<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label artis kontroversi. Show all posts
Showing posts with label artis kontroversi. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Kontroversi Video, Akhirnya Nabil Beri Penjelasan

Susulan daripada kontroversi video Salih Yaacob bersama pelawak terkenal, Nabil yang dimuat naik menerusi laman YouTube pada 25 Februari lalu mendapat kritikan hebat daripada segelintir penonton, akhirnya Nabil tampil untuk menjelaskan segala kontroversi tersebut menerusi sebuah majlis yang dihadirinya baru-baru ini.

Menurut Nabil, dia tidak takut dengan segala tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya dan menyifatkan segala perkara yang diperkatakan menerusi video tersebut adalah satu kebenaran yang perlu diketahui oleh masyarakat di Malaysia.

Oleh kerana terlalu lantang bersuara, Nabil sekali lagi dikritik oleh segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelawak ini, sehingga ada yang menyifatkan dirinya sebagai individu yang berfikiran seperti lembu dan menuduh Nabil sebagai macai parti polotik yang disokong.
pelawak terkenal nabil
Pelawak terkenal Nabil

Di sini kami sertakan beberapa respon penonton yang mengkritik kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Nabil :
Berikut kami tampilkan video penjelasan Nabil, untuk tatapan anda semua :


Gosip Artis - Che Ta Dikritik Peminat Gara-gara Memakai Skirt Pendek

Sejak menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama, setiap gerak geri dan tingkah laku Zain Saidin dan Che Ta semakin menjadi bualan hangat di kalangan pihak media dan juga peminat-peminat industri hiburan tempatan.

Terbaru menerusi laman Instagram milik Zain Saidin, pelakon ini telah memuat naik sekeping foto mesranya bersama kekasih hati dan menerusi foto yang dipaparkan, Rozita Che Wan pada ketika itu sedang memakai skirt pendek sehingga menampakkan bahagian pehanya sewaktu duduk berbual bersama Zain di atas sebuah sofa.

Berikutan foto ‘manja’ Che Ta tersebut, pelakon wanita ini telah mendapat kritikan hebat oleh segelintir peminat sehingga ada yang melahirkan rasa malu melihat penampilan Che Ta sebegitu.

Gambar Rozita Che Wan pakai skirt menampakkan peha
Dalam pada itu, ada juga peminat yang menyokong hubungan mesra kedua-dua pelakon ini dan  mendoakan kebahagian mereka berpanjangan hingga ke peringkat seterusnya.


Monday, March 18, 2013

Norman Cemburu Panggilan Sayang Memey Bukan Untuknya

Sejak menimang cahaya mata pertama bersama pelakon, Memey Suhaiza, aktor berbadan sasa, Norman Hakim akui kasih saying isterinya itu lebih kepada puteranya, Mohamed Darwisz Hakim.

Malah, Norman Hakim berkata panggilan "Sayang" Memey kini bukan untuknya lagi tetapi sudah beralih kepada anak lelakinya yang dilahirkan pada 1 Februari lalu.

"Alhamdulilah, Memey sangat seronok menguruskan anak pertama kami. Memey nampak sangat cepat belajar dalam menguruskan bayi walaupun baru pertama kali.
"Malah, dia seperti tidak boleh berenggang dengan bayinya. Nampak sangat dia sayangkan anaknya lebih daripada saya.
"Yang lucunya, bila dia panggil 'sayang', saya ingat panggilan itu untuk saya. Bila saya menyahut dia kata dia sedang bermain dengan Darwisz. Terasa dan cemburu juga ketika itu, tetapi saya faham", katanya kepada murai.com.my yang seronok melihat keterujaan Memey bersama anak hasil perkahwinan mereka.

Memey dan Norman
Memey dan Norman
 Memey yang melahirkan Darwisz di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak pada 1 Ferburari lalu, kini sudah pun selesai berpantang.

Mengulas mengenai komitmen Memey selepas ini dalam bidang lakonan, Norman Hakim memberitahu dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus berlakon. Tetapi dia lebih gembira jika isterinya dapat menguruskan hal-hal di rumah sementara dia bekerja di luar.

Thursday, March 14, 2013

Peminat Keliru Usia Kandungan Fasha Sandha?


Tahniah OGA ucapkan kepada pelakon Fasha Sandha yang dijangka akan melahirkan bayi lelaki sulungnya pada penghujung Mac atau April ini.

OGA tengok Fasha dan suaminya begitu teruja sekali nak sambut kelahiran bayi sulung mereka ni walaupun sehingga kini Fasha Sadha masih lagi merahsiakan jantina bayinya itu.

Dalam sedang asyik membaca, adalah benda tak enak sikit yang dikomen oleh peminat kat blog murai ni. Selain ucapkan tahniah tanpa henti, OGA lihat banyak juga komen daripada pembaca yang seperti keliru dengan usia sebenar kandungan Fasha Sandha.

Terkejut juga la OGA tengok komen mereka tu. Kebanyakan pembaca keliru dan meragui usia kandungan Fasha kerana selepas mereka membuat perkiraan sepatutnya Fasha sudahpun melahirkan bayinya pada Januari atau Februari lalu.

Mereka membuat perkiraan daripada tarikh 14 Mei tahun lalu iaitu ketika Fasha sendiri mengumumkan di akaun Twiiter miliknya yang dia sudah hamil.

Malah Fasha mengesahkan dia bunting pelamin selepas diijabkabulkan pada 27 April 2012.

Kemudian pengurusnya mengesahkan bahawa kandungannnya ketika itu sudahpun berusia 2 minggu.

Fasha Sandha
Fasha Sandha 
Ada juga komen salah seorang pembaca yang mengatakan kandungan Fasha sudah memasuki 11 bulan lamanya dan mushkil bagaimana ianya boleh terjadi.

OGA  pun jadi keliru dan pening  juga bila membaca komen daripada pembaca ini.

Kalau betul Fasha sebenarnya hamil lewat daripada yang diketahui umum, mengapa pula dia mengumumkan lebih awal? tah la. OGApun tak berani nak komen apa. Hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu. Apa-apa pun OGA doakan semoga Fasha Sandha melahirkan anak dengan selamat tak lama lagi.

Tuesday, March 12, 2013

Gosip Artis - Anzalna Nasir cuba nasib dalam perniagaan

Selepas membuktikan bakatnya dalam bidang lakonan, Anzalna Nasir kini mencuba nasib dalam bidang perniagaan dengan membuka butik 'online' yang menjual pakaian khusus untuk wanita. Bagus la tu Anzalna, sekurang-kurangnya dapat la juga tambahkan income kan. Mana la tahu suatu hari nanti dapat buka butik sendiri hasil jualan online. Bagi OGA setiap perkara yang kita buat ni mestilah bermula dari bawah dulu kan berjaya. Tak Gitu?

Memetik laporan OhBulan! Anzalna menamakan perniagaannya sebagai 'Hermanas5' yang menjual 'dress' dan gaun malam yang dijual pada harga berpatutan.

"Perniagaan ini dikenali sebagai 'Her Maness' iaitu perniagaan 'online' yang menjual pakaian wanita. Kesemua harga pakaian yang dijual adalah sangat berpatutan, paling mahal pun cuma RM150 sahaja.
“Saya pilih perniagaan ini sebab bila saya pergi ke majlis-majlis keramaian ramai yang bertanya dan minat dengan baju yang saya pakai. Jadi sebab itulah timbulnya idea untuk jalankan perniagaan ini, lagipun ramai rakan-rakan artis yang sokong," ujar Anzalna yang bakal muncul dengan drama bersiri terbaru 'Bangkitnya Seorang Perempuan' bermula 13 Mac ini.
pelakon anzalna nasir
Pelakon Anzalna Nasir



Tuesday, March 5, 2013

Gosip Artis- Norish Karman tak ambil peduli kata orang

Pelakon drama Spa Q, Norish Karman tidak mengambil peduli fitnah dilemparkan terhadap dirinya kerana mempunyai cara sendiri merawat diri.

Akibat sering terpalit kontroversi dan khabar angin negatif, Norish dikatakan tidak menerima tawaran berlakon selama hampir enam bulan.

Terbaru, dia dituduh pula meruntuhkan rumah tangga kawan baiknya sendiri.

“Pada saya lebih banyak kita bercakap tentang kehidupan, kita akan mengingatkan diri kita juga untuk lebih terus kuat.
"Apabila kita berdakwah, sebenarnya kita merawat diri kita juga. Berdakwah itu tak semestinya tentang agama. Itu cara saya. Daripada menangis di rumah mengenangkan perbuatan manusia, nak buat apa,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Menolak dikatakan terganggu dek tohmahan yang dilemparkan kepada dirinya, pelakon berusia 39 tahun ini tidak pernah menganggap perkara itu sebagai masalah.

norish karma
Norish Karma
“Jika orang potong tangan kanan, masih ada tangan kiri kan? Saya boleh melukis, menyanyi, memasak dan beri motivasi.  Jadi tak ada masalah. Ia menjadi masalah jika kita anggap ia masalah.
“Biasalah ini industri. Bukannya industri yang bersih. Itulah liku-likunya. Tak ada masalah. Saya hanya bersuara kerana orang nak saya bersuara. Tetapi kalau orang nak tutup periuk nasi saya, itu tidak menjadi masalah besar sebab rezeki di tangan Tuhan,” katanya.
Dalam pada itu, statusnya sebagai ibu tunggal turut menjadikan pelakon kelahiran Singapura ini kuat menghadapi dugaan.

