<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label pemain bola sepak popular. Show all posts
Showing posts with label pemain bola sepak popular. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Khairul Fahmi Cucuk Muka?

 Menerusi akhbar Pancaindera keluaran semalam, penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex telah dituduh mencucuk muka supaya nampak lebih berseri agar bersesuaian dengan isterinya, Leuniey Natasha yang pakar dalam bidang kecantikan.

Bagaimanapun, Apex yang terlibat dengan program Jom Ceria sempena kempen IM4U pagi semalam di Putrajaya bersama Perdana Menteri Malaysia hanya mampu tersenyum lebar mendengar gosip berkenaan.

"Sebagai atlet saya bukan saja perlu menjaga kesihatan. Malah, saya juga perlu menjaga penampilan memandangkan saya juga adalah duta untuk beberapa produk.
"Saya tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh wujud. Namun, saya anggap ia sama seperti gosip yang telah dilemparkan terhadap saya seperti sebelum saya berkahwin lagi. Saya tidak marah tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pula ke arah untuk cucuk muka.
"Setahu saya, semua sedia maklum, saya dan Leuniey berkahwin kerana faktor saling memahami bukannya faktor paras rupa. Jadi, gosip ini tidak berasas langsung," katanya kepada murai.com.my.
Khairul Fahmi
Khairul Fahmi cucuk muka?

Menjelaskan mengenai dirinya yang kelihatan lebih menjaga ketrampilan selepas berkahwin, Apex memberitahu dia tidak pernah berubah dan masih menjalani kehidupan seperti biasa.

"Hidup saya tidak berubah. Yang berubah hanyalah saya sudah berkahwin. Kalau nak kata saya ubah penampilan kerana Leuniey, saya rasa dari dulu lagi saya sudah berpakaian seperti ini.
"Mungkin orang nampak saya semakin berseri atau wajah lebih bersih di sebabkan saya sudah bahagia bersama Leuniey yang betul-betul memahami saya sebagai seorang atlet negara.
"Bercakap mengenai wajah saya, saya rasa selesa sekarang ini dengan menjadi duta produk Brand's. Saya rasa ia adalah kesan daripada penggunaan produk Brand's," jelasnya.

Wednesday, March 20, 2013

'Isteri saya masih belum mengandung lagi' - Apek

Selepas isteri Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha diusik pereka fesyen Ezuwan Ismail di laman twitternya, ramai menyangka bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan yang senang disapa panggilan Apex menegaskan bahawa isterinya itu masih belum mengandung lagi.

"Isteri saya masih belum mengandung lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakannya. Insya-Allah, saya akan berkongsi berita gembira ini nanti. Namun, setakat ini masih belum ada rezeki lagi.
"Apapun, terus-terang, kami memang menginginkan anak cepat. Sekali lagi, terima kasih kepada semua orang yang mendoakannnya," katanya kepada murai.com.my.
Menjelaskan lanjut mengenai berita ini, Apex tidak menyalahkan sesiapa jika ada yang beranggapan bahawa Leuniey sedang hamil ketika ini.

Apek dan Leuniey natasha
Apek dan Leuniey Natasha
Sebaliknya, Apex menganggap ini sebagai satu doa yang dari peminat yang tidak henti-henti menyokong kariernya.

"Seperti yang semua sudah sedia maklum, sangkaan ini timbul selepas isteri saya diusik Ezuwan Ismail. Saya tahu, semua orang menantikan berita gembira ini. Begitu juga saya dan Leuniey serta keluarga.
"Apapun, saya akan umumkannya kepada semua jika benar isteri saya sudah mengandung," jelasnya.
Difahamkan, Apex yang dilantik sebagai duta IM4U bakal menyertai kempen IM4U yang bakal diadakan di Putrajaya Ahad ini mulai jam 7 pagi. Oleh itu, Apex menyarankan peminatnya untuk turut serta program yang turut disertai Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, March 14, 2013

Gosip Artis Terkini - Leuniey Natasha hamil??


OGA dapat maklumat dari sebuah potal hiburaan Rotikaya mengatakan bahawa kemungkinan sekarang ni Leuniey Natasha sedang berbadan dua. Betul ke? Kalau lah betul tahniah la OGA ucapkan kat Apek dan Leuniey. Mesti anak korang ni lawa n kacak. Tak sabarnya OGA nak tengok!

Walaupun,kita tahu  perkahwinan Apek atau Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang baru sahaja menginjak ke usia tiga bulan pastinya lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih. Ini merupaka kata-kata yang diberikan oleh Rotikaya:

Dari pengamatan team kami sendiri, adalah benar Leuniey kini sedang hamil namun seperti cuba mengelak dan masih tidak mahu menghebahkan berita tersebut setelah empunya badan menafikannya.
Berita gembira ini kami sendiri terjumpa di Instagram milik pereka fesyen terkenal Ezuan Ismail yang ketika itu sedang makan bersama Leuniey.
Walauapapun yang berlaku tahniah diucapkan kepada mereka berdua :)
Leuniey mengandung
Apek dan Leuniey bakal timbang anak?




Wednesday, February 27, 2013

Rita suruh Aidil buktikan - Gosip Artis Terkini

Dalam laporan akhbar Harian Metro sebelum ini ada menyatakan punca dan sebab utama mengapa Aidil Zafuan tidak lagi menyayangi Rita Rudaini dan memilih untuk berpisah dengan aktres tersebut sepertimana yang dilafazkannya ketika permohonan cerai itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Isnin lalu.

Menurut penyerang bola sepak kebangsaan itu, Rita Rudaini seringkali mengaibkan dirinya menerusi kenyataan yang dibuat aktres berkenaan di dada-dada akhbar setiap kali bergolaknya rumahtangga mereka.

Mengenai pertuduhan yang telah dibuat terhadap aktres kelahiran Perlis itu, Rita nyata tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut. Sebaliknya Rita mahu Aidil menjelaskan bilakah saat,waktu dan ketika yang menunjukkan dia diaibkan aktres tersebut.

Rita Rudaini
Rita Rudaini
Rita Rudaini ketika dihubungi menjelaskan bahawa apa sahaja komen serta kenyataan yang dibuatnya bukan sengaja direka semata-mata untuk mengaibkan suaminya itu. Malah, tidak semua gosip itu datangnya daripada Rita tetapi oleh masyarakat sendiri yang jelas mampu menilai dan akhirnya ia sampai ke telinga aktres tersebut.

"Dulu ketika mula Aidil tidak pulang ke rumah, bukan saya yang pergi bercerita kepada media tentang perkara itu. Tetapi orang yang melihatnya sendiri setelah menyedari hanya saya yang saja yang sentiasa berada bersama anak-anak, sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dan akhirnya soalan tersebut pasti akan diajukan kepada saya.
"Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa orang wanita lain Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya?
"Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT,"ujarnya mengenai tuduhan suami yang mengatakan diaibkan oleh Rita di media tentang kisah rumahtangga mereka.
Dalam pada itu, Rita hanya mahu suami, Aidil Zafuan melunaskan segala tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakannya sebagai bapa kepada anak-anaknya. Rita turut menambah bahawa kesenangan dan rezeki adalah kurniaan Allah namun ia juga dilihat sebagai ujian untuk menguji kesabaran dan iman umatnya.

Monday, February 25, 2013

Kalau sayang kenapa aibkan saya di media? - Aidil Zafuan

Semalam OGA ada memasukkan entri berkenaan kes penceraian yang membabitkan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. Oleh itu, kita dengar pula komen Aidil berkenaan Rita Rudaini pula.

 Logik juga pertanyaan yang diajukan oleh suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan ini. Buat anda yang tidak tahu, semalam Rita menyatakan yang dia masih menyayangi suaminya dan mahu mengetahui apa sebab dia akan diceraikan ketika ditanya oleh hakim Mahkamah Rendah Syariah Seremban.

"Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya?
"Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik.
"Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak", kata bintang bola sepak Kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak yang jelas dilihat tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas hasrat mahu bercerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini ditangguhkan.
Aidil, 26, ditemui diluar Mahkamah Rendah Syariah Seremban Negeri Sembilan, sejurus usai prosiding, semalam.
kes penceraian aidil zafuan dan rita rudaini
Aidil Zafuan


Keputusan itu dibuat setelah Aidil merasakan pergolakan rumah tangga mereka sudah berlarutan terlalu lama. Malah dia tidak nampak rumah tangga yang dibina selama enam tahun mampu diselamatkan. Apatahlagi Aidil memberitahu dia kecewa apabila Rita tidak mahu menurut kehendaknya.
"Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai.

"Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil", katanya.

Dalam masa yang sama Aidil menegaskan keputusan dia mahu bercerai tiada kena mengena dengan orang ketiga mahupun wanita yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, iaitu Zarema.

"Tiada kena mengena dengan sesiapa ataupun Zarema. Saya tak mahu komen lebih. Bagi saya jalan terbaik, adalah kami bercerai", ujarnya sebelum beredar.