<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label kes penceraian artis. Show all posts
Showing posts with label kes penceraian artis. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Gosip Artis - Suami Noniswara dirampas rakan artis

Perpisahan adalah satu yang amat menyakitkan bagi seorang wanita yang bergelar isteri. Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mendambakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir nyawa, namun pelakon Noniswara mengakui tiada siapa mampu menidakkan ketentuan Tuhan.

Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Rosman Ridzwan, 54, akhirnya Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 42, akur dengan kehendak suaminya supaya menuntut cerai.

Menurut wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia amat terkilan kerana kawannya sendiri yang menjadi duri dalam daging memusnahkan hubungannya bersama suami.

"Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga.
"Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki.
"Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Pengerusi U Mobile itu, pada 1 Ogos 2009.
Sebelum berkahwin, Nonis punyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Rosman yang berstatus duda ketika itu memiliki lima anak daripada dua perkahwinan terdahulu.

pelakon noniswara
Pelakon Noniswara
Mula menghidu perubahan suaminya sejak enam bulan lalu, Nonis mengakui, dalam masa itu, Rosman mula tiada keinginan untuk pulang ke rumah. Adakah suami Noniswara terkena buatan orang? Wallahuallam..

Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan hubungan itu dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional daripada beberapa ustaz.

"Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai 'hantu'.
"Saya tidak kisah sekiranya dia ingin kahwini wanita itu dan menjalani kehidupan poligami. Namun dia tak mahu (poligami) dan suruh saya failkan tuntutan cerai. Dia berjanji akan beri kerjasama," katanya kesal dengan tindakan suami gagal hadir pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut Nonis, dia memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah sama.

"Saya berharap agar dia memberikan kerjasama dalam kes ini kerana ia adalah kemahuannya sendiri," katanya.
Tabah menghadapi apa yang berlaku, Nonis bagaimanapun menepis dakwaan yang dirinya pernah merampas kebahagiaan orang lain untuk memiliki Rosman.

"Tiada istilah rampas suami orang. Saya berkawan dengan Rosman ketika dia berdepan dengan masalah rumah tangga. Ketika itu, dia tidak terurus dan perniagaan mula merudum.

"Setelah dia bercerai dengan kedua-dua isterinya, barulah saya mula bantu dia memulihkan semangat. Setelah melihat kesungguhannya, saya yakin dialah yang terbaik untuk saya walaupun sebelum ini, ada di kalangan Datuk dan
kerabat yang melamar saya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.

Mengakui rezekinya dalam bidang seni semakin murah sejak akhir-akhir ini, Nonis menganggap perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

"Saya yakin, saya boleh hidup sendiri tanpa dia (Rosman). Lagipun, sebelum ini, memang saya jenis yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang diterima dan ruang saya dalam industri lakonan masih ada. Lagipun, sudah lebih 15 tahun saya berkecimpung dalam bidang lakonan dan ia menjadi mata pencarian saya.

"Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia," katanya yang turut menerima beberapa tawaran drama selepas ini.

Friday, March 15, 2013

Kenapa Aidil Halang Rita Berlakon Dengan Aktor Dari Singapura?

Selamat malam semua pengunjung blog Oh Gosip Artis. OGA rasa semuanya dah sedia maklum tentang konflik rumah tangga yang berlaku kepada Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Kes mereka sudah lama dan sehingga sekarang masih lagi bersambung. So, dengar cerita Aidil Zafuan tak bagi Rita berlakon dengan aktor lelaki dari Singapura. Betul ke?? Urmm...

Kesetiaan sebagai isteri kepada Aidil Zafuan membuatkan Rita Rudaini terpaksa menolak banyak tawaran berlakon dengan aktor kelahiran kota singa. Bagaimanapun, Rita tidak pernah kesal dengan permintaan daripada pemain bola sepak kebangsaan itu.

"Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu.
"Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili.
"Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya," katanya kepada murai.com.my.
Menjelaskan mengenai wataknya dalam drama Sehangat Asrama, Rita tidak menolak watak tersebut mempunyai banyak persamaan dengan dirinya yang sebenarnya.

"Secara kebetulan, watak saya ada banyak kena-mengena dengan saya. Namun, saya tidak merasakan watak itu dicipta khusus untuk saya kerana novel drama ini sudah lama ditulis bertahun lamanya.
"Oleh sebab dah banyak persamaan, maka lebih mudah untuk saya menjiwai wataknya. Sekarang ini pun, saya selalu saja dapat tawaran berlakon watak cinta terhalang dan tidak disukai ibu mentua.
"Apapun, saya tidak kisah itu semua. Sebagai pelakon, saya terima apa saja watak yang diberikan kepada saya," ujarnya.

Aidil Zafuan dan Rita Rudaini
Aidil Zafuan dan Rita Rudaini
Merasakan dirinya lebih serasi berlakon di samping Rosyam Nor dan Aqasha, Rita menepis dakwaan yang mengatakan pelakon lelaki lain banyak memberikan impak negatif tatkala bergandingan bersamanya/

"Saya lebih selesa berlakon dengan Rosyam dan Aqasha kerana lebih senang dan cepat masuk watak. Mereka berdua cepat mesra dan ia tidak kena mengena dengan cerita negatif atau pun tidak.
"Orang pun banyak cakap saya lebih sesuai berlakon jadi pasangan Rosyam. Namun, sekarang Rosyam sudah kurang berlakon dan dalam waktu yang sama pula, saya sendiri ada terima banyak tawaran berlakon di sisi hero baru.
"Tapi, sebelum saya terima tawaran itu, saya periksa dulu siapa pelakon itu kerana tidak mahu nampak pelik bila bersama. Pelakon sekarang banyak muda-muda dan nampak macam adik saja," jelasnya.

Thursday, March 14, 2013

Kes Pencerai Artis - Pihak Ketiga Punca Noniswara Tuntut Cerai

Pelakon Noniswara akhirnya terpaksa menuntut cerai apabila gagal menyelamatkan rumah tangganya sejak tujuh bulan dulu gara-gara ‘gangguan’ pihak ketiga.

Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia membuat keputusan tersebut apabila mendapati tiada penyelesaian yang dapat menyelamatkan perkahwinannya dengan Datuk Rosman Ridzwan, 54, yang dibina sejak empat tahun lalu.

"Sepanjang pergolakan rumah tangga kami, saya cuba untuk menyelamatkan perhubungan ini tetapi tiada jalan penyelesaian.
"Selepas membuat perbincangan bersama, suami bersetuju dengan keputusan saya untuk memfailkan perceraian.
"Bagaimanapun, pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, dia pula yang tidak hadir," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Noniswara bakal bercerai dengan suami
Noniswara bakal bercerai dengan suami

Tambah Noniswara atau lebih mesra disapa Nonis, dia telah memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula bakal berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah yang sama.

Ditanya apakah punca krisis itu kata Nonis, ia disebabkan terdapat orang ketiga yang mengganggu perkahwinan mereka.

"Sepanjang perkahwinan ini, hubungan kami sangat baik namun apabila pihak ketiga itu muncul dalam kehidupan kami, rumah tangga kami jadi kucar-kacir.
"Bagaimanapun, saya reda. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Nak nangis pun tak guna jika tiada penyelesaian.
"Lagipun suami tidak pernah menyuarakan hasrat untuk saya bermadu. Jika dia mahu, mungkin kami boleh berbincang. Apa-apa pun saya terima bahawa jodoh kami tidak kekal lama," ujarnya yang meminta tidak mendedahkan nama wanita pihak ketiga itu.
Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.