<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label gosip rita rudaini terkini. Show all posts
Showing posts with label gosip rita rudaini terkini. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Gosip Artis - Gaji Aidil Zafuan RM50,000, tapi nafkah anak tak bagi??

Pelakon Rita Rudaini mendakwa suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka meskipun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Rita yang kini popular menerusi drama Sehangat Asmara berkata dia tahu Aidil mampu memberikan nafkah kepadanya berdasarkan pendapatan Aidil yang lumayan. Rita memberikan keterangan itu dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah bulanannya dan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, semalam.

"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita pada kes perbicaraan itu.
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Aktres itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.

Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.

Sementara itu, ketika ditemui mahkamah selepas perbicaraan, Aidil memberitahu media dia akan membuktikan di mahkamah mengenai nafkah anak.

Menurut Aidil, walaupun meninggalkan rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.

"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata pemain pertahanan skuad kebangsaan itu.
Tambahnya lagi, Rita tidak memberi kerjasama untuk benarkan dia berjumpa anak-anak selepas mendapat tahu Rita membawa mereka menunaikan Umrah tanpa pengetahuannya. Rita juga dakwa Aidil jarang membalas SMS bertanyakan khabar olehnya.

Perbicaraan mereka bersambung 6 Mei depan.

Wednesday, March 13, 2013

Gosip Artis Terkini - Aidil Pernah Nangis Kerana Dipaksa Bercerai - Rita

Kisah rumahtangga pelakon cantik, Rita Rudaini bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan masih belum temui kata putus lagi.

Namun, Rita yang ditemui pagi tadi ketika sesi web chat murai.com.my, sudah tidak lagi berahsia perkara yang berlaku terhadap dia dan Aidil.

"Kisah rumah tangga saya masih belum selesai lagi. Sebelum ianya selesai, saya mahu perkara yang tertunggak darinya diselesaikan terlebih dulu sebelum kami sah bercerai.
"Saya tidak setuju untuk bercerai dengannya, kerana saya mahu memperjuangkan hak saya sebagai seorang isteri dan hak anak-anak kami.
"Nak lafaz cerai itu memang senang, tetapi cubalah fikir dulu dan selesaikan tanggungjawab yang masih lagi tertangguh," katanya kepada murai.com.my.
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
 Dalam pada itu, Rita turut memberitahu kisah rumahtangga mereka menjadi tidak tentu hala apabila melibatkan orang lain yang terdiri daripada ahli keluarga Aidil sendiri.

"Rumahtangga saya telah diatur oleh orang lain dan orang itu datang dari keluarga Aidil sendiri. Aidil pernah membuat pengakuan pada saya.
"Dia juga pernah menangis kerana dia telah dipaksa oleh orang berkenaan untuk bercerai dengan saya.
"Oleh kerana itu juga, saya telah ambil masa dua bulan untuk menerimanya semula sebagai suami.
"Dari situlah, saya berikan kata putus kepada Aidil dengan meletakkan syarat agar rumahtangga saya tidak diatur oleh orang lain," jelasnya.
Tidak mempersoalkan lebih mengenai umur Aidil yang lebih muda darinya, Rita masih tahu batasan sebagai isteri.

"Dari dulu lagi, memang ada orang lain yang cuba masuk campur.
"Kami pernah berbincang dan saya juga telah tegaskan kepadanya jangan melibatkan orang lain dalam hal rumahtangga.
"Apapun, saya tahu dia masih lagi muda. Semasa kahwin pun, saya banyak mengikut cakap dia saja.
"Malah, setiap kali saya mendapat tawaran berlakon drama baru, saya akan minta pendapat daripadanya.
"Saya mahukan keluarga bahagia. Saya perlukan pendapat dari seorang suami. Kalau saya nak keluar ke Giant depan rumah pun, saya akan minta izin daripadanya," ujarnya.