Hampir memasuki dua bulan selepas Liyana Jasmay menamatkan zaman solonya dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari lalu, pelakon yang kini bergelar pengarah itu belum lagi mahu merancang untuk memiliki cahaya mata dalam tempoh masa terdekat ini.
Menurut Liyana yang ditemui baru-baru ini, dia dan suami masih menikmati tempoh bulan madu mereka selepas bergelar suami isteri. Dia turut berkongsi perasaannya yang sangat gembira setelah bergelar seorang isteri dan menikmati apa yang dinamakan perkahwinan.
"Sebuah perasaan yang amat mengujakan bila kita bangun pada setiap pagi dengan teman disisi menemani. Hanya mereka yang berkahwin akan dapat merasakan perasaan yang sangat seronok ini.
"Kami masih menikmati waktu-waktu manis selepas berkahwin dan belum lagi memikirkan tentang cahaya mata. Saya mahu rileks dahulu, mahu aturkan masa dan jadual saya dan begitu juga dengan suami. Insya Allah dalam masa setahun baru saya akan lebih serius memikirkan tentang anak.
"Tetapi jika rezeki datang lebih awal apa salahnya, tapi tidaklah dalam waktu terdekat ini. Saya dan suami belum puas lagi habiskan masa kami berdua bersama atas kesibukan masing-masing. Bagilah saya dan dia masa untuk enjoy dulu,"ujar Liyana sambil berjenaka bila disoal mengenai cahayamata.
Liyana Jasmay |
"Bulan madu sekejap saja ketika pulang dari New York, saya dan suami singgah di London sebentar untuk jalan-jalan dan membeli-belah. Selepas itu, kami akan terus pulang ke Sabah di mana saya akan menetap selepas berkahwin.
"Kami akan sambung honeymoon di Sabah. Tetapi buat masa ini saya dan suami tangguh dahulu berikutan situasi di perairan Sabah yang diancam penceroboh Sulu dan kami dinasihati untuk tidak menghampiri kawasan itu walaupun ianya jauh dari Lahad Datu.
"Jadi sekarang saya pun teruskan dengan karier seni dan akan berulang alik dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur jika ada urusan. Suami memahami karier saya dan dia juga sibuk menguruskan restoran yang bakal dibuka di sana,"cerita Liyana setelah lebih kurang sebulan setengah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan.Selain daripada New York Cinta, Liyana bakal tampil dalam beberapa filem dalam masa terdekat ini seperti Isyarat Cinta, Padadom 2, Tokan dan bakal mengarah dan menerbitkan filem pendeknya tidak lama lagi.
Single terbaru daripada Liyana, Jujur akan menjalani penggambaran klip video dibawah arahannya dan bakal menjadi runut bunyi kepada telefilem New York Cinta yang juga dilakonkan serta d diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri.