<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label kes penceraian. Show all posts
Showing posts with label kes penceraian. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Gosip Artis - Gaji Aidil Zafuan RM50,000, tapi nafkah anak tak bagi??

Pelakon Rita Rudaini mendakwa suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka meskipun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Rita yang kini popular menerusi drama Sehangat Asmara berkata dia tahu Aidil mampu memberikan nafkah kepadanya berdasarkan pendapatan Aidil yang lumayan. Rita memberikan keterangan itu dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah bulanannya dan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, semalam.

"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita pada kes perbicaraan itu.
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Aktres itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.

Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.

Sementara itu, ketika ditemui mahkamah selepas perbicaraan, Aidil memberitahu media dia akan membuktikan di mahkamah mengenai nafkah anak.

Menurut Aidil, walaupun meninggalkan rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.

"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata pemain pertahanan skuad kebangsaan itu.
Tambahnya lagi, Rita tidak memberi kerjasama untuk benarkan dia berjumpa anak-anak selepas mendapat tahu Rita membawa mereka menunaikan Umrah tanpa pengetahuannya. Rita juga dakwa Aidil jarang membalas SMS bertanyakan khabar olehnya.

Perbicaraan mereka bersambung 6 Mei depan.

Sunday, March 17, 2013

Gosip Artis - Suami Noniswara dirampas rakan artis

Perpisahan adalah satu yang amat menyakitkan bagi seorang wanita yang bergelar isteri. Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mendambakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir nyawa, namun pelakon Noniswara mengakui tiada siapa mampu menidakkan ketentuan Tuhan.

Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Rosman Ridzwan, 54, akhirnya Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 42, akur dengan kehendak suaminya supaya menuntut cerai.

Menurut wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia amat terkilan kerana kawannya sendiri yang menjadi duri dalam daging memusnahkan hubungannya bersama suami.

"Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga.
"Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki.
"Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Pengerusi U Mobile itu, pada 1 Ogos 2009.
Sebelum berkahwin, Nonis punyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Rosman yang berstatus duda ketika itu memiliki lima anak daripada dua perkahwinan terdahulu.

pelakon noniswara
Pelakon Noniswara
Mula menghidu perubahan suaminya sejak enam bulan lalu, Nonis mengakui, dalam masa itu, Rosman mula tiada keinginan untuk pulang ke rumah. Adakah suami Noniswara terkena buatan orang? Wallahuallam..

Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan hubungan itu dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional daripada beberapa ustaz.

"Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai 'hantu'.
"Saya tidak kisah sekiranya dia ingin kahwini wanita itu dan menjalani kehidupan poligami. Namun dia tak mahu (poligami) dan suruh saya failkan tuntutan cerai. Dia berjanji akan beri kerjasama," katanya kesal dengan tindakan suami gagal hadir pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut Nonis, dia memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah sama.

"Saya berharap agar dia memberikan kerjasama dalam kes ini kerana ia adalah kemahuannya sendiri," katanya.
Tabah menghadapi apa yang berlaku, Nonis bagaimanapun menepis dakwaan yang dirinya pernah merampas kebahagiaan orang lain untuk memiliki Rosman.

"Tiada istilah rampas suami orang. Saya berkawan dengan Rosman ketika dia berdepan dengan masalah rumah tangga. Ketika itu, dia tidak terurus dan perniagaan mula merudum.

"Setelah dia bercerai dengan kedua-dua isterinya, barulah saya mula bantu dia memulihkan semangat. Setelah melihat kesungguhannya, saya yakin dialah yang terbaik untuk saya walaupun sebelum ini, ada di kalangan Datuk dan
kerabat yang melamar saya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.

Mengakui rezekinya dalam bidang seni semakin murah sejak akhir-akhir ini, Nonis menganggap perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

"Saya yakin, saya boleh hidup sendiri tanpa dia (Rosman). Lagipun, sebelum ini, memang saya jenis yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang diterima dan ruang saya dalam industri lakonan masih ada. Lagipun, sudah lebih 15 tahun saya berkecimpung dalam bidang lakonan dan ia menjadi mata pencarian saya.

"Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia," katanya yang turut menerima beberapa tawaran drama selepas ini.

Friday, March 15, 2013

Kenapa Aidil Halang Rita Berlakon Dengan Aktor Dari Singapura?

Selamat malam semua pengunjung blog Oh Gosip Artis. OGA rasa semuanya dah sedia maklum tentang konflik rumah tangga yang berlaku kepada Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Kes mereka sudah lama dan sehingga sekarang masih lagi bersambung. So, dengar cerita Aidil Zafuan tak bagi Rita berlakon dengan aktor lelaki dari Singapura. Betul ke?? Urmm...

Kesetiaan sebagai isteri kepada Aidil Zafuan membuatkan Rita Rudaini terpaksa menolak banyak tawaran berlakon dengan aktor kelahiran kota singa. Bagaimanapun, Rita tidak pernah kesal dengan permintaan daripada pemain bola sepak kebangsaan itu.

"Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu.
"Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili.
"Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya," katanya kepada murai.com.my.
Menjelaskan mengenai wataknya dalam drama Sehangat Asrama, Rita tidak menolak watak tersebut mempunyai banyak persamaan dengan dirinya yang sebenarnya.

"Secara kebetulan, watak saya ada banyak kena-mengena dengan saya. Namun, saya tidak merasakan watak itu dicipta khusus untuk saya kerana novel drama ini sudah lama ditulis bertahun lamanya.
"Oleh sebab dah banyak persamaan, maka lebih mudah untuk saya menjiwai wataknya. Sekarang ini pun, saya selalu saja dapat tawaran berlakon watak cinta terhalang dan tidak disukai ibu mentua.
"Apapun, saya tidak kisah itu semua. Sebagai pelakon, saya terima apa saja watak yang diberikan kepada saya," ujarnya.

Aidil Zafuan dan Rita Rudaini
Aidil Zafuan dan Rita Rudaini
Merasakan dirinya lebih serasi berlakon di samping Rosyam Nor dan Aqasha, Rita menepis dakwaan yang mengatakan pelakon lelaki lain banyak memberikan impak negatif tatkala bergandingan bersamanya/

"Saya lebih selesa berlakon dengan Rosyam dan Aqasha kerana lebih senang dan cepat masuk watak. Mereka berdua cepat mesra dan ia tidak kena mengena dengan cerita negatif atau pun tidak.
"Orang pun banyak cakap saya lebih sesuai berlakon jadi pasangan Rosyam. Namun, sekarang Rosyam sudah kurang berlakon dan dalam waktu yang sama pula, saya sendiri ada terima banyak tawaran berlakon di sisi hero baru.
"Tapi, sebelum saya terima tawaran itu, saya periksa dulu siapa pelakon itu kerana tidak mahu nampak pelik bila bersama. Pelakon sekarang banyak muda-muda dan nampak macam adik saja," jelasnya.

Monday, February 25, 2013

Kalau sayang kenapa aibkan saya di media? - Aidil Zafuan

Semalam OGA ada memasukkan entri berkenaan kes penceraian yang membabitkan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. Oleh itu, kita dengar pula komen Aidil berkenaan Rita Rudaini pula.

 Logik juga pertanyaan yang diajukan oleh suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan ini. Buat anda yang tidak tahu, semalam Rita menyatakan yang dia masih menyayangi suaminya dan mahu mengetahui apa sebab dia akan diceraikan ketika ditanya oleh hakim Mahkamah Rendah Syariah Seremban.

"Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya?
"Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik.
"Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak", kata bintang bola sepak Kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak yang jelas dilihat tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas hasrat mahu bercerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini ditangguhkan.
Aidil, 26, ditemui diluar Mahkamah Rendah Syariah Seremban Negeri Sembilan, sejurus usai prosiding, semalam.
kes penceraian aidil zafuan dan rita rudaini
Aidil Zafuan


Keputusan itu dibuat setelah Aidil merasakan pergolakan rumah tangga mereka sudah berlarutan terlalu lama. Malah dia tidak nampak rumah tangga yang dibina selama enam tahun mampu diselamatkan. Apatahlagi Aidil memberitahu dia kecewa apabila Rita tidak mahu menurut kehendaknya.
"Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai.

"Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil", katanya.

Dalam masa yang sama Aidil menegaskan keputusan dia mahu bercerai tiada kena mengena dengan orang ketiga mahupun wanita yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, iaitu Zarema.

"Tiada kena mengena dengan sesiapa ataupun Zarema. Saya tak mahu komen lebih. Bagi saya jalan terbaik, adalah kami bercerai", ujarnya sebelum beredar.
 

Aidil Zafuan: Saya dah tak sayang dan tak inginkan dia lagi


Panas! panas! dan panas!. Setelah beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan kes putus tunang Fizz Fairuzz, hari ni cerita panas artis yang nak dikongsikan OGA untuk pembaca semua mengenai kes penceraian yang membabitkan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Seperti yang diketahui umum, kes mereka ni dah lama rasa berlanjutan tanpa kesudahan.

Hari ini, Aidil Zafuan & Rita Rudaini kedua dua mereka hadir ke mahkamah  untuk mendengar status permohonan cerai yang di’kemukakan oleh pihak lelaki kepada mahkamah.

Namun hakim Hamizan Mohd Nor menunda proses lafaz cerai pasangan ini kepada 8 Mac 2013 untuk di’rujuk terlebih dahulu ke Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Daerah Seremban.

kes penceraian Rita Rudaini
Rita Rudaini
“Saya dah tak sayangkan dia lagi & saya dah tak inginkan dia lagi,” itu komen pendek Aidil Zafuan selepas keputusan mahkamah di’umumkan dan ianya jelas tentang niat beliau untuk berpisah.
Itu kenyataan yang di’keluarkan oleh Aidil Zafuan kepada pihak media ketika di’temui di Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini.

Oh! my god. Terkejut OGA dibuatnya bila mendengar kenyataan Aidil ni!  Nampaknya kali ni Aidil seperti Nekad jer nak ceraikan Rita ni. Kesian la pula OGA tengok Rita dan anak-anak. Harap-harap Rita bersabar la yer. Urmmmm

Namun begitu, Rita Rudaini berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Aidil Zafuan untuk bercerai kerana proses sebegini sudah banyak kali berulang selain berkata mahkamah sudah seperti rumah kedua.

Aktress ini juga menafikan dakwaan suaminya yang mengatakan beliau sendiri sudah dua kali meminta cerai, “Tak pernah. Kalau betul saya minta cerai, kenapa tak ceraikan? Kalau betul saya yang minta cerai”

Tuesday, February 19, 2013

Kes Penceraian Jeslina Terpaksa ditangguhkan - Gosip Artis Terkini


Semalam OGA ada memasukkan artikel tentang penceraian Jeslina Hashim namun kes penceraiannya hari ini terpaksa ditangguhkan disebabkan Jeslina berada dalam keadaan tidak suci(haid). Jadi artikel OGA semalam betul la mengatakan Jeslina akan bercerai hari ni. Apa-apa pun OGA doakan semoga Jeslina tabah menghadapi semua ini.

Hakim Syarie, Asrul Azlan Embong bagaimanapun mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas peguam syarie yang mewakili Dion, 40, memberitahu pihaknya turut memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM150,000 dan hak penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui kedua-dua belah pihak di mahkamah berkenaan.

Ia bagi memudahkan semua kes berkenaan dikendalikan di satu mahkamah sahaja dan ia turut dipersetujui oleh Jeslina, 35.

Dalam pada itu, ketika ditemui luar mahkamah, peguam syarie kepada plaintif, Mohd Hafiz Abdul Rashid dan Ashraff A. Rani berkata, kedua-dua pihak pada dasarnya telah bersetuju untuk berpisah secara baik di bawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik).
jeslina hashim
Jeslina Hashim
Sehubungan itu, segala urusan perjanjian, kedudukan selepas penceraian dan terma penjagaan anak secara bersama akan diselesaikan di Mahkamah Tinggi dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Pihak kami telah melampirkan perjanjian kedudukan selepas penceraian mereka berhubung tuntutan mutaah, penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui, nafkah dan sebagainya.

"Permohonan sebutan di Mahkamah Tinggi juga telah dibuat pada 18 Februari lalu dan masih menanti tarikh perbicaraan," jelasnya.
Mohd Hafiz turut memberitahu pasangan itu sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu selain dua anak mereka kini dijaga oleh Dion.

Sementara itu, Jeslina yang ketika ditemui berkata, proses penceraian itu berjalan dengan baik namun enggan mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

"Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi"," katanya ringkas.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.