Ni ada cerita terbaru yang OGA dengar Calon Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Chow Kit, Lana Nordin kini semakin bahagia bersama kekasih hatinya, Parvel Michalec yang berasal dari Republik Czech. Namun apa yang menariknya OGA nak kongsikan kat sini Lana dikatakan akan berangkat ke negara kelahiran Parvel untuk berjumpa dengan keluarga teman lelakinya itu. Dah nampak serius jer hubungan mereka ni? Apa-apa pun OGA doakan semoga Lana bahagia dengan kekasih hatinya mat salleh tu!
"InsyaAllah pada Julai atau Ogos ni saya akan ke Czech untuk bertemu dengan keluarga dia. Sebelum ni pun sebenarnya keluarga dia dah tahu pasal kami," ujar Lana yang baru-baru ini telah bercuti ke Bali bersama kekasih hatinya ini.
Ditanya mengenai perasaan apabila berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM25, Lana melahirkan rasa bersyukurnya.
"Alhamdulillah, ni kali pertama saya tercalon dalam FFM. Lagi bermakna sebab filem ni filem pertama lakonan saya yang ditayangkan, selepas tu baru menyusul filem lain. Tak sangka tercalon. Saya sedar saingan memang sengit sebab calon-calon lain otai semuanya", kata Lana.
Lana Nordin |
No comments:
Post a Comment