<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label kes rogol. Show all posts
Showing posts with label kes rogol. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Gosip Artis Terbaru - Demi keselamatan Eina Azman enggan ulas

 Ni ada story pulak OGA nak cerita kat korang semua. Gosip artis ni memang PANAS, TERKINI dan SENSASI! Dengar-dengar pelakon remaja, Eina Azman tak dibenarkan berada di kawasan tertentu atas sebab keselamatan. Betul ke Eina Azman? Kalau macam ni,  dah memang kes bahaya juga la kan. Lagipun, Eina Azman dah buat laporan polis tentang seorang datuk yang cuba nak memperkosakan dia. Baguslah macam tu Eina. OGA harap lepas ni awak akan lebih berhati-hati  sebab awak tu masih muda lagi.

Malah menurut Eina, buat masa sekarang dia dinasihatkan untuk selalu berada di samping ahli keluarganya.

"Maaf saya tidak boleh bertemu media buat masa ini. Saya juga dinasihatkan untuk tidak keluar bersendirian," katanya.
Pelakon Eina Azman
Pelakon Eina Azman
Diminta mengulas kejadian hampir diperkosa seseorang bergelar Datuk baru-baru ini, menurut Eina, memandangkan ia sudah dilaporkan kepada pihak polis pihaknya tidak lagi dapat membuat apa-apa kenyataan.

"Maaf saya tidak boleh komen apa-apa mengenai hal itu.
"Saya tidak mahu mengganggu siasatan polis, sama ada atas tuduhan apa laporan tersebut dibuat juga saya tidak boleh kongsi," kata pelakon yang nama sebenarnya Ainur Syakina Azman.
Beberapa hari lalu sebuah akhbar melaporkan yang Eina hampir diperkosa oleh seseorang bergelar Datuk sewaktu urusan pembelian kereta di sebuah hotel pada 8 Februari lalu, sekitar pukul 11 malam.

Pelakon drama Mimpi Cinderella itu turut memberitahu yang Datuk tersebut mahu membelanya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atasnya

Friday, February 22, 2013

Isu Rogol, Keena Tidak Menganiaya Mohd Mentor - Gosip Panas Artis Terkini


Hari tu OGA ada memasukkan artikel tentang kes rogol yang membabitkan Mohd Mentor musim keempat yang sedang dibicarakan. Mesti ramai yang nak tahukan siapakah kekasih Mohd itu? Ramai yang kata Keena protege Awie. Betul ke? Entahlah OGA pun tak tahu.

Hari tu Mohd ada cakapkan dia nak buat sidang media namun, tarikh sebenar Mohd Mentor untuk membuat sidang media bagi menjelaskan isu tuduhan merogol masih belum diketahui. Namun, sebaik saja ahli keluarga Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, tampil memberikan komen dengan menyatakan juara Mentor 4 dianiaya artis, nama protege Awie iaitu Keena dalam program Mentor terus dibabitkan.

keena dan mohd
Keena dan Mohd 
Bagaimanapun, Keena yang pernah dikhabarkan bercinta dengan Mohd menafikan bahawa dia adalah artis yang dimaksudkan sebagai menganiaya Mohd. Sebaliknya, dia telah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di antara dia dengan Mohd.

"Tentang artis menganiya Mohd itu bukanlah saya. Saya sendiri dapat tahu kisah ini dengan membaca akhbar. Terus-terang, saya memang berkawan dengan dia dan masih hubungi dia menerusi SMS. Namun, sudah hampir setengah tahun saya tidak berjumpa dengan dia.
"Sejujurnya, saya tidak tahu siapakah artis yang dimaksudkan itu. Apa yang saya tahu, Mohd tidak bersalah dan saya kenal perangai Mohd," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Keena yang kini sedang sibuk mengacarakan sebuah program baru di RTM turut memberitahu ada menerima pesanan dari Mohd terhadap kes yang memalukan dirinya itu.

"Mohd tidak ada bercerita panjang dengan saya tentang kes itu. Namun, selepas dua hari kes ini berlaku dan kecoh, saya ada hubunginya. Dia hanya berpesan kepada diri saya bahawa dia dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
"Sebagai kawan, saya mahu semua orang jangan percaya dengan apa yang terjadi. Saya tahu Mohd seorang yang baik. Dia kena fitnah dan ada orang cuba memesongkan fakta yang terjadi," jelasnya.
Sementara itu, Keena turut menghadapi masalah apabila dia sering saja diburu seorang lelaki yang sering saja mengekorinya sebaik saja dia tamat penggambaran drama.

"Sebelum saya membuat laporan polis, ada seorang lelaki yang memandu Proton Saga berwarna silver sering saja mengikuti saya. Perkara ini berlaku sejak akhir tahun lalu. Namun, selepas buat laporan polis dan anak buah saya selalu temani saya, ianya sudah tidak berlaku lagi," ujarnya.

Tuesday, February 19, 2013

Rogol Kekasih: Mohd (Mentor) Kesal Dianiaya Rakan Artis - Gosip Artis


Masihkah anda ingat tentang kes yang membabitkan Mohd  juara mentor musim keempat apabila dia ditangkap polis kerana disyaki merogol kekasihnya. Ekoran daripada kesnya itu,  Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol. Adakah ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier Mohd? atau sememangnya Mohd ni bersalah? OGA  bukan nak tuduh tapi kita sama-sama tengok kesudahan kes Mohd ini. 
Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.
“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.
“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
mohd mentor 4
Mohd yang dituduh merogol kekasihnya yang
 juga seorang penyanyi
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.
Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet.
“Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya.
Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.
“Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau.
“Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai,” jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan.
Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.