<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label linda hashim. Show all posts
Showing posts with label linda hashim. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Beego Akui Berkongsi Kondo Dengan Kakak Angkat

Penyanyi dan pelakon, Beego yang mengaku tidak bersalah terhadap atas pertuduhan berkhalwat pada Mei tahun lalu telah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang dia menyewa rumah bersama kakak angkatnya dan seorang lagi kawan lelaki di kondominium di Bukit Antarabangsa.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, telah membuat kenyataan tersebut sewaktu prosiding kes tangkap khalwatnya yang membabitkan dia dan dua lagi kenalan, Fikry Zainon, 21 dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, 21 bersama dua lagi wanita 23 Februari 2011.

Kes bermula apabila Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhamad Luqman Ramli, menerima aduan terdapat perbuatan khalwat di rumah terbabit. Dia kemudian bersama tiga lagi pegawai penguat kuasa JAIS serta tiga anggota polis datang memeriksa rumah itu.

"Ketika sampai di depan pintu rumah itu, kami beri salam dan ketuk pintu. Seorang lelaki iaitu Fikry Zainon membuka pintu dan selepas kami perkenalkan diri dia meminta kami tunggu sebentar. Dia kata nak panggil kawan dia buka pintu. Tak lama selepas itu pintu dibuka seorang lelaki lain iaitu Aszerul Nizam (Beego).
"Selepas memperkenalkan diri dan meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan, kami dibenarkan masuk. Ketika itu dua lelaki berpakaian lengkap duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Namun keadaan di ruang tamu gelap dan tidak dipasang lampu," jelas pegawai JAIS itu.
beego
Beego
Mereka seterusnya memeriksa bilik di rumah itu dan di dalam salah sebuah bilik, dua orang perempuan ditemui dan masing-masing berpakaian lengkap dengan baju lengan panjang dan seluar panjang. Kelima-lima mereka menurut Luqman telah memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.

Tambahnya, semua tertuduh akur dan tidak memberi sebarang komen ketika pegawai JAIS menerangkan kesalahan khalwat dan mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ulu Klang untuk laporan polis.

Beego dan dua lagi rakan lelakinya bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat tersebut. Namun dua lagi rakan wanita mereka, Azlina Yazit dan Hadijah Mohamad Mokhar masing-masing berusia awal 30-an, mengaku bersalah atas tuduhan itu dan didenda RM3,000. Mereka membayar denda itu.

Perbicaraan akan disambung 16 Jun ini.

Beego yang ditemui media di luar mahkamah berkata ini adalah pengajaran yang amat berguna untuknya dan dia juga menjelaskan bakal bernikah 7 Jun depan dengan pelakon Linda Hashim.

Friday, March 1, 2013

Linda & Beego Borong Barang Kahwin Di Jakarta

Tidak lama lagi, pelakon popular Linda Hashim dan Beego akan menamatkan zaman solo mereka. Tahniah la OGA ucapkan untuk meraka berdua. Jadi, seperti pasangan lain, mesti lah sekarang ni tengah sibuk dengan persiapan kahwinkn. So, mereka memilih Indonesia sebagai lokasi membeli belah, barang keperluan perkahwinan mereka nant.

 Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, memberitahu, dia dan Beego, 33, amat berpuas hati terhadap kelengkapan perkahwinan yang dipilih dengan bantuan keluarga yang turut serta dalam percutian itu.

"Kami pulang ke Malaysia pada malam Selasa lepas. Di sana kami memang cari kain-kain untuk dibuat baju pengantin serta pakaian untuk keluarga kedua-dua belah pihak.
"Selain itu juga, kami turut buat tempahan kad kahwin dan membeli barang cenderahati. Kami memilih Jakarta kerana di sana lebih banyak pilihan, barang-barang pun berkualiti selain harga yang berpatutan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
beego dn linda hashim
Beego dan Linda Hashim
beego dan linda hashim
Linda dan Beego bakal berkahwin tidak lama lagi
 Tambah Linda, dia memilih tema warna putih dan ungu lavender untuk busana yang akan dipakai pada majlis persandingannya nanti.

"Tema perkahwinan kami adalah dalam taman, jadi kami pilih warna yang bersesuaian iaitu putih dan lavender," katanya yang sudah pun membuat persiapan perkahwinan sebanyak 50 peratus.
Sementara itu, dari segi tetamu majlis itu nanti kata Linda, pihaknya masih belum menyenaraikan jumlah dan individu yang akan dijemput.

Dalam pada itu Linda terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin untuk membuat persiapan perkahwinan kerana sedang sibuk dengan penggambaran drama dan program televisyen.

"Alhamdulillah sekarang rezeki yang datang banyak juga, jadual saya penuh sampai bulan Jun depan. Saya harap dapat habiskan penggambaran lebih awal sebelum majlis itu nanti.
"Semalam (Rabu) saya baru selesaikan isi borang nikah dan ujian HIV, tapi kursus kahwin belum sempat lagi. Insya-Allah mungkin dalam minggu depan," ujarnya.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012. Mereka merancang untuk mengadakan majlis akad nikah di Masjid Wangsa Maju.

Sementara majlis persandingan akan di adakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).