana turut membawa bersama anak bongsunya, Harper, 19 bulan.

Pada 9 Mac lalu di Stadium Parc des Prices, Paris, Victoria dan anak-anak hadir bagi memberi sokongan kepada David Beckham yang bermain untuk pasukan Paris Saint Germain ketika menentang AS Nancy.

Perlawanan berkenaan memihak Paris Saint Germain 2-1, namun paling mencuri tumpuan lensa kamera adalah telatah Harper ketika memberi sokongan kepada bapanya yang beraksi di atas padang.

Victoria Beckham dan anak-anak
Victoria Beckham dan anak-anak


Wednesday, March 13, 2013

Justin Bieber Hisap Ganja Di Amsterdam?

Idola remaja pujaan terkenal seluruh dunia, Justin Bieber, yang dahulunya menjadi inspirasi kepada semua remaja seusianya telah dilaporkan mula berjinak-jinak dalam pengambilan ganja.

Cerita ini mulai tercetus apabila Justin dilihat mengunjungi 'coffee shop' ketika berada di Amsterdam, Belanda baru-baru ini.

Amsterdam yang sinonim dan sering dikaitkan dengan kanabis atau ganja kerana kota tersebut tidak mengharamkan pengambilan ganja walaupun ditempat terbuka.

Coffee shop pula merupakan lokasi di mana para pelanggan boleh mendapatkan dadah tersebut secara mudah.

Kunjungan Justin Bieber ke Amsterdam baru-baru ini telah membawanya mengenali kota itu dan dilihat memasuki beberapa 'coffee shop' untuk merasakan sendiri keseronokan menghisap ganja.

justin bieber
Justin bieber
Menurut sumber yang dipetik dari blog popular Perez Hilton, Justin telah mengunjungi De Melkweg, sebuah kelab malam di Amsterdam namun kehadirannya tidak dilayan kerana terlalu ramai orang yang mengunjungi kelab itu hingga Justin Bieber pun tidak dihiraukan pihak pengurusan kelab itu.

Selepas insiden tersebut, dia dilihat menukar haluannya daripada berparti ke Easy Time iaitu sebuah 'coffee shop' dan telah dilihat menghisap ganja dan menikmati kek yang dipercayai 'space cake' iaitu kek yang mengandungi ganja di dalamnya.

Tidak habis disitu, penyanyi tersebut telah dikatakan membeli cenderahati daripada 'coffe shop' tersebut bernilai hampir 200 euro untuk diberikan kepada ahli keluarganya dan kelengkapan menghisap ganja yang dipercayai untuk kegunaannya sendiri.

Alamak! Apa sudah jadi dengan Justin Bieber? Diharap perbuatan tidak bermoral ini akan dijadikan iktibar untuk semua peminatnya di luar sana.

Monday, March 11, 2013

Gosip Artis Terkini - Shilla Amzah Semakin Terbuka

Tersepit di antara keluarga dan cinta, Shila Amzah bijak menangani masalahnya dan akan terus ke hadapan di dalam memberikan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

Menurut Shila, apa yang dipelajari selepas perpisahan itu adalah dia semakin terbuka di dalam membuat keputusan dan semakin matang.

Meskipun telah berpisah dengan Sharnaaz Ahmad, Shila bersikap rasional dalam meneruskan perjuangan kehidupan.

“Saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul di bahu ini cukup besar. Saya tidak boleh hilang pertimbangan kerana setiap tindak tanduk yang dibuat turut berkait dengan masa depan diri dan keluarga”
“Sebab itu saya bersyukur kerana diduga (tentang cinta) ketika masih muda. Masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan,” ujar Shila.
shilla amzah
Shilla Amzah
 Tidak mahu terus dihimpit kesedihan, Shila tahu perjalanan hidupnya masih panjang dan disebabkan itu dia memilih untuk menetap di Shanghai bagi meneruskan impian untuk mengharumkan nama keluarga dan juga Negara.

Menurut Shila dia bakal merakamkan album dua bahasa di sana yang mana telah diaturkan oleh pasukan Shanghai Media Group (SMG) dan Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).

Antara program lain adalah mempelajari bahasa Mandarin dan mengikuti kelas bahasa inggeris demi memantapkan vokalnya kelak.

Thursday, March 7, 2013

Gosip Artis Terbaru - Doa Rossa buat bekas suami

Selamat petang kepada pengunjung Oh Gosip Artis semua. Maaf la yer, 2, 3 hari ni OGA bz sikit so, tak ada masa nak update pasal cerita artis ni. Namun, alhamdulillah, hari ni OGA nak luangkan masa sikit nak update citer artis yang sensasi, panas dan meletup!

