<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

Enggan Ulas Kontroversi, Hanya Tumpu Kerjaya Shila - ND Lala

 Bapa penyanyi popular Shila Amzah, 23, ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52 enggan mengulas kontroversi berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai kehilangan anaknya itu kerana ia masih dalam siasatan.

Menurutnya, tumpuan kini adalah untuk persiapan menjalani umrah sekeluarga selama dua minggu bermula 7 Mac ini selain persediaan terhadap perkembangan kerjaya Shila ke peringkat antarabangsa.

"Saya dinasihatkan tidak mengulas apa-apa tentang perkara itu selagi ia dalam siasatan selepas laporan polis berhubung kes kehilangan Shila tempohari.
"Bagi saya biarlah utamakan perkembangan kerjayanya kerana selepas pulang dari Mekah Shila akan terbang ke Shanghai dan menetap disana beberapa bulan," katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di sini, Jumaat.
ND Lala berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut antaranya dengan kekasih Shila, Shanaaz Ahmad yang hangat diperkatakan minggu lalu.

shilla amzah
Shilla Amzah
Terdahulu, ND Lala yang juga pengurus kepada penyanyi tersebut meminta agar media hanya mengemukakan soalan tentang kerjaya seni dan topik lain hanya akan dijawab selepas pulang dari menunaikan umrah.

"Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Groub (SMG)," katanya.
Mengulas mengenai apa yang berlaku, dia berkata, ia adalah satu dugaan terbesar ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada Allah menentukan segalanya.

Monday, February 25, 2013

Rita Rudaini Tuntut Aidil Zafuan Perjelaskan Alasan Mahu Cerai


Terlebih dahulu OGA minta maaflah sebab lewat sikit update pasal ni. Untuk maklumat semua hari ini adalah kes pembicaraa yang membabitkan pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak pada Isnin memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di sini.

Aidil, 26, telah memfailkan penceraian terhadap Rita, 37, buat kali kedua selepas menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu pada Mei tahun lalu di mahkamah sama.

Menurut peguam Rita, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain, pelakon itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak Aidil keluar dari rumah setahun lalu.

"Seperti kes sebelum ini, Rita ingin menuntut alasan kukuh kenapa Aidil mahu menceraikannya dan dia tidak bersetuju dengan permohonan itu selagi mereka tidak bersemuka untuk berbincang.
rita rudaini dan aidil zafuan
Kes Penceraian Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
"Selain itu, Rita ingin berbincang tentang banyak perkara termasuk berkenaan dengan hal anak sebelum bersetuju dengan keputusan itu (bercerai)," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Tambah Zaidi lagi, Rita berbuat demikian kerana enggan Aidil lepas tangan daripada tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anak lelaki mereka iaitu Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Terdahulu, Aidil telah membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dan permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

Bagaimanapun, mahkamah menunda kes pasangan itu dan menetapkan tarikh baru iaitu 8 Mac 2013 bagi membolehkan kedua-dua pihak melantik Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Islam, Daerah Seremban.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Wednesday, February 20, 2013

Pelakon Zalif sanggup berbogel kerana filem? Gosip Artis


Jika sebelum ini pelakon merangkap vokalis kumpulan Handy Black, Zul Suphian pernah tampil berani berbogel menerusi produk lakonannya seperti filem Mantra dan Keramat, kali ini giliran pelakon yang sedang meningkat naik, Zalif Sidek untuk mencuba formula yang sama. Memang OGA reapect la! Tak semua pelakon berani nak buat macam tu tau! Namun tindakannya ni mungkin akan menerima kritikan yang tidak menyenangkan dari sesuatu pihak. Apa-apa pun, dah Zalif sanggup hadapi semua ni so, OGA no komen la pasal ni.

Cuma, perihal yang dilakukan Zalif atau nama sebenarnya Mohd Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, kali ini tidak seberani Zul kerana katanya, babak dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu yang akan memasuki pawagam pada 21 Februari itu hanyalah separuh bogel saja.

Zalif yang memegang watak sebagai Rudy merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang melalui fasa-fasa meningkat remaja dan terlibat dalam aktiviti pergaduhan di sekolah. Salah satu babak pergaduhan menuntut Zalif dibogelkan oleh sekumpulan samseng sekolahnya kemudiannya diikat di tiang bendera selepas dibogelkan dan hanya bertutup sehelai kain bercorak 'smiley' bahagian bawah perutnya.

zalif dengan aksi separuh bogel
Zalif dengan aksi separuh bogel dalam
 filem Pada Suatu Cinta Dahulu 
Menurut Zalif dia sudah bersedia untuk dikritik atas tindakan ini namun pengalaman ini merupakan yang pertama dan terakhir buat dirinya. Selepas ini dia tidak akan mengulangi babak tidak berpakaian lagi.

Tambah Zalif lagi, dia terima tawaran untuk beraksi separuh bogel kerana mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada yang pernah dia lakukan sebelum ini. Zalif juga berkata, dia tak kisah kalau dikritik kerana dia tidak berbogel sepenuhnya  sehingga menampakkan anggota badan yang tak sepatutnya.