<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label pelawak popular. Show all posts
Showing posts with label pelawak popular. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Gosip Artis Terkini - Zizan Razak Sedia Kahwin Tahun Depan

Pelawak, Zizan Razak, 29, akui sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan ketika usianya mencecah 30 tahun.

Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak berkata, sudah tiba masanya dia memikirkan soal untuk berkahwin dan berkeluarga selepas melihat ramai rakan-rakannya yang telah mendirikan rumah tangga.

"Saya tahu diusia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.
"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri.
"Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.
"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga," katanya kepada murai.com.my di majlis meraikan peminat Fasha Sandha, Zizan Razak dan Didie Alias di Medan Ikan Bakar Indah, Shah Alam, petang semalam.

zizan razak
Zizan Razak sudah bersedia untuk berkahwin
 Pun begitu, Zizan Razak memberitahu dia masih belum mempunyai kekasih serta calon isteri untuk dikahwininya, sebaliknya berserah segala-galanya kepada jodoh.

"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih.
"Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," jelasnya lagi.
Apabila ditanya, adakah dia masih mengharapkan cinta daripada Juliana Evans, Zizan menjawab dia hanya berserah kepada ketentuan yang maha Esa dan bukan hanya membuka hatinya pada wanita dikalangan artis.

"Saya dan Ju (Juliana Evans) masih lagi berkawan dan bertanya khabar. Cuma kami tidak serapat dulu. Saya hanya doakan dia semoga maju jaya.
"Saya bukan hendak mengejar kekasih dalam golongan artis kerana bagi saya artis itu adalah pekerjaan sahaja," luahnya lagi.

Saturday, March 2, 2013

Didie Alias tak kisah dilebar seksi tak sedar diri

 Biarpun sudah mencecah usia 40 tahun, pelakon dan pelawak popular, Didie Alias masih lagi ligat membawa diri sebagai seorang anak seni. Lihat sajalah kelincahannya mengacarakan majlis anugerah seperti anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mahupun kemunculannya pada majlis-majlis hiburan berprestij tanah air. Ibu kepada lima anak ini pasti menjadi tumpuan ramai dek penampilannya yang unik dan pelik-pelik sehingga dia mendapat jolokan 'Lady Gaga Malaysia'.

Bagaimanapun ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan pemakaiannya yang kadangkala di dakwa terlalu seksi. Malah ada yang melabel beliau sebagai artis seksi tak sedar diri. Tak cukup dengan itu, ada pihak yang mengkritik penghibur berpengalaman luas ini ekoran gambar-gambar beliau bersama anak-anaknya yang memakai tudung sedangkan beliau tidak pula berimej sebegitu.

didie alias
Didie Alias
"Mana seksinya? Saya ni, kalau pakai apa pun nampak seksi. Lantak lah orang nak kata apa pun", katanya sambil tergelak.
"Betul, keempat-empat anak saya memakai tudung. Saya tak paksa anak-anak saya memakai tudung. Tapi itulah didikan yang saya berikan pada mereka. Mereka pun tak pernah larang saya nak tampil dengan imej yang bagaimana. Sebab mereka tahu itu adalah kerja mummy mereka.
"Malah mereka sering memberi idea dari segi pemakaian saya. Mereka tak pernah marah atau berasa malu bila saya tampil dengan gaya yang pelik-pelik. Mereka sokong saya. Cukup anak-anak saya bersama saya ketika senang dah susah. Saya tak perlu peduli apa kata orang lain", sambung Didie lagi.
Selama 26 tahun berkecimpung dalam industri seni, kerjaya seni bagai sudah sebati dalam diri. Pun begitu Didie menyedari dalam usia begini mungkin ada pihak yang sakit mata melihat cara dan gayanya. Lantaran beliau ada berfikir seandai sudah tiba masanya nanti, beliau akan memperlahankan rentak kariernya.

"InsyaAllah bila Tuhan kata sudah tiba masanya untuk saya, saya akan perlahankan aktiviti seni saya. Saya tak akan terus bersara tetapi saya akan jadi penerbit", ujarnya.

Thursday, February 28, 2013

Sindir Pembangkang, Tiada Tindakan Terhadap Salih Yaacob

Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 52, berhubung penyebaran videonya yang seolah-olah menyindir pihak pembangkang.

Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih.

"Kami terkejut tentang perkara itu namun begitu bagi kami video tersebut tidak ada kaitan dengan Astro.
"Ia adalah perkara peribadi beliau, kita tidak campur tangan," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Isu itu timbul apabila video Salih bersama pelawak Nabil Ahmad berjudul Bangkang Dari Longkang telah tersebar di Internet sehingga mendapat kritikan penyokong parti pembangkang kerana ia dilihat seolah-olah mempersendakan parti berkenaan.

salleh yaacob
Salleh Yaacob
Dalam rakaman itu Salih yang memegang watak ahli politik membuat pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat sebaliknya semua itu hanyalah kata-kata kosong sebelum dapat menakluki Putrajaya.

Penyebaran video komedi selama 2.50 minit itu juga telah membuatkan Salih memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan.

Dalam perkembangan berkaitan Astro Radio berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM.

"Dia masih lagi deejay radio kami kerana tiada apa-apa surat peletakan jawatan kami terima.
 "Apa-apa pun kami tidak akan memanggilnya berhubung isu itu,” jelas juru cakap berkenaan.