Ni OGA nak citer sikit pasal penyanyi indonesia yang popular dengan lagu hey ladies, Rossa berkata Walaupun sudah empat tahun berpisah, penyanyi Tegar tetap jaga hubungan baik dengan Yoyo

Antara perkara tidak dilupakan Rossa atau nama sebenar, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 34, ketika mengerjakan Haji, Oktober tahun lalu ialah doa di depan Kaabah buat bekas suaminya, Yoyo, supaya diberikan kesihatan yang baik dan terus berjaya dalam kerjaya.Baginya, walau mereka sudah hampir empat tahun berpisah, lelaki itu pernah singgah dalam hidupnya, malah tetap bergelar bapa kepada satu-satunya buah cinta mereka, Rizki, 5.

 Sekarang pun saya semakin selesa mengenakan persalinan labuh dan akan terus membuang imej seksi” Rossa, Penyanyi
penyanyi rossa
 “Ya, memang bukan dia yang minta (didoakan) tetapi saya mendoakan semua insan yang rapat dengan saya, tidak terkecuali Yoyo. Namun tidak bermakna ada sesuatu antara kami,” katanya sambil tersenyum manis tatkala ditemui pada sidang media Glitz, Glam & Classy With Rossa, kelmarin.
Terdahulu, perkahwinannya dengan Yoyo yang juga anggota kumpulan Padi itu berakhir secara rasmi pada 14 Julai 2009 selepas lebih lima tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, difahamkan pelantun lagu Tegar itu baru sampai dari Jakarta dan terus berkejar ke Hotel Mandarin Oriental, lokasi berlangsungnya majlis pengumuman sambutan Minggu Setiausaha yang dijadualkan diadakan pada 13 April ini.

Kongsi Rossa yang sememangnya ramah berbicara, sebelum berlepas ke Tanah Suci lagi sudah ramai kenalan yang turut menitipkan pesan memintanya mendoakan mereka di sana.
“Ramai yang kirim (doa) sampai saya perlu menulis setiap permintaan mereka di atas sehelai kertas, takut terlupa. Saya berbesar hati dapat melunaskan permintaan mereka, atas bantuan kertas itu,” ceritanya disusuli tawa kecil.

Ditanya mengenai perubahan diri selepas menyandang gelaran Hajah, katanya, sebelum ini ramai tertanya-tanya apabila dia membuka hijab semula selepas genap 40 hari pulang dari sana.

Tidak sesekali mahu mempersendakan agama, ia disebabkan kontrak yang sudah ditandatangani sejak awal, namun jauh di sanubarinya dia tetap ingin menutup aurat dan berhijab penuh.

“Doakan saya mendapat hidayah-Nya. Saya melihat semua ini sebagai peralihan secara berperingkat. Sekarang pun saya semakin selesa mengenakan persalinan labuh dan akan terus membuang imej seksi.
"Bagi yang memberi komen sama ada positif atau negatif, semuanya saya terima dengan hati terbuka. Siapa yang tidak ingin berubah menjadi insan yang lebih baik?” katanya yang anggun mengenakan gaun biru Cosry.

Justin Bieber Diminta Tinggalkan LA Kerana Perangai Buruk

Perilaku Justin Bieber yang semakin pelik sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ramai sehingga dia diminta untuk meninggalkan segera Los Angeles (LA) oleh rakan-rakannya.

Menurut laporan portal Dailymail.co.uk, rakan-rakan Justin menganggap perilaku Justin, 19, yang semakin liar berpunca daripada persekitaran penyanyi itu di bandar raya terbabit.

"Semua keburukan itu mula kelihatan sejak dia (Justin) berada di LA. Dia banyak menghabiskan masa di sana (LA) sehingga kelakuannya mula berubah.

"Jadi, adalah lebih baik dia keluar sahaja dari tempat itu," kata sumber.
Sumber lain pula mengatakan Justin masih mencari identiti dirinya sendiri dan jika tidak bertegas, berkemungkinan besar dia akan hanyut dengan perkara-perkara negatif.

Sebelum ini, Justin telah pun menunjukkan perilaku tidak senonohnya dengan keluar tanpa memakai baju, menghisap ganja dan melanggar peraturan jalan raya.

