<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label artis dan kontroversi. Show all posts
Showing posts with label artis dan kontroversi. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Rahsia kecantikan Dewi Pertiwi - Gosip Artis Indonesia

Demi memastikan penampilannya sentiasa anggun di mata peminat, penyanyi Indah Dewi Pertiwi sanggup menghabiskan masa berjoging berjam-jam lamanya. Wah, patut pun lawa. Kalau OGA memang tak sanggup la.

Katanya, selain mampu memberikan bentuk badan yang menawan, ia juga memastikan tahap kesihatan dan stamina berada dalam keadaan baik.

dewi pertiwi
Dewi Pertiwi
"Saya memang selalu joging, biasanya dari pukul 7 hingga 9 pagi. Bagaimana pun, saya perlu memastikan setiap pusingan joging itu sebanyak 19 kali setiap hari.
"Pada masa sama saya juga akan pergi ke gimnasium jika ada waktu lapang," katanya bakal mengikuti konsert jelajah bersama televisyen swasta Indonesia di tiga bandar iaitu Semarang, Karawang, dan Malang nanti.

Monday, February 25, 2013

Zul kekasih saya! - Gayatri


OGA rasa umum sudah tahu tentang hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin, 26, dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, 30-an, bukan lagi rahsia selepas Zul sendiri mengakui mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun selepas Zul membuat pengakuan bercinta dengan Gayatri kepada Kosmo! pada 25 Disember tahun lepas, Gayatri dilihat seolah-olah melarikan diri daripada memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka. Ini merupakan pengakuan penerbit filem itu:

zul ariffin dan Gayatri
Zul Ariffin dan Gayatri
Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya kami telah bersama sejak empat bulan yang lalu. Saya mula kenal dia ketika dia berlakon dalam filem Penanggal dan kami mula rapat selepas penggambaran filem Bikers Kental.
Wah! jadi sekarang ni Zul dan Gayatri memang tengah dilamun cinta la kan. Semua orang mesti nak tahu apa yang membuatkan Gayatri ni tertarik dengan Zul. Ini jawapan Gayatri:

Dia seorang lelaki yang baik, kelakar, seorang yang matang dan amat menghormati keluarga saya. Apabila saya sedih, dia selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya. Saya telah membawanya berjumpa keluarga saya.

Kira mereka berdua ni tengah mengenal hati budi masing-masing la kan. Tapi kalau dah jumpa ibu bapa ni memang hubungan mereka ni nampak serius la kan. Apa yang OGA tahu Zul ni suka taste yang matang katakan. Not tua ok! So, macam kita tahu Zul dan Gayatri ni mempunyai jurang umur 4 tahun bezanya. Ini komen yang diberikan Gayatri mengenai jurang umur mereka berdua:

Soal usia saya tidak fikir sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi, usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih berusia, bukannya sesuatu yang pelik
Jika sudah suka sama suka, kenapa sebelum ini anda dilihat seperti melarikan diri dan enggan memberi kenyataan tentang hubungan ini?
Saya bukan sombong dan tidak melarikan diri. Cuma pada waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk saya bercerita tentang kisah cinta pada semua orang. Saya terharu kerana dia mengaku cintakan saya dan apa yang dilakukan saya sangat hargainya.



Thursday, February 21, 2013

Lana Nordin Ke Czech Jumpa Keluarga Kekasih - Gosip Artis Terkini


Ni ada cerita terbaru yang OGA dengar Calon Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Chow Kit, Lana Nordin kini semakin bahagia bersama kekasih hatinya, Parvel Michalec yang berasal dari Republik Czech. Namun apa yang menariknya OGA nak kongsikan kat sini  Lana dikatakan akan berangkat ke negara kelahiran Parvel untuk berjumpa dengan keluarga teman lelakinya itu. Dah nampak serius jer hubungan mereka ni? Apa-apa pun OGA doakan semoga Lana bahagia dengan kekasih hatinya mat salleh tu!

 "InsyaAllah pada Julai atau Ogos ni saya akan ke Czech untuk bertemu dengan keluarga dia. Sebelum ni pun sebenarnya keluarga dia dah tahu pasal kami," ujar Lana yang baru-baru ini telah bercuti ke Bali bersama kekasih hatinya ini. 

Ditanya mengenai perasaan apabila berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM25, Lana melahirkan rasa bersyukurnya.

"Alhamdulillah, ni kali pertama saya tercalon dalam FFM. Lagi bermakna sebab filem ni filem pertama lakonan saya yang ditayangkan, selepas tu baru menyusul filem lain. Tak sangka tercalon. Saya sedar saingan memang sengit sebab calon-calon lain otai semuanya", kata Lana. 
lana nordin
Lana Nordin

Sharnaaz buat hal lagi? Gosip Terkini Artis Malaysia


Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dakwaan kononnya dia enggan bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyelesaikan konflik dengan penerbit filem Darah Panas, S. Baldev timbul kerana masalah komunikasi antara mereka.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, kesilapan itu berlaku kerana dia terlupa untuk memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu kepada Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang Seniman, Zahrin Ishak yang menguruskan kes berkenaan dengan syarikat produksi White Merpati Entertainment (WME).
sharnaaz ahmad
Sharnaaz Ahmad
“Sebenarnya saya dan Seniman tidak ada apa-apa masalah. Salah saya juga sebab tidak menghubungi Zahrin untuk berkongsi perkembangan kes itu ekoran kesibukan kerja dan krisis Shila (Amzah) sebelum ini.
“Kini, pihaknya sudah faham keadaan sebenar selepas saya hubungi tadi (tengah hari Khamis). Perkara ini timbul apabila pihak Seniman tidak tahu perkembangan kes itu apabila ditanya oleh media sedangkan konflik itu hampir selesai,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.


Dalam laporan sebelum ini, Zahrin turut meluahkan perasaan kesal dengan sikap Sharnaaz yang sukar memberikan kerjasama sedangkan aktor itu beria-ia meminta bantuan Seniman bagi menyelesaikan kes berkenaan pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu Sharnaaz berkata, krisis antara dia dan WME sudah hampir selesai selepas mereka mencapai kata sepakat dalam pertemuan baru-baru ini.

“Saya dan pihak WME sudah berjumpa baru-baru ini dan mencapai kata sepakat. Kes ini ke peringkat seterusnya dan ia sudah dimaklumkan kepada Seniman,” katanya.