<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label kekasih baru. Show all posts
Showing posts with label kekasih baru. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Zul kekasih saya! - Gayatri


OGA rasa umum sudah tahu tentang hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin, 26, dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, 30-an, bukan lagi rahsia selepas Zul sendiri mengakui mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun selepas Zul membuat pengakuan bercinta dengan Gayatri kepada Kosmo! pada 25 Disember tahun lepas, Gayatri dilihat seolah-olah melarikan diri daripada memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka. Ini merupakan pengakuan penerbit filem itu:

zul ariffin dan Gayatri
Zul Ariffin dan Gayatri
Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya kami telah bersama sejak empat bulan yang lalu. Saya mula kenal dia ketika dia berlakon dalam filem Penanggal dan kami mula rapat selepas penggambaran filem Bikers Kental.
Wah! jadi sekarang ni Zul dan Gayatri memang tengah dilamun cinta la kan. Semua orang mesti nak tahu apa yang membuatkan Gayatri ni tertarik dengan Zul. Ini jawapan Gayatri:

Dia seorang lelaki yang baik, kelakar, seorang yang matang dan amat menghormati keluarga saya. Apabila saya sedih, dia selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya. Saya telah membawanya berjumpa keluarga saya.

Kira mereka berdua ni tengah mengenal hati budi masing-masing la kan. Tapi kalau dah jumpa ibu bapa ni memang hubungan mereka ni nampak serius la kan. Apa yang OGA tahu Zul ni suka taste yang matang katakan. Not tua ok! So, macam kita tahu Zul dan Gayatri ni mempunyai jurang umur 4 tahun bezanya. Ini komen yang diberikan Gayatri mengenai jurang umur mereka berdua:

Soal usia saya tidak fikir sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi, usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih berusia, bukannya sesuatu yang pelik
Jika sudah suka sama suka, kenapa sebelum ini anda dilihat seperti melarikan diri dan enggan memberi kenyataan tentang hubungan ini?
Saya bukan sombong dan tidak melarikan diri. Cuma pada waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk saya bercerita tentang kisah cinta pada semua orang. Saya terharu kerana dia mengaku cintakan saya dan apa yang dilakukan saya sangat hargainya.



Thursday, February 21, 2013

Lana Nordin Ke Czech Jumpa Keluarga Kekasih - Gosip Artis Terkini


Ni ada cerita terbaru yang OGA dengar Calon Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Chow Kit, Lana Nordin kini semakin bahagia bersama kekasih hatinya, Parvel Michalec yang berasal dari Republik Czech. Namun apa yang menariknya OGA nak kongsikan kat sini  Lana dikatakan akan berangkat ke negara kelahiran Parvel untuk berjumpa dengan keluarga teman lelakinya itu. Dah nampak serius jer hubungan mereka ni? Apa-apa pun OGA doakan semoga Lana bahagia dengan kekasih hatinya mat salleh tu!

 "InsyaAllah pada Julai atau Ogos ni saya akan ke Czech untuk bertemu dengan keluarga dia. Sebelum ni pun sebenarnya keluarga dia dah tahu pasal kami," ujar Lana yang baru-baru ini telah bercuti ke Bali bersama kekasih hatinya ini. 

Ditanya mengenai perasaan apabila berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM25, Lana melahirkan rasa bersyukurnya.

"Alhamdulillah, ni kali pertama saya tercalon dalam FFM. Lagi bermakna sebab filem ni filem pertama lakonan saya yang ditayangkan, selepas tu baru menyusul filem lain. Tak sangka tercalon. Saya sedar saingan memang sengit sebab calon-calon lain otai semuanya", kata Lana. 
lana nordin
Lana Nordin

Tuesday, February 19, 2013

Lana Nordin dengan kekasihnya Mat Salleh - Gosip Artis Terkini

OGA dengar cerita pelakon yang terkenal dengan nama jolokannya Pamela Anderson Malaysia ni, Lana Nordin baru-baru ni ada memberikan kejutan kepada media apabila menayangkan buah hati cintanya yang terbaru ketika dia dijemput menghadiri sidang media Festival Filem Malaysia - 25. Nampaknya teman lelaki Lana Nordin yang baru ni pun mat salleh juga. Agak-agaknya Lana Nordin ni memang minat taste mat salleh kot. Kat bawah ni OGA masukkan gambar mesra mereka berdua. Jom kita layan...

lana nordin

gambar lana nordin dan keksih

gambar lana nordin

lana nordin
Lana Nordin dengan kekasih baru