Kelewatannya dalam membuat persembahan dalam sebuah konsert turut membuatkan orang ramai bengang dengan sikapnya itu.
Justin Bieber 
justin bieber
Justin Bieber

Sunday, March 3, 2013

Ibu: Dah dapat Shilla yang dulu -Gosip Artis Terkini

Selamat malam semua pengunjung Oh Gosip Artis... Macam kita tahu, kontroversi yang melanda penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah baru-baru ini, telah melegakan hati ibu Shilla yang mana ibunya, Fauziah Sarman akui Shila yang dahulu sudah 'kembali'.

Fuziah atau lebih mesra dengan nama panggilan Kak Zie berkata demikian ketika ditemui dalam majlis doa selamat sempena keberangkatan mereka sekeluarga minggu hadapan untuk menunaikan umrah.

"Satu perkaralah. Dah dapat Shila yang dulu. Alhamdulillah," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Kak Zie juga memberitahu bahawa apa yang berlaku kerana anak gadisnya itu terlepas pandang.

"Dia sudah matang. Tanpa kita bercakap pun sebenarnya dia sudah tahu cuma dia terlepas pandang tetapi dia OK, insya-ALLAH. Dia pun sayang karier dia," katanya dengan tenang.
Shila juga memilih untuk memfokus pada kerjaya tanpa memikirkan soal jodoh.

"Buat jangka masa sekarang saya tak terfikir dan memang tak nak fikir mengenai perkara ini (cinta) buat masa sekarang. Apa yang saya boleh katakan, saya berserah seratus peratus pada ALLAH apa saja jodoh saya, perjalanan saya, apa jua yang berlaku akan datang ini, saya berserah saja.
"Kalau saya cakap nak 'A' pun tapi ALLAH kata 'A' itu bukan untuk awak, 'B' itu untuk awak. Jadi, kita tak boleh buat apa. Kita hanya merancang," katanya.
 Tambahnya, "sekarang ini perancangan saya lebih pada kerjaya. Selain itu, apa jua yang disuratkan ALLAH untuk saya, saya terima dengan hati dan tangan terbuka. Saya tak nak melebihi apa yang ALLAH takdirkan untuk saya."
shilla amzah
Shilla Amzah
 Mengulas soal klip video yang dimuat naik ke laman sosial YouTube di mana Shila menyanyikan lagu Ombak Rindu sambil menangis itu, Shila akui video itu ditujukan buat ibu bapanya.

"Itu sebenarnya untuk ibu bapa saya. Apa yang saya buat sebab saya sangat dekat dengan media sosial.
"Kehidupan saya memang dari dulu, Friendster ke, Myspace ke, MIRC ke, itu hidup saya, saya tak ambil pusing apa orang cakap sebab saya tak boleh halang mereka bercakap. Itu pilihan mereka," katanya.
Sementara itu, ND Lala memberitahu ekoran laporan polis dibuat sebelum ini berhubung kehilangan Shila, pihaknya dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.

"Laporan polis sudah dibuat, polis sedang melakukan siasatan. Jadi, tidaklah sesuai untuk kita beri apa-apa komen supaya ia tidak mengganggu proses siasatan.
"Jadi, apabila kita dinasihatkan tidak menyentuh perkara yang menganggu, jadi kita kena hormatlah undang-undang," katanya.

ND Lala mahu pihak media memberi hebahan tentang kejayaan Shila berbanding kisah peribadi.

"Ada berpuluh-puluh kejayaan Shila, berbanding isu yang satu ini. Jadi kalau rakan-rakan media dapat bersama-sama timbulkan perkara ini berbanding perkara-perkara bersifat peribadi," katanya.
Sebelum ini, kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad mendapat perhatian umum apabila timbul pelbagai kontroversi membabitkan hubungan mereka.

Saturday, March 2, 2013

Enggan Ulas Kontroversi, Hanya Tumpu Kerjaya Shila - ND Lala

 Bapa penyanyi popular Shila Amzah, 23, ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52 enggan mengulas kontroversi berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai kehilangan anaknya itu kerana ia masih dalam siasatan.

Menurutnya, tumpuan kini adalah untuk persiapan menjalani umrah sekeluarga selama dua minggu bermula 7 Mac ini selain persediaan terhadap perkembangan kerjaya Shila ke peringkat antarabangsa.

"Saya dinasihatkan tidak mengulas apa-apa tentang perkara itu selagi ia dalam siasatan selepas laporan polis berhubung kes kehilangan Shila tempohari.
"Bagi saya biarlah utamakan perkembangan kerjayanya kerana selepas pulang dari Mekah Shila akan terbang ke Shanghai dan menetap disana beberapa bulan," katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di sini, Jumaat.
ND Lala berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut antaranya dengan kekasih Shila, Shanaaz Ahmad yang hangat diperkatakan minggu lalu.

shilla amzah
Shilla Amzah
Terdahulu, ND Lala yang juga pengurus kepada penyanyi tersebut meminta agar media hanya mengemukakan soalan tentang kerjaya seni dan topik lain hanya akan dijawab selepas pulang dari menunaikan umrah.

"Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Groub (SMG)," katanya.
Mengulas mengenai apa yang berlaku, dia berkata, ia adalah satu dugaan terbesar ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada Allah menentukan segalanya.

Tuesday, February 26, 2013

Rahsia kecantikan Dewi Pertiwi - Gosip Artis Indonesia

Demi memastikan penampilannya sentiasa anggun di mata peminat, penyanyi Indah Dewi Pertiwi sanggup menghabiskan masa berjoging berjam-jam lamanya. Wah, patut pun lawa. Kalau OGA memang tak sanggup la.

Katanya, selain mampu memberikan bentuk badan yang menawan, ia juga memastikan tahap kesihatan dan stamina berada dalam keadaan baik.

dewi pertiwi
Dewi Pertiwi
"Saya memang selalu joging, biasanya dari pukul 7 hingga 9 pagi. Bagaimana pun, saya perlu memastikan setiap pusingan joging itu sebanyak 19 kali setiap hari.
"Pada masa sama saya juga akan pergi ke gimnasium jika ada waktu lapang," katanya bakal mengikuti konsert jelajah bersama televisyen swasta Indonesia di tiga bandar iaitu Semarang, Karawang, dan Malang nanti.

Gambar terkini Siti Sarah mengandung anak ke-2

Selamat petang semua pengunjung untuk blog OGA ni. Disini OGA nak kongsikan kat korang semua gambar penyanyi yang suatu ketika dahulu terkenal menerusi lagu ‘Kesetiaan’ dan ‘Saat Hilang Cintamu’ iaitu Siti Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah binti Raisuddin. Siti Sarah yang terkini mengandung anak kedua.

Secara umumnya Sarah merupakan isteri kepada pelawak terkenal Shuib dan pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu.

Untuk makluman, pada September tahun lalu Sarah dilaporkan telah hamil anak kedua dan kandungannya kini telah mencecah usia 6 bulan.

Baru-baru ini menerusi laman Instagram Shuib sendiri, pelawak tersebut telah berkongsi beberapa foto terbaru isterinya dan nampaknya Sarah masih lagi kuat dan gagah untuk melayan kerenah anak sulung mereka meskipun kandungannya telah semakin sarat.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak 26 Februari 2011 yang lalu dan hasil perkongsian selama dua tahun mereka telah dikurniakan seorang putera sulung iaitu Uwais Alqarni.

Berikut kami paparkan beberapa foto terkini Sarah Raisuddin bersama keluarga bahagiannya. Jom layan!

Siti Sarah, Shuib dan anak sulung mereka
Siti Sarah, Shuib dan anak sulung mereka
Siti Sarah
Siti Sarah

Keluarga bahagia Siti Sarah
Keluarga bahagia Siti Sarah
Siti Sarah bersama anak
Siti Sarah bersama anak


Siti Sarah bersama anak dan suami
Siti Sarah bersama anak dan suami


Siti Sarah masih kuat mendukung anak sulungnya
Siti Sarah masih kuat mendukung anak sulungnya

Monday, February 25, 2013

Adira mengaku selesa berkawan dengan Aliff Aziz - Gosip Artis Terkini


Seperti diketahui, hubungan rapat dan mesra antara penyanyi genit Adira dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Mereka berdua juga tidak lagi menyembunyi hubungan rapat itu, malah telah memuat naik gambar bersama di Instagram baru-baru ini.

Jika diselak lipatan sejarah, kedua-dua mereka sememangnya mempunyai rekod percintaan yang pernah mencetuskan kontroversi.