“Alhamdulillah saya dipilih ALLAH untuk menjadi mangsa, bukan saya yang buat orang. Cuma, sebagai ibu tunggal, kita nak kena bertungkus-lumus jugalah.
“Itu yang buat saya kuat. Menjadikan saya contoh kepada ibu-ibu lain, sama ada ibu tunggal atau tidak, saya adalah contoh, saya mesti kuat. Peminat saya teramat ramai untuk saya berhenti atau mengalah begitu saja,” katanya.
Tidak menolak ketika dikatakan tidak menerima tawaran sejak kebelakangan ini, namun Norish tetap berpegang pada aturan rezeki dari ALLAH.

“Banyak tawaran, cuma mungkin apabila sampai pada satu tahap itu, orang itu terganggu dengan berita-berita ini kan.
“Tapi tak apalah sebab ada juga banyak yang bertembung dengan jadual katering saya. Kalau ada insya-ALLAH. Kalau ada rezeki tak ke mana,” katanya yang berhasrat untuk berlakon dalam filem lasak.
Bercakap soal rumah tangga, Norish akui dua kali mengalami kehidupan rumah tangga sudah cukup baginya.

“Dah dua kali mendirikan rumah tangga cukup. Dah ada empat orang anak, dua pun dah meninggal, kira dah enam kali mengandung dan melahirkan,” katanya.
Norish kini bahagia bersama empat anaknya, Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, Puteri Hany Amanda, 9 dan Haq Lutfie Alexander, 2.

Saturday, March 2, 2013

Didie Alias tak kisah dilebar seksi tak sedar diri

 Biarpun sudah mencecah usia 40 tahun, pelakon dan pelawak popular, Didie Alias masih lagi ligat membawa diri sebagai seorang anak seni. Lihat sajalah kelincahannya mengacarakan majlis anugerah seperti anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mahupun kemunculannya pada majlis-majlis hiburan berprestij tanah air. Ibu kepada lima anak ini pasti menjadi tumpuan ramai dek penampilannya yang unik dan pelik-pelik sehingga dia mendapat jolokan 'Lady Gaga Malaysia'.

Bagaimanapun ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan pemakaiannya yang kadangkala di dakwa terlalu seksi. Malah ada yang melabel beliau sebagai artis seksi tak sedar diri. Tak cukup dengan itu, ada pihak yang mengkritik penghibur berpengalaman luas ini ekoran gambar-gambar beliau bersama anak-anaknya yang memakai tudung sedangkan beliau tidak pula berimej sebegitu.

didie alias
Didie Alias
"Mana seksinya? Saya ni, kalau pakai apa pun nampak seksi. Lantak lah orang nak kata apa pun", katanya sambil tergelak.
"Betul, keempat-empat anak saya memakai tudung. Saya tak paksa anak-anak saya memakai tudung. Tapi itulah didikan yang saya berikan pada mereka. Mereka pun tak pernah larang saya nak tampil dengan imej yang bagaimana. Sebab mereka tahu itu adalah kerja mummy mereka.
"Malah mereka sering memberi idea dari segi pemakaian saya. Mereka tak pernah marah atau berasa malu bila saya tampil dengan gaya yang pelik-pelik. Mereka sokong saya. Cukup anak-anak saya bersama saya ketika senang dah susah. Saya tak perlu peduli apa kata orang lain", sambung Didie lagi.
Selama 26 tahun berkecimpung dalam industri seni, kerjaya seni bagai sudah sebati dalam diri. Pun begitu Didie menyedari dalam usia begini mungkin ada pihak yang sakit mata melihat cara dan gayanya. Lantaran beliau ada berfikir seandai sudah tiba masanya nanti, beliau akan memperlahankan rentak kariernya.

"InsyaAllah bila Tuhan kata sudah tiba masanya untuk saya, saya akan perlahankan aktiviti seni saya. Saya tak akan terus bersara tetapi saya akan jadi penerbit", ujarnya.

