<¢er>
text-align:right¢text-align:right
Showing posts with label cerita sharnaaz ahmad. Show all posts
Showing posts with label cerita sharnaaz ahmad. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Gosip Artis Sharnaaz Terkini

Selamat pagi semua pengunjung blog Oh Gosip Artis.. Sekarang ni macam-macam isu yang hangat diperkatakan. Terutamanya yang melibatkan peperangan yang berlaku kat sabah. OGA ucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang meninggal dunia dalam pergolakan di lahad datu sekarang ni.

Sekarang Oh Gosip Artis (OGA) berbalik cerita pula pasal dunia hiburan kita. Oh Gosip Artis (OGA) nak cerita sikit pasal Sharnaaz Ahmad yang dikatakan mahu memberi fokus kepada kariernya. OGA rasa mungkin percintaan Sharnaaz dan Shilla dah berakhir jadi, dia memilih melupakan masalahnya dengan fokus kepada kerja. Tak pela kalau itu dapat merawat hati Sharnaaz yang sakit. Tak gitu?

Mungkin disebabkan penat memberi kenyataan kepada media dan telah dimanipulasi ramai pihak, Sharnaaz Ahmad Basir memilih untuk fokus dengan karier dan tidak lagi mahu menjawab soalan mengenai kisah percintaan yang kecundang.

“Kalau boleh, saya tidak mahu bercakap pasal hal ini lagi. Saya tak mahu dengar nama dia (Shila) atau apa-apa pasal hubungan lalu. Saya hanya akan jawab pertanyaan mengenai soal kerja sahaja”
Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad
 “Saya sudah serik untuk bercakap kerana kenyataan saya sering dimanipulasikan pihak lain. Jadi, kesudahannya, saya juga yang dipersalahkan. Lebih baik saya diam dan fokus pada kerja sahaja”
Walaupun dirinya terpalit dengan kontroversi yang tidak pernah putus, Sharnaaz memberitahu rezekinya masih murah dan ramai pihak produksi yang masih percaya dengan dirinya.

Menurut Sharnaaz lagi, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal wanita dan masih belum terfikir untuk mencari pengganti.

Sunday, March 3, 2013

Pesanan Nd Lala buat Shilla - Gosip Artis

Penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala menegaskan dia tidak mengongkong jodoh anaknya, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah dan berpegang kepada empat perkara iaitu jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan ALLAH SWT.

Katanya, dia tidak letak kriteria mana-mana lelaki mahu mendekati Shila, namun berharap lelaki yang bakal jadi suami Shila beriman dan mampu bimbing Shila ke arah kebaikan.

“Jika ditanya pada mana-mana ibu bapa beragama Islam di negara ini, mereka pastinya mahu lelaki beriman untuk anak perempuan mereka dan begitu juga saya sebagai bapa, saya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya.
“Dari segi kriteria tertentu lain, saya tidak kisah sangat kerana yang akan berkahwin bukan saya, tetapi tuan empunya badan. Tapi selagi saya hidup, saya akan beri pendapat kepadanya,” ujarnya.
nd lala
Nd Lala
 Bagaimanapun, ND Lala sebelum itu, memohon maaf kerana tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu kehilangan Shila serta apa saja perkara berkaitan kontroversi membabitkan anak perempuannya itu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menurut ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, pada sidang media khas di rumahnya di Hulu Langat kelmarin, kes kehilangan anaknya tempoh hari kini dalam proses siasatan. Justeru, dia tidak mahu mengulas apa-apa kerana bimbang akan mengganggu siasatan pihak polis.

“Sebaliknya tujuan sidang media malam ini (kelmarin) bagi memberi gambaran jelas perjalanan karier Shila selepas pulang dari umrah dalam dia mencapai kejayaan sebagai penyanyi bertaraf lima bintang di peringkat antarabangsa kelak.
“Jika mahu menanti semuanya selesai, saya tidak pasti bila pula sidang media ini akan diadakan. Namun saya tidak menolak akan ada lagi sidang media selepas ini memandangkan banyak perkara perlu dimaklumkan mengenai perjalanan karier Shila,” jelasnya.
Pun begitu, mengulas mengenai apa yang berlaku, ND Lala menyifatkan ia dugaan terbesar sebagai anak seni ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada ALLAH.

“Shila anak yang baik, kuat bekerja dan yakin dengan apa yang dia lakukan. Banyak cabaran terpaksa dia tempuhi. Apa yang terjadi padanya tak mustahil berlaku juga pada orang lain. Bezanya dia adalah selebriti dan sentiasa diperhatikan. Itu harga yang perlu dibayar iaitu diperhatikan,” ujarnya.
 Sementara itu, Shila yang ditemui selepas sidang media tersebut menafikan dakwaan dia melarikan diri dan enggan lagi membuka cerita mengenai perkara yang sudah berlalu.

“Ingin saya jelaskan, saya bukan melarikan diri, tetapi mencari diri saya sendiri. Selama ini apa saja keputusan saya buat, saya sering memikirkan tentang orang lain. Jadi saya akhirnya membuat keputusan untuk bangkit dan fokus saya sekarang hanya pada kerjaya,” jelasnya.
Ditebak media adakah dia bersedia membuka pintu hatinya untuk lelaki lain, Shila berkata : “Buat masa sekarang dia tidak memikirkan mengenai soal jodoh kerana bagi saya semua itu terletak pada takdir yang ditentukan oleh ALLAH SWT.

“Jika saya kata saya mahukan lelaki A, mungkin ALLAH SWT telah tentukan lelaki B untuk saya. Jadi saya hanya berserah sahaja, bila kita bercinta, cinta itu jangan melebihi cinta pada ALLAH SWT,” ujarnya.
Malah, tatkala ditanya tindakannya memuat naikkan video Ombak Rindu nyanyiannya di Youtube, Shila menjelaskan, video itu sebenarnya tidak ditujukan kepada bekas kekasihnya.

“Tentang video itu, sebetulnya saya muat naik khas untuk ibu bapa saya. Saya tidak ambil pusing apa yang orang lain kata tentang saya. Tapi saya minta maaf kalau ada pihak kurang senang dengan tindakan saya itu,” katanya.
Selain itu, Shila mengakui tidak sabar menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah selepas beberapa kali tertangguh. “Memang dah lama saya nak tunai umrah bersama keluarga, tapi kami selalu kata tunggu ada masa terluang saya.

“Tapi pada Disember lalu, kami rasa tak boleh lagi tunggu ada masa, sebaliknya kami kena cari masa dan akhirnya kami ambil keputusan untuk pergi bulan ini dan saya sudah kosongkan jadual sejak Disember lagi.
“Apa doa saya, biarlah rahsia, tapi saya ingin berdoa di depan Kaabah nanti,” katanya

Ibu: Dah dapat Shilla yang dulu -Gosip Artis Terkini

Selamat malam semua pengunjung Oh Gosip Artis... Macam kita tahu, kontroversi yang melanda penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah baru-baru ini, telah melegakan hati ibu Shilla yang mana ibunya, Fauziah Sarman akui Shila yang dahulu sudah 'kembali'.

Fuziah atau lebih mesra dengan nama panggilan Kak Zie berkata demikian ketika ditemui dalam majlis doa selamat sempena keberangkatan mereka sekeluarga minggu hadapan untuk menunaikan umrah.

"Satu perkaralah. Dah dapat Shila yang dulu. Alhamdulillah," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Kak Zie juga memberitahu bahawa apa yang berlaku kerana anak gadisnya itu terlepas pandang.

"Dia sudah matang. Tanpa kita bercakap pun sebenarnya dia sudah tahu cuma dia terlepas pandang tetapi dia OK, insya-ALLAH. Dia pun sayang karier dia," katanya dengan tenang.
Shila juga memilih untuk memfokus pada kerjaya tanpa memikirkan soal jodoh.

"Buat jangka masa sekarang saya tak terfikir dan memang tak nak fikir mengenai perkara ini (cinta) buat masa sekarang. Apa yang saya boleh katakan, saya berserah seratus peratus pada ALLAH apa saja jodoh saya, perjalanan saya, apa jua yang berlaku akan datang ini, saya berserah saja.
"Kalau saya cakap nak 'A' pun tapi ALLAH kata 'A' itu bukan untuk awak, 'B' itu untuk awak. Jadi, kita tak boleh buat apa. Kita hanya merancang," katanya.
 Tambahnya, "sekarang ini perancangan saya lebih pada kerjaya. Selain itu, apa jua yang disuratkan ALLAH untuk saya, saya terima dengan hati dan tangan terbuka. Saya tak nak melebihi apa yang ALLAH takdirkan untuk saya."
shilla amzah
Shilla Amzah
 Mengulas soal klip video yang dimuat naik ke laman sosial YouTube di mana Shila menyanyikan lagu Ombak Rindu sambil menangis itu, Shila akui video itu ditujukan buat ibu bapanya.

"Itu sebenarnya untuk ibu bapa saya. Apa yang saya buat sebab saya sangat dekat dengan media sosial.
"Kehidupan saya memang dari dulu, Friendster ke, Myspace ke, MIRC ke, itu hidup saya, saya tak ambil pusing apa orang cakap sebab saya tak boleh halang mereka bercakap. Itu pilihan mereka," katanya.
Sementara itu, ND Lala memberitahu ekoran laporan polis dibuat sebelum ini berhubung kehilangan Shila, pihaknya dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.

"Laporan polis sudah dibuat, polis sedang melakukan siasatan. Jadi, tidaklah sesuai untuk kita beri apa-apa komen supaya ia tidak mengganggu proses siasatan.
"Jadi, apabila kita dinasihatkan tidak menyentuh perkara yang menganggu, jadi kita kena hormatlah undang-undang," katanya.

ND Lala mahu pihak media memberi hebahan tentang kejayaan Shila berbanding kisah peribadi.

"Ada berpuluh-puluh kejayaan Shila, berbanding isu yang satu ini. Jadi kalau rakan-rakan media dapat bersama-sama timbulkan perkara ini berbanding perkara-perkara bersifat peribadi," katanya.
Sebelum ini, kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad mendapat perhatian umum apabila timbul pelbagai kontroversi membabitkan hubungan mereka.

Tuesday, February 26, 2013

Shila Tegaskan Tidak Mahu Dipinang - Gosip Artis Terkini

Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini. Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

shilla amzah
Shilla Amzah
“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.
“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik.

Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz.

“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.
“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.

Thursday, February 21, 2013

Sharnaaz buat hal lagi? Gosip Terkini Artis Malaysia


Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dakwaan kononnya dia enggan bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyelesaikan konflik dengan penerbit filem Darah Panas, S. Baldev timbul kerana masalah komunikasi antara mereka.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, kesilapan itu berlaku kerana dia terlupa untuk memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu kepada Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang Seniman, Zahrin Ishak yang menguruskan kes berkenaan dengan syarikat produksi White Merpati Entertainment (WME).
sharnaaz ahmad
Sharnaaz Ahmad
“Sebenarnya saya dan Seniman tidak ada apa-apa masalah. Salah saya juga sebab tidak menghubungi Zahrin untuk berkongsi perkembangan kes itu ekoran kesibukan kerja dan krisis Shila (Amzah) sebelum ini.
“Kini, pihaknya sudah faham keadaan sebenar selepas saya hubungi tadi (tengah hari Khamis). Perkara ini timbul apabila pihak Seniman tidak tahu perkembangan kes itu apabila ditanya oleh media sedangkan konflik itu hampir selesai,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.


Dalam laporan sebelum ini, Zahrin turut meluahkan perasaan kesal dengan sikap Sharnaaz yang sukar memberikan kerjasama sedangkan aktor itu beria-ia meminta bantuan Seniman bagi menyelesaikan kes berkenaan pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu Sharnaaz berkata, krisis antara dia dan WME sudah hampir selesai selepas mereka mencapai kata sepakat dalam pertemuan baru-baru ini.

“Saya dan pihak WME sudah berjumpa baru-baru ini dan mencapai kata sepakat. Kes ini ke peringkat seterusnya dan ia sudah dimaklumkan kepada Seniman,” katanya.