Adira pernah dikaitkan dengan Hafiz manakala Aliff sudah tentu 'meletup' dengan cintanya bersama pelakon Anne Ngasri yang musnah di pertengahan jalan.
adira dan aliff aziz
Adira dan Aliff selesa berkawan

Tidak mengambil pusing sejarah silam masing-masing, baik Adira mahupun Aliff mengakui serasi bersama. Kata Adira:
"Saya selesa berkawan rapat dengannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, berfikiran terbuka dan mudah dibawa berbincang," akui Adira.
Bagaimanapun kata Adira, hubungan mereka menjadi rapat selepas kontroversi cinta Aliff dan aktres Anne Ngasri berakhir. Enggan mengambil pusing kata-kata orang sekeliling, Adira mahu menjalani kehidupannya dengan cara sendiri.
"Ya, orang pasti tidak berhenti bercakap tentang kisah silam saya mahupun Aliff kerana karier kami sebagai artis. Selagi kami selesa berkawan rapat, saya tidak lihat ia satu kesalahan," tutur penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah itu lagi.

Disoal tentang gambar mereka memakai cincin yang sama dimuat naik ke Instagram, Adira enggan mengulas lanjut kerana bimbang jawapannya akan dijadikan spekulasi pada kemudian hari.
"Itu hanyalah gambar biasa sahaja, jika saya ulas mengenainya, akan timbul pula spekulasi yang baharu. Saya hanya berkawan rapat dengannya, itu sahaja yang boleh saya beritahu," jelas Adira.

Ditebak lagi dengan soalan jika enggan mendedahkan hubungan rapat mereka kepada khalayak kenapa pula dia mengundang Aliff ke majlis makan malam bersama peminatnya yang turut dihadiri ahli keluarga termasuk ibu Adira sendiri?
"Memang saya yang jemput dia atas sebab dia kawan saya. Selain dia, saya juga jemput ramai rakan artis yang lain bukan dia seorang sahaja. Tidak ada sebarang agenda sebalik itu. Hubungan Aliff dengan keluarga saya biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu rapat," ujarnya.



Saturday, February 23, 2013

Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri - Gosip Artis


Selepas gagal dalam perkahwinan kedua apabila bercerai hanya dua bulan selepas berumah tangga, penyanyi Datuk Hattan bakal melangsungkan pernikahan dengan bekas isteri pertama, Arianie pada Jun depan.

Wah, tahniah Datuk Hattan! Nampaknya jodoh Hattan dan Arianie masih kuat lagi walaupun dah lama berpisah. Tu la orang kata, jodoh dan maut di tangan tuhan.

"Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.
 "Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya kepada mStar Online.
 Ditanya mengenai keputusannya untuk berkahwin semula dengan bekas isteri, Hattan menjelaskan perasaan sayang mempengaruhi keputusan itu sambil menyesali kesilapan lalu.

Sebelum ini, Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 2005.

datuk hattan
Datuk Hattan

Hilary Duff Tak Boleh Berjauhan Dengan Anak - Gosip Artis Luar Negara


Penyanyi Hilary Duff mengakui sukar untuk dia berjauhan dengan anak sulungnya, Luca yang kini sudah pun berusia 11 bulan.

Menurut laporan majalah Life And Style, wanita berusia 25 tahun itu menyedari betapa susahnya dia untuk meninggalkan anaknya ketika menjalani penggambaran sitkom Raising Hope,

"Rasa gembira sangat apabila dapat kembali ke set penggambraan macam biasa. Tetapi hati saya sering teringat-ingatkan anak di rumah.

"Sampaikan sepanjang hari hati saya meminta untuk pulang ke rumah," katanya.

Tambah pelakon yang popular dengan filem The Lizzie McGuire Movie, dia lama kelamaan memahami dirinya tidak lagi seperti dahulu di mana perubahan jiwa seorang ibu semakin kuat dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Hilary telah mendirikan rumah tangga dengan pemain hoki Kanada Mike Comrie.

hilary duff
Hilary Duff

Friday, February 22, 2013

Isu Rogol, Keena Tidak Menganiaya Mohd Mentor - Gosip Panas Artis Terkini


Hari tu OGA ada memasukkan artikel tentang kes rogol yang membabitkan Mohd Mentor musim keempat yang sedang dibicarakan. Mesti ramai yang nak tahukan siapakah kekasih Mohd itu? Ramai yang kata Keena protege Awie. Betul ke? Entahlah OGA pun tak tahu.

Hari tu Mohd ada cakapkan dia nak buat sidang media namun, tarikh sebenar Mohd Mentor untuk membuat sidang media bagi menjelaskan isu tuduhan merogol masih belum diketahui. Namun, sebaik saja ahli keluarga Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, tampil memberikan komen dengan menyatakan juara Mentor 4 dianiaya artis, nama protege Awie iaitu Keena dalam program Mentor terus dibabitkan.

keena dan mohd
Keena dan Mohd 
Bagaimanapun, Keena yang pernah dikhabarkan bercinta dengan Mohd menafikan bahawa dia adalah artis yang dimaksudkan sebagai menganiaya Mohd. Sebaliknya, dia telah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di antara dia dengan Mohd.

"Tentang artis menganiya Mohd itu bukanlah saya. Saya sendiri dapat tahu kisah ini dengan membaca akhbar. Terus-terang, saya memang berkawan dengan dia dan masih hubungi dia menerusi SMS. Namun, sudah hampir setengah tahun saya tidak berjumpa dengan dia.
"Sejujurnya, saya tidak tahu siapakah artis yang dimaksudkan itu. Apa yang saya tahu, Mohd tidak bersalah dan saya kenal perangai Mohd," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Keena yang kini sedang sibuk mengacarakan sebuah program baru di RTM turut memberitahu ada menerima pesanan dari Mohd terhadap kes yang memalukan dirinya itu.

"Mohd tidak ada bercerita panjang dengan saya tentang kes itu. Namun, selepas dua hari kes ini berlaku dan kecoh, saya ada hubunginya. Dia hanya berpesan kepada diri saya bahawa dia dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
"Sebagai kawan, saya mahu semua orang jangan percaya dengan apa yang terjadi. Saya tahu Mohd seorang yang baik. Dia kena fitnah dan ada orang cuba memesongkan fakta yang terjadi," jelasnya.
Sementara itu, Keena turut menghadapi masalah apabila dia sering saja diburu seorang lelaki yang sering saja mengekorinya sebaik saja dia tamat penggambaran drama.

"Sebelum saya membuat laporan polis, ada seorang lelaki yang memandu Proton Saga berwarna silver sering saja mengikuti saya. Perkara ini berlaku sejak akhir tahun lalu. Namun, selepas buat laporan polis dan anak buah saya selalu temani saya, ianya sudah tidak berlaku lagi," ujarnya.

Tuesday, February 19, 2013

Rihanna dikasari lagi? Gosip Artis Luar Negara


Penyanyi Rihanna terpaksa menerima nasib malang apabila dirinya dikasari lagi hingga cedera.

Namun, kejadian itu bukanlah dilakukan oleh bekas kekasihnya, Chris Brown, sebaliknya tindakan peminat.

Insiden itu berlaku ketika pelantun lagu Diamonds ini keluar dari sebuah kelab malam.

Seorang peminat tiba-tiba melemparkan botol arak kepada penyanyi kelahiran Barbados itu.

“Saya tidak pasti kenapa saya diserang sebegitu. Namun, saya terdengar mereka menyebut sesuatu mengenai Brown,” katanya yang tidak menolak kemungkinan serangan itu adalah daripada peminat Brown.
rihanna dan chris brown
Rihanna dan  Chris Brown

Monday, February 18, 2013

Ella minat lagu Shae - Gosip Artis


Kemunculan Ella pada Konsert Ekspresi Harian Metro 2013 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu lalu memang menggemparkan. Ella bukan saja popular di negara sendiri tetapi juga mempunyai peminat yang ramai di Indonesia.

Walaupun sudah menjadi isteri orang tetapi populariti dan auranya tidak pernah hilang.
Penonton yang hadir pada konsert yang dianggarkan 70,000 orang itu bukan saja ternanti-nantikan persembahan Zivilia yang popular dengan lagu Aishiteru tetapi mereka juga tidak sabar menantikan kemunculan Ella di pentas.

Pada malam itu Ella berduet dengan protegenya, Caroline dan turut membuat persembahan solo menyanyikan lagu Rama-Rama dan Kesal.

Suami Ella, Azhar ada sama menemaninya dan Ella tak berenggang langsung dengan suaminya itu. Ke mana pergi dan duduk di mana saja mesti berpegangan tangan. Wah, romantikkan mereka!

penyanyi ella
Ella
Agaknya sebab itu Ella tengah sukakan lagu Sayang nyanyian Shae kerana liriknya melambangkan kasih sayang mereka berdua.

 Bercerita mengenai lagu Sayang,  dengar-gengar  Ella ada bertemu dengan Shae baru-baru ini.

Adakah ia sekadar pertemuan biasa atau ada projek bersama? Siapa tahu Ella yang dulu popular di Indonesia sekali lagi akan mencipta nama di sana andai kata dia ada projek dengan Shae. Sama-samalah kita tunggu!