Tuesday, February 26, 2013

Fazura Kahwin Senyap-Senyap? - Gosip Panas Artis

 Betul ke Fazura dah kahwin senyap-senyap? So, tengok apa jawapan Fazura bagi:
“Dah kahwin? Dengan siapa tu? Banyak juga nama calon-calon yang saya dengar. Tapi semua sedia maklum bahawa saya bukan jenis yang suka komen soal peribadi,” ujar pelakon dan model jelita, Fazura apabila diajukan soalan sedemikian rupa, semalam.
“Cuma doakan sahaja yang terbaik buat diri saya. Saya sentiasa percaya dengan ketentuan Allah.”
“Saya memang berazam nak berkahwin tahun ini sebab umur saya pun sudah mencecah 30 tahun. Kalau jodoh saya sampai, Insyallah. Doakan semoga saya bahagia,” kata Fazura sekaligus menafikan khabar angin yang tak tepat itu.
Tanpa mengira sesiapa pun yang akan menjadi jodohnya, Fazura berazam untuk menurut kata-kata ibunya agar berhenti berlakon setelah berkahwin kelak.
nur fazura
Nur Fazura
“Saya rasa saya akan tepati janji kepada ibu. Lepas berkahwin memang ibu saya tak bagi berlakon.
“Sekiranya bakal suami saya seorang pelakon, dia pun perlu berhenti berlakon juga. Fokus perlu diberikan 100% kepada rumahtangga dan saya juga percaya bahawa ini adalah salah satu cara untuk saya hormati suami.
“Tetapi sekiranya dia bukan pelakon, mungkin dia seorang ahli perniagaan atau apa-apa sahaja, saya tetap akan hormati dia dan tak akan berlakon lagi,” ulas Fazura sambil tersenyum manis.
Merujuk kepada perkembangan terbaru, Fazura telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru Colgate iaitu ‘Colgate Optic White’ dan akan bergandingan dengan pelakon hebat, Shaheizy Sam dalam drama terbaru berjudul ‘Kisah Cinta.’

Friday, February 22, 2013

Gambar Lana Nordin bercuti bersama kekasih di Bali - Gosip Panas Artis


Baru-baru ini, beberapa keping gambar pelakon, Lana Nordin, 34 kelihatan mesra bersama kekasihnya, Parvel Michalec, 24, sewaktu bercuti di Bali, Indonesia telah tersebar di sebuah laman sesawang dan blog.

Foto-foto itu kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja bercuti dan seolah-oleh seperti berbulan madu ketika menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari lalu.

Bagi mendapat kepastian mengenai foto-foto tersebut, murai.com.my telah bertanyakan sendiri mengenai percutiannya itu. Ternyata Lana menafikan bahawa hanya dia berdua dia dengan kekasihnya yang berasal daripada Republik Czech itu saja yang bercuti di Pulau Bali baru-baru ini. Sebaliknya, dia turut bercuti bersama rakan-rakannya yang lain. Ini komen Lana Nordin:

"Sebenarnya foto itu mereka ambil daripada laman Instagram yang saya muat naik sendiri. Tiada apa yang perlu diselindung dalam foto itu kerana ia kelihatan kami seperti bercuti sahaja.
"Malah, saya bukan hanya bercuti berdua sahaja tetapi dengan 12 orang kawan-kawan saya yang lain. Kami berada di sana selama 5 hari dan ia hanya sekadar percutian biasa," katanya kepada murai.com.my
Lana dan Parvel sudah menjalinkan percintaan sejak 8 bulan lalu dan mereka kini sedang menjalani percintaan jarak jauh.

gambar lana nordin bercuti dengan kekasih
Gambar Lana Nordin bercuti dengan kekasih di Bali baru-baru ini
Tahun lalu, Lana pernah menggemparkan hiburan tanah air apabila gambarnya bercuti di Bali dengan mengenakan top bikini yang kelihatan seperti berpakaian separuh bogel telah tersebar di laman sesawang.

Apabila ditanya adakah Lana tidak bimbang dengan persepsi orang mengenai foto-foto yang dimuat naiknya itu, Lana memberitahu, kali ini dia lebih berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya.

"Cukuplah, apa yang sudah berlaku kepada saya tahun lalu. Kali ini saya akui lebih berhat-hati dan tidak mahu kontroversi itu berulang lagi," jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan kerjaya Lana, baru-baru ini dia telah tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita yang diperolehnya menerusi filem Chow Kit.

"Saya tidak sangka tercalon dan memang sungguh terkejut. Bagi saya filem Chow Kit sebuah filem yang bagus, soal menang saya tidak boleh cakap lagi. Kalau saya letak harapan yang tinggi dan tidak menang, nanti saya juga yang kecewa. Saya serah semuanya pada juri dan tunggu sahaja keputusan pada acara kemuncak FFM25 pada 2 Mac depan," tambahnya lagi.