OGA rasa umum sudah tahu tentang hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin, 26, dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, 30-an, bukan lagi rahsia selepas Zul sendiri mengakui mereka sedang bercinta.
Bagaimanapun selepas Zul membuat pengakuan bercinta dengan Gayatri kepada Kosmo! pada 25 Disember tahun lepas, Gayatri dilihat seolah-olah melarikan diri daripada memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka. Ini merupakan pengakuan penerbit filem itu:
Zul Ariffin dan Gayatri |
Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya kami telah bersama sejak empat bulan yang lalu. Saya mula kenal dia ketika dia berlakon dalam filem Penanggal dan kami mula rapat selepas penggambaran filem Bikers Kental.Wah! jadi sekarang ni Zul dan Gayatri memang tengah dilamun cinta la kan. Semua orang mesti nak tahu apa yang membuatkan Gayatri ni tertarik dengan Zul. Ini jawapan Gayatri:
Dia seorang lelaki yang baik, kelakar, seorang yang matang dan amat menghormati keluarga saya. Apabila saya sedih, dia selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya. Saya telah membawanya berjumpa keluarga saya.
Kira mereka berdua ni tengah mengenal hati budi masing-masing la kan. Tapi kalau dah jumpa ibu bapa ni memang hubungan mereka ni nampak serius la kan. Apa yang OGA tahu Zul ni suka taste yang matang katakan. Not tua ok! So, macam kita tahu Zul dan Gayatri ni mempunyai jurang umur 4 tahun bezanya. Ini komen yang diberikan Gayatri mengenai jurang umur mereka berdua:
Soal usia saya tidak fikir sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi, usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih berusia, bukannya sesuatu yang pelik
Jika sudah suka sama suka, kenapa sebelum ini anda dilihat seperti melarikan diri dan enggan memberi kenyataan tentang hubungan ini?
Saya bukan sombong dan tidak melarikan diri. Cuma pada waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk saya bercerita tentang kisah cinta pada semua orang. Saya terharu kerana dia mengaku cintakan saya dan apa yang dilakukan saya sangat hargainya.
No comments:
Post